Repeat Medan Sebab Nak Shopping Semata

Saya saja la bawak kain kain yang saya beli kat Medan tu ke office.
Taktau la pulak sambutan menggalakkan. Habis licin ha.
Pastu saya apa lagi, nganga dan gigit jari lah.
Memula tu syok la dapat RM RM kan.
Tapi setiba tiba tersedar dari lamunan, eh eh aku ni raya nak pakai baju apa.
Haaa gitu.
Lalu ter up lah status dibawah.

wp_ss_20150921_0002

Bincang gitu gini dengan Encik Z, dan akhirnya nekad nak repeat semata mata nak beli kain he he he.
Pergi 27 Mac 2015. Balik 28 Mac 2015.
Beli tiket 26 Mac 2015.
Haa.. Haruslah harga tiket pun mencanak canak kan.
Return untuk 2 orang RM594.00.
Termasuk luggage, tukar seat dan segala mala fees.

WP_20150327_18_13_26_Pro : : Lepas office terus gerak. Macam biasa, park kereta dekat stesen Putrajaya & Cyberjaya. Naik ERL terus ke KLIA2 : :

WP_20150327_22_17_40_Pro : : Pinjam beg Kaklong untuk sumbat kain kain nanti. Oldskul benau beg nya : :

WP_20150327_19_08_42_Pro : : 13.3kg beratnya : :

DSCN9505 : : Tapi bukan beg itu saja, dalam beg ada beg kekdahnya : :

WP_20150327_19_30_50_Pro : : Dinner dekat The Chicken Rice Shop : :

WP_20150327_20_23_30_Pro : : Dekat Pintu P ada surau rupanya. Ingatkan takde. So korang sesiapa yang naik flight ikut pintu P, sila ambil maklum yang surau ada di dalam ya : :

wp_ss_20150921_0001

WP_20150327_20_36_57_Pro : : Flight pukul 8.20 malam. Sejam kemudian, selamat mendarat di Medan. Penerbangan adalah lancar : :

Memula saya ingat memang la nak stay kat Hotel Kesawan.
Tapi masuk masuk website nya tengok haaa gini. Under maintenance.
Taktau la hotel yang under maintenance atau website yang under maintenance huhu.

Untitled
Nak taknak terpaksa la cari hotel lain yang berdekatan.
Boleh tahan juling bijik mata jugaklah nak cari yang dekat dan murah.
Dan akhirnya jumpalah Hotel Grand Sirao.
Sampai bilik tak ingat apa, terus zzzzzzz. Letih!
Rate untuk 1 malam di Hotel Grand Sirao ni ialah RP380,000.
Tapi hari kedua tu saya mintak late check out sebab flight balik malam.
Untuk late check out diorang caj RP190,000.
So total saya bayar untuk hotel RP570,000.

Oh ada airport transfer jugak, free of charge pick up kalau ambik Deluxe Room atau Suite.
Tapi waktu balik ke airport kena bayar lain lah.
RP300,000.

 

: : 3 tingkat saja : :

: : Hotel Grand Sirao : :

: : Lobi : :

DSCN9498 : : Bilik boleh tahan besar. Paling best ada tingkap. So takde la terkepam je macam kat Hotel Kesawan tu : :

DSCN9499 : : Katil : :

DSCN9500 : : TV dan meja mekap : :

: : Kelas bilik air ada bath tub. Tapi tak sempat berendam ponnn : :

DSCN9506 : : Keluar pintu bilik terus nampak lif. Yang hujung sana tu macam ada ala ala balkoni. Boleh la kalau nak melepak hisap rokok, minum ke : :

: : Ginilah rupanya. View nampak bangunan sebelah je : :

Besok pepagi turun breakfast.
Harga breakfast dah termasuk harga bilik.
Tapi cuma ada 2 menu jer boleh pilih.

DSCN9507 : : Kopi O sedap : :

DSCN9509 : : Kami dedua pilih nasi dan soto : :

DSCN9510 : : Cafe. Ada la 4 orang yang makan termasuk saya dan Encik Z : :

Perut pun dah kenyang, ayuhhh kita ke Pasar Ikan untuk shopping kain!
Nak cari kain….. nak cari kain….

One thought on “Repeat Medan Sebab Nak Shopping Semata

Comments are closed.