Blog Maya Dot Com

Meniti Waktu Sukar

Assalammualaikum semua..

Lama saya tak buat entry sembang sembang kan?
Tau je la, saya ni bukan reti sangat nak sembang.
Saya biasa tulis entry atas kejadian kejadian yang terjadi je.
Tapi hari ni rasa nak sembang sembang sebabnya dalam draft dah takde entry dah yang nak dipublish.

Sebulan 2 ni life saya hectic sikit. Macam macam keterjadian yang terjadi.
Bulan September bulan pulun overtime. Weekend dan public holiday saya kerja.
Hari biasa pun pulun sampai overtime sampai pukul 10 malam.
Duit overtime semua masuk gaji bulan Oktober. Cecah 1k jugak la.
Alhamdulillah Allah berikan jalan untuk saya cari duit lebih dalam keadaan sesak sesak ni.

Hujung bulan September sebulan bertunggu tangga kat Sasana Kijang sebab ada event.
Dalam minggu yang sama ada event lain pulak.

Mungkin yang friend dengan saya kat Facebook dan follow saya kat Instagram (tak private pun) dah tau kot yang saya dah jual rumah Jasmine tu.
Dari bulan Disember tahun lepas berurusan gitu gini, bulan September hari tu selesai semua.
3 Oktober secara rasminya saya keluar dari Jasmine, dan berpindah menyewa di KSU.
Diam tak diam dah dekat sebulan saya tinggal di KSU.
Insya Allah nanti saya cari masa untuk tulis entry tentang penjualan rumah Jasmine ni.

Dalam masa sibuk berpindah rumah, trip ke Yogyakarta saya tak boleh nak abaikan.
Dah beli tiket dari tahun lepas, sayang kalau nak let go macam tu je.
So cari jalan jugaklah korek duit sana sini untuk buat perbelanjaan.
Tau ajelah pindah menyewa rumah ni, semua pun pakai duit.

Lagi satu perkara yang saya tengah hadapi ialah kes tuntutan harta sepencarian, nafkah iddah dan mutaah yang saya tuntut dari bekas suami saya, FM.
Ada la saya tulis sikit kat status Facebook.
Sorry la pada kawan kawan yang inbox tanya, tapi saya tak jawab.
Ntahlah, macam malas kot nak cerita benda yang sama berulang ulang.
Ada la saya cerita kat kawan kawan rapat, tapi being me, saya ni bukan jenis suka sangat cerita masalah saya pada orang.

Last saya pegi Mahkamah Syariah hari Selasa lepas, untuk kali ke 7.
Dan akan ada lagi sambungannya hujung bulan depan pulak.
Ni pun nanti kalau punya kekuatan, saya ceritalah kat blog nanti.

Minggu lepas pegi Teambuilding RSA di A Famosa Melaka.
Teambuilding yang lain dari yang lain.
Rasa marah dan kecewa dihamburkan di hadapan semua orang.
Entah lah ia berkesan atau tidak.

Banyak cerita yang saya nak share kat blog.
Cerita jual rumah, cerita sewa rumah, cerita event di office, cerita Aidil Adha, teambuilding, birthday Yaya, cerita makan makan, cerita Yogyakarta.
Eh banyak lah lagi.
Tapi gambar semua tak dapat nak upload sebab kat rumah sekarang takde internet.
Dah call Unifi, tunggu diorang datang untuk install.
Saya dah lama tak buat kerja kerja update blog di office.
Tak berkat (krik krik krik) dan tak sempat pun. Kerja bertali arus.

Tu tak masuk dengan kerja kerja mencari info 3 tempat yang saya nak pegi tahun depan ni.
Ni pun saya dah rasa bersalah sebab tertangguh tangguh lagi nak cari info tempat yang saya, Lyn, Amy, Dee & Kak Tina nak pegi bulan 5 tahun depan ni.
Ampun korang.. huhu..
Sebelum tu trip ke Macau bulan Januari ha. Pun tengah menggigil gigil cari info.
Yang trip bulan Mac nanti tu takpe lagi, sebab boleh ambik pakej je.
Haihh.. ginila kalau dah gila sangat nak berjalan. Terkejar kejar.
Tu tak masuk trip bulan 12 ke Mesir ni ha.
Terima kasih banyak banyak la kat Ernie Zuraida yang tolong macam macam.
Ikut harapan tu macam dah samar bayangan dah, pegi ke, tidak ke..

Minggu ketiga Oktober hari tu Mama masuk hospital sebab batu karang.
Nasib baik jugak batu karang tu pecah lepas Mama ambik ubat.
Kalau tak kena operation laser bagai pulak.
Sempat jugak la kami 3 beradik bergilir balik.

Sorry sebab saya banyak mendiamkan diri dalam grup grup whatsapp.
Tak terwish birthday ke,  bersalin ke, naik pangkat ke, sakit ke.
Minggu ni dan bulan depan sambung lagi overtime kat MSB.

Fikiran bercelaru, badan penat, jiwa kacau.
Memang saya dan suami sedang melalui waktu waktu sukar sekarang ni.
Semoga ada manis di hujung hari nanti.

Ingat hari Sabtu ni nak ajak Encik Z jalan jalan, makan makan, tengok wayang.
Dah lama rasa tak keluar mekap cantik cantik keluar dating berdua.

Sekianlah dulu sembang sembang dan luahan perasaan saya buat masa ni.
Rasanya mungkin seminggu 2 takde entry kot.
Pepelan saya upload gambar dan karang cerita k?

Korang jaga diri ya ^__^

Cinta,
Mya

    8 thoughts on “Meniti Waktu Sukar