Medan : The Departure

: : Macam biasa, bab kemas mengemas beg kita serahkan pada yang pakar : :

Malam tu kan, saya tak boleh tidur.
Disebabkan email dibawah.
Actually seminggu sebelum tu saya dah terima dah email ni, tapi macam takde la ambik pot sangat.
Ni bila dapat malam terakhir kat Medan, terus macam kusut.
Korang tengok la amaun tu. RM780 kot.

medantax

OK ceritanya ceni, kan mulai 1 Feb 2015, harga flight ke Indonesia dah termasuk dengan airport tax.
Selalu kita pi Indonesia kan kena bayar airport tax masa kat airport kan?
Makna lepas 1 Feb 2015 dah takde dah bayar kat airport sebab semua harga dah included dalam harga tiket.

Walaupun tiket dibeli sebelum 1 Feb 2015, tapi tetap kena bayar airport tax cumanya ada option nak bayar online atau masa kat airport.
OK la tu tak kisah la.
Tapi yang menghantui saya ialah yang patut pergi 6 orang.
Tapi yang pegi cuma 3 orang.
Jadi adakah yang 3 orang tak pegi tu, still kena bayar gak airport tax nya?
Haaa faham tak maksud saya?

Kalau kena bayar gak, masak lah saya.
Takkan sampai KL saya nak mintak pulak duit kat Kak Wan, Lina & Emli kan?
Macam keji dan takkan diorang nak bayar pulak kat saya walhal diorang tak pegi pun, betul tak?

Kusut kusut kusut.
Nak tau apa jadi masa kat airport esoknya?
Teruskan membaca entry ini.

Esok paginya breakfast kena bayar sebab tak termasuk dah dalam pakej.
Ntah lah saya pun tak berapa faham sebenarnya.
Dia kata harga yang semalam tu harga promosi, so tak termasuk breakfast.
Tak kisah lah kan, bayar je lah.

WP_20150302_10_44_25_Pro : : Encik Z kata kopi ais kat sini sedap : :

WP_20150302_10_50_39_Pro : : Encik Z makan Indomie : :

WP_20150302_10_56_42_Pro : : Saya makan bubur nasi : :

Lepas breakfast sempat lagi pusing seround kat Pasar Ikan.
Tapi takde tambah kain dah.
Tambah beli fridge magnet je.

: : Sebelum check out, bergambar seround kat lobi Hotel Kesawan. Masa ni belah kanan tu macam ada tengah buat renovation : :

Flight balik kitorang pukul 4.45 petang.
So takde la rushing rushing ke apa.
Balik tu kitorang mintak Pak AB tolong hantarkan dengan bayaran RP100,000.
Malas nak menapak pegi stesen keretapi naik Airlink Express tu dengan beg banyaknya.
Lagipun hari tu naik sebab saja nak merasa.
Kalau korang ramai, memang better hire supir dan kereta je. Lebih jimat.

Sempat singgah beli Bika Ambon dan kek Lapis Rika yang terkenal di Medan ini.
Sebab melencong, jadi kena tambah duit Pak AB jadi RP150,000.

WP_20150302_13_29_45_Pro

IMG-20150302-WA0001 : : Beli kek pun muka excited hehe : :

WP_20150302_13_30_17_Pro : : Bika Ambon RP75,000 : :

WP_20150302_13_30_21_Pro : : Kek Lapis RP90,000 : :

WP_20150302_13_27_37_Pro : : Boleh dirasa : :

WP_20150302_13_30_53_Pro : : Dah siap cantik dipack dalam kotak : :

WP_20150302_13_31_14_Pro : : Insya Allah, dijamin halal : :

Pastu singgah tepi jalan sebab nak beli Pancake Durian.
Durian Indonesia dengar katanya sedap. Harga RP75,000.
Lupa pulak saya nak snap gambar durian crepe ni.
Tapi memang sedap.

WP_20150302_14_35_45_Pro : : Kedai ni hala jalan ke airport. Mesti supir korang tau : :

WP_20150302_14_34_12_Pro : : Bolu gulung durian pun ada ha : :

WP_20150302_14_35_17_Pro : : Durian crepe dibungkus sekali dengan serbuk kopi untuk mengelakkan bau : :

WP_20150302_14_46_07_Pro : : Menghampiri Bandara : :

Sampai airport. Q untuk check in. Dan jeng jeng.
Saya pun ceritalah dengan staff Air Asia tu gitu gini.
Pastu staff perempuan tu panggil boss dia, lelaki.
Haihhh jangan la kena bayar untuk semua.
Mau saya tersadai kat airport tu.

Ding dong ding dalam 10 minit, akhirnya dia kata ok bayar untuk 3 orang je.
Phewww.. lega. Tapi tidaklah sebanyak dalam email tu.
Dalam email tu RM130 sorang. Tapi sebenarnya kena bayar RM65 je sorang.
Selesai bayar, pegi makan dekat Kafe Olive.

WP_20150302_16_13_01_Pro : : Jus jeruk, jus laici & kopi o semua pun RP30,800 : :

WP_20150302_16_15_53_Pro : : Nasi goreng ayam RP50,050 : :

WP_20150302_16_16_09_Pro : : Nasi ayam penyet RP43,890 : :

WP_20150302_16_22_49_Pro : : Saya punya Nasi dan Iga Bakar RP82,500. Mahal kan? Tapi teringin he he. Sib baiklah sedap : :

WP_20150302_16_13_40_Pro : : Fries RP32,890 : :

: : Apa aje la yang diemokan Syafiq tu ha : :

Kualanamu International Airport ni besar tau.
Besar dan canggih. Kedai banyak.
Memang meriah la. Compare airport Bandung tu, kan kecik je.
Kalau korang sampai kat airport awal, tak boring la.
Boleh makan makan, lepak lepak, shopping shopping.

WP_20150302_16_55_35_Pro : : Replika Masjid Raya Medan : :

WP_20150302_16_57_27_Pro : : Replika Istana Maimoen Medan : :

: : Masa dah time. Ayuh boarding! : :

WP_20150302_16_59_25_Pro : : Canggih oo. Scan code kat tiket dan pastu lalu kat palang. Canggih canggih. Kat tempat lain pun mungkin ada, kot saya yang taktau. Tapi we talking about Medan ok. Indonesia. Haruslah saya mengkagum ::

WP_20150302_17_14_29_Pro : : Jalan dari hujung ke hujung. Luas! : :

Masa kat kastam kan, saya kena tahan.
Sebab apa? Sebab durian crepe tu lah. Huwaaaa.
Budak yang jual tu kata selamat kalau hand luggage.
Ramai dah buat gitu. Sebab lagipun makanan kan.

Taktau la apa yang muncul dalam skrin depa.
Gamak nampak lelembik kot. Sebab nak kata bau memang tak bau.
Gitu gini gitu gini, sib baik dia lepas jugak.
Katanya next time kalau nak beli durian crepe, jangan hand luggage.
Huhu. Baiklah Pak Kastam. Macihh sebab lepaskan saya.

WP_20150302_17_23_49_Pro : : Acah acah tengok paspot : :

WP_20150302_17_28_58_Pro : : Ok plane dah sampai : :

WP_20150302_19_52_33_Pro : : Sejam selepas itu selamat mendarat di KLIA2. Sebelum bergerak pulang, urut badan sekejap kat kerusi urut ni. Lenguh lenguh badan merengkek bawak beg berat haaa : :

Macam biasa, nanti ada entry penutup k?
TQ for reading! Muahs!

2 thoughts on “Medan : The Departure

Comments are closed.