Medan : Shopping & Penutup

Nak menciwi dengan korang apa yang saya shoppingkan di Medan.
Tak banyak mana pun sebab bawak duit sikit je pun.

: : Baju ayang ayang yang dibeli di luar Istana Maimoen. Hiks : :

: : Rambang mata tengok memacam warna kain kain ni : :

: : Lagi kain : :

: : Ni kain plain bunga timbul kecik : :

: : Stokin yang saya gila gilakan haha : :

: : Kain 4 meter : :

: : Tshirt untuk anak anak saudara : :

: : Fridge magnet : :

: : Lagi fridge magnet : :

Tu je saya shopping. Sikit kan kan kan?
Tapi lepas tu menyesal sebab tak bawak duit banyak banyak.
Walaupun tah celah mana duit banyak banyak tu nak muncul hehe.

Kesimpulan, kalau pegi Medan, sila lah bawak duit banyak banyak yer korang.
Sebab saya yang tak berapa suka kain ni pun cam rambang mata nengok kain kain ha.

Keseluruhan trip adalah ok walaupun cuma kitorang bertiga je.
TQ Syafiq yang jadi bodyguard saya dengan Encik Z.
Dia yang bargain harga masa saya nak beli fridge magnet tetepi jalan tu.
Orang pun macam takut tengok dia, dengan badan besau gitu, muka berparut, kulit gelap.
Memang macam askar pun hehe.

Bajet?

Tiket AirAsia  RM152
Hotel Rp638,000
Makan Rp705,402
ERL / Parking / Minyak RM80
Pengangkutan Rp850,000
Entrance Fees Rp122,000
Massage Rp325,000
Airport Tax RM130
Shopping Rp240,000 (tak termasuk kain pasang)

Oh saya janji nak share cerita tentang sejarah kenapa airport lama di Polonia ditutup tu kan, sebab utamanya yang terakhir kerana sebuah pesawat telah terhempas pada 5 September 2005.
Ada 117 orang dalam pesawat. Cuma 17 orang terselamat.
Yang lain semuanya meninggal dunia termasuk  Gubernur Sumatera Utara ke-14 ketika itu iaitu Tengku Rizal Nurdin.
Ada 49 orang lain yang berada di daratan pun sama terkorban 🙁

Selepas tragedi itu, kerajaan Indonesia mula membina airport yang baru di Kualanamu.
Airport Polonia ditutup sepenuhnya pada Julai 2013.
Dan airport Kualanamu mula beroperasi selepas itu.
Begitulah kekira ceritanya.

Bye Medan!
Ada rezeki saya pasti repeat lagi.
Watamat 🙂

2 thoughts on “Medan : Shopping & Penutup

  1. Hai babe,
    Mind sharing yang jadi ‘bodyguard’ u tuh tak? i nak pi medan this dec.
    Much thanks 🙂

Comments are closed.