Medan : Massage & Merdeka Walk

Selesai shopping Pak Regza tanya ada nak pegi mana mana ke?
Saya kata saya nak urut.
So dia bawak la pegi satu tempat ni.
Katanya urut sedap dan harga berpatutan.
So pergilah kami ke Heritage Reflexology.

IMG-20150302-WA0005

IMG-20150301-WA0032 : : Tanya harga dulu : :

IMG-20150301-WA0033 : : Setuju dengan harga, baru kita register : :

: : Sebelum berurut diberi minum air teh o halia. Dapat jugak air kosong : :

WP_20150301_18_52_44_Pro : : Basuh kaki dulu. Tempat urut dia ok la. Tenang dengan cahaya samar samar. Dan urutan pun boleh tahan best : :

IMG-20150301-WA0035 : : Syafiq siap berkenalan tukar tukar nombor lagi ha dengan bebudak pekerja kat depan ni ha. Sorang tu celebrate birthday. Diajak Syafiq makan kek sama. Saya masa ni tengah berurut lagi : :

Dalam 2 jam gak la berurut tu.
Kena bayar RP230,000. Encik Z kena RP95,000. Dia urut kepala, bahu dan belakang je.

Kemudian mintakkan Pak Regza drop kan kami kat Merdeka Walk.
Nak makan dan lepak lepak kejap.
Masa tanya Pak Regza berapa nak kena bayar upah dia ni.
Saya tak bajet la mahal sangat.
Sekali dia mintak RP200,000. Haisyoo..
Kalau tambah sikit lagi boleh sewa kereta dengan supir terus haaa.
Tapi pasrah je lah. Anggap rezeki dia la kan..
Oh yang supir dengan Pak AB tu kitorang bayar RP300,000 untuk separuh hari.

IMG-20150301-WA0036 : : Gerbang Merdeka Walk : :

Meriah dan ramai orang kat Merdeka Walk ni.
Best lah nak cuci cuci mata.
Pilihan makanan pun, berlambak restoran.
Pilih je la mana yang berkenan di hati.

WP_20150301_22_04_20_Pro : : Kami makan di Warung Kopi Srikandi : :

: : Menunggu makanan tiba : :

WP_20150301_21_24_28_Pro : : Kelapa Jeruk Dingin : :

WP_20150301_21_54_41_Pro : : Kelapa Dingin : :

WP_20150301_21_27_18_Pro : : Kopi Milo Panas & Roti Bakar Cokelat Keju : :

WP_20150301_21_18_20_Pro : : Pisang Goreng Tabur Keju : :

WP_20150301_21_23_45_Pro : : Sate Cumi : :

WP_20150301_21_30_05_Pro : : Martabak telur : :

Total makan RP172,000

WP_20150301_22_05_21_Pro : : Ada show bina badan. Kemain berketul ketul berminyak minyak badan abang sado : :

WP_20150301_22_10_09_Pro

OK dah dekat pukul 10 malam ni.
Ayuhlah jalan kaki pulang ke hotel.
Sepanjang jalan, sunyi jerrr. Takutttt huhu.
Selamat malam Medan!