#Mamaturns60 : The Taiping First Galleria

Cecita nak pegi The Taiping First Galleria ni dah lama.
So alang alang nak berjalan sekitar Taiping, so marilah kita ke sinun.
Kaklong dengan Abang Long tak masuk sebabnya Ocah tidur dalam kereta.
Pastu Kaklong pulak sakit perut asyik nak memerut saja.

The First Galleria ni kiranya macam Galeri yang mempamerkan serba serbi tentang Taiping, terutamanya yang pertama.
Almaklumlah Taiping ni kan terkenal dengan benda benda yang pertama.
Contohnya stesen keretapi pertama, penjara pertama, pejabat pos pertama, jam pertama, kolam renang pertama, sekolah perempuan pertama dan lain lain lagi lah yang pertamanya.
Lalu tempat ni pun dinamakan lah The Taiping First Galleria.
Selain tu, dalam ni jugak menempatkan segala sejarah tentang Taiping.

Tengok gambar je lah yer.
Saya pun tak reti sangat nak cerita apa.
Dan sebenarnya malas pun ada.
Nak cecepatkan habis entry #Mamaturns60 ni je

: : Bayaran masuk RM3 untuk kanak kanak. RM5 warga emas. Dan RM10 untuk dewasa : :

: : Nanti akan ada sorang tour guide bawak korang pusing pusing dan ceritakan tentang tempat ini dan juga tentang sejarah Taiping. Ada apa soalan aju kan saja : :

: : Sign buku pelawat : :

: : Ini namanya membeli tiket di dinding. Hiks : :

: : 33 perkara yang pertama di Taiping ada dikongsikan di sini : :

Yang ni kat belah luar.
Saya pun tak ingat macam mana budak budak ni boleh ada kat luar.

Ada kedai souvenir jugak dalam ni.
So kami sekeluarga pun belek telek lah kot kot ada yang sesuai untuk dibeli.
Saya beli mug putih bertulis Taiping warna pink. Comel.
Tapi dah tak ingat mana saya campak ntah. Haha.
Waktu membeli punya la tergedik, pastu taktau mana letaknya.

: : Antara mugs yang ada. Saya beli yang belah kiri atas tu : :

: : Baik pulak 2 beradik ni duduk depan pintu tak kacau orang : :

Sebelum balik marilah bergambar lagi.
Masa ni pun punya la panas nyit nyit.
Kelakar lepas bergambar ni kan, semua bangun nak gerak pergi kereta.
Takde sorang pun yang angkat si Ocah.
Terkebil kebil dia kat situ. Hiks.

WP_20150321_14_25_36_Pro

Makanya, kepada warga Taiping, jika anda pulang ke kampung, sila lah berkunjung ke The Taiping First Galleria ini.
Kita bangga kan jadi orang Taiping? Kenala buktikan kebanggaan itu #statementhapantahlani.
Yang bukan orang Taiping pun, kalau ada menyinggah ke Taiping, sila lah singgah ya.

The Taiping First Galleria
PWD 105, Station Road
34000 Taiping, Perak, MALAYSIA

Tel : +605 805 2136 / 018 5887628
Fax : +605 805 2137

2 thoughts on “#Mamaturns60 : The Taiping First Galleria

Comments are closed.