#Mamaturns60 : Kurau Stone Highlands Taiping

Ini cerita bulan Mac tempoh hari.
Cerita simple simple je pun, tapi sampai 7 bulan nak update hah.
Kisah cuti cuti bersama keluarga sempena birthday Mama yang ke 60 tahun.
Konon tajuk #Mamaturns60.
Ni lagi 5 bulan Mama nak turns 61 dah huhu.

Kalau tahun lepas bawak Mama jalan jalan ke Penang, tahun ni kita jalan jalan kat Taiping je lah.
Tapi tetaplah nak jugak bermalam.
Macam biasa hampir juling bijik mata google sana sini, lalu terjumpalah Kurau Stone Highlands Taiping.
Rasanya tempat ni penah masuk JJCM dulu, sebab kat sini pun ada tempat makan makan.

Bertolak hari birthday Mama tu jugaklah, 20 Mac 2015.
Dalam pukul 11.30 pagi gitu.
Perjalanan dalam 45 minit je. Tak jauh pun.

WP_20150320_12_24_27_Selfie

: : Nampak lorong kecik belah kanan tu? Haa belok situ : :

: : Semak dan belukar : :

: : Ikut je signboard : :

Sampai sampai tengok receptionnya tutup.
Tak tau la baru tutup atau belum bukak.
Call nombor yang tertera, tak lama pastu ada la orang sampai.

: : Reception : :

WP_20150320_12_35_35_Pro : : Saya dah macam terapung di awangan pulak dah : :

WP_20150320_12_39_57_Pro : : Nah senarai harga bilik. Saya ambik Chalet Keluarga Tradisional 2 dan Tradisional 3 : :

: : Belok ke kiri : :

: : Kemudahan dan perkhidmatan di Kurau Stone : :

: : Jambatan di depan : :

: : Tasik : :

: : Parking kereta. Ni kitorang park bebetul depan chalet. Kalau tak cukup, belah depan tu ada banyak lagi parking. Don’t worry : :

: : Bekalan Mama masak : :

: : Nun di sana Encik Z dan Abang Long sedang menjamu selera dengan bekalan yang dibawa : :

Ada buaian. Boleh la bebudak layan main.
Sesambil Mama bercerita, hari tu masa Mama balik dari rumah Mak Long kat Semanggol, Mama hampir hampir kena tahan / rompak dengan 2 orang India bermotor.
Nasib baik kebetulan ada lori lalu, so Mama cecepat follow lori tu.
Haishh risau lah sekarang macam macam kan.

: : Mama sedang rancak bercerita. Dan Kaklong mendengar penuh khusyuk lagi kerisauan : :

Masa ni punya la panas tik tik tik berpeluh.
Takde angin langsung langsung.
Masuk kejap dalam bilik pun sama, berbahang.
Takpelah, cecepat siap sebab nak pegi mandi sungai.

: : Ocah yang dok hok hek hok hek dan Ibunya : :

Jom usha bilik dan kawasan sekitarnya..

: : Laluan ke Chalet kami. Chalet Kaklong sekeluarga sebelah kanan. Saya sekeluarga sebelah kiri. Tetengah tu ada pondok boleh duduk duduk. Tapi saya takut nak duduk sebab macam dah nak roboh jer huhu : :

: : Saya stay kat Chalet Tradisional 3 : :

: : Chalet Tradisional 2 : :

: : Pihak pengurusan taknak tukar pintu ke? : :

: : Tombol pintu pun dah gogeh gogeh ni. Harap dapat ditukarlah yer : :

Kalau korang taknak stay kat Chalet Tradisional, boleh pilih chalet chalet lain.
Antaranya ialah…

: : Chalet Arabic : :

: : Chalet Pinang : :

Kawasan sekitar…

: : Sampah sarap. Not good huhu. Harap pihak Chalet dapat membuat pemantauan sewajarnya : :

: : Kerja kerja pemotongan pokok sedang dijalankan : :

: : Belah luar pun ada toilet jua : :

: : Reban ayam : :

: : Tempat makan : :

: : Setiap malam minggu ada live band di sini : :

: : Kasihannya kucing ni. Semoga ia cepat sembuh : :

Boleh request tilam kalau nak.
Ada caj dikenakan, tapi tak ingat dah berapa.
Rasanya dalam RM15 kot?

WP_20150320_12_49_01_Pro

: : Ada aircond, TV dan kettle jua : :

Macam mana? Berminat ke?
Kalau berminat sila lah….

2 thoughts on “#Mamaturns60 : Kurau Stone Highlands Taiping

  1. kalau dijaga elok tempat ni, mmg buleh maju ni. awatnya la terbiar pintu sebegitu ropa.. lock yg gogeh gogeh juga takut rasanya nak tido malam camtu. huhu

Comments are closed.