#Mamaturns60 : Jalan Jalan Taiping

Dari The First Taiping Galleria tu saya ajak semua pegi menyendol.
Amboii lain macam pulak bunyi menyendol tu.
Yer la selalu nak pegi minum kopi sebut mengopi.
Nak minum teh sebut mengeteh.
Nak minum cendol sebut la menyendol kan? #takkelako

Tempat pilihan di mana lagi kalau bukan di Bismillah Cendol.
Tempat minum cendol yang paling terkenal di Taiping ini.

: : Alamatnya di Lot TK233, Jalan Barrack, Taiping. Baru saya tau kat sini namanya Jalan Barrack. Haha : :

WP_20150321_14_52_00_Selfie : : Takut pulak saya tengok muka saya gitu. Macam jelingan hantu : :

Lepas tu terus ke AEON sebab nak cari hadiah harijadi untuk Mama.
Mama nak kasut dengan handbag je.
Actually Mama tak mintak pun. Saya dengan Kaklong saja nak beli sebab tau la orang tua ni, mana la nak request request nak apa untuk birthday kan.
Dapat berkumpul sekeluarga ceni pun dia dah happy tul tak?

: : Mama sedang memilih kasut : :

: : Pastu Abang Long, Kaklong, Yaya, Caca dan saya layan 6D ni. Tak ingat dah cerita apa. Cerita jerung kot? Ke cerita hantu Korea ntah : :

Pastu layan bebudak warna glitter glitter kat sini.
Saya sentap betul dengan minah yang jaga ni ha.
Yang belah kiri ni. Nak sound sound Caca jangan guna benda alah glitter tu banyak banyak.
Eh eh bukannya banyak benar pun si Caca picit.
Lagi pula kita dah bayar kan?
Dah ler cara dia sound Caca tu macam marah marah.

Haa jangan memain, kakak ostajah dah lama tak gaduh dengan orang ni.
Apa lagi, start la saya berhalilintar dengan dia.
Pastu ada sorang lagi staffnya orang Bangladesh.
Kaklong slow talk dengan dia, sib baik dia diam je.
Dah la tu, benda alah glitter glitter ni kena keringkan.
Tapi masa bagi kat kitorang tak kering pun lagi. Still basah basah.
Eieieiei sakitnyaaaa hati kitaaaa.
Dah takyah nak gi kat sini lagi. Begitu Mommy berkata kepada anak anak.
Dan semua pun menjawab ‘Baik Mommy!’

: : Ocah perati kakak kakak berglitter warna dari dalam troli je. Kelas : :

Dari AEON terus pegi makan makan celebrate birthday Mama.
Tu nanti saya buat entry lain k.

Malam tu anak anak pegi nonton Frozen dengan bapak bapak.
Alololo comey sangat tetiga ni.
Tapi apa lah nasib dapat Mommy tangan parkinson.
Dedua gambar saya snap ni gegauvaganza. Blur pulak lagi.
Adoiii..

: : Style ikat benda alah kat kepala tu Yaya kata ala ala Erika Sofia Suamiku Encik Sotong. Iyerlah nak : :

: : Budak ni kena tinggal la. Bawak kang habis gempita pulak panggung wayang tu kalau ia nangis : :

Esoknya keluar beli barang sekolah Yaya.
Pastu lepak kat Starbucks.

WP_20150322_15_57_09_Selfie

WP_20150322_16_04_00_Pro

Singgah kedai tudung kat Taiping bertajuk UmmieTinie Collection.
Hari tu saya dah pernah beli instant shawl lycra. Best sangat pakai.
Tapi takde warna lain. Memang hitam semata.
Ni saya up beli instant shawl pulak.

WP_20150322_17_06_21_Pro

WP_20150322_17_02_35_Pro

WP_20150322_17_05_05_Pro

Balik tu ronda ronda town kejap.
Nampak ada orang tengah shooting filem / drama kat Bangunan sebelah Cashier tu.
Ajak Encik Z turun, dia malas layan.
Sian saya dengan anak anak tertanya tanya siapalaaaa agaknya yang berlakon. Tsk tsk tsk..

WP_20150322_17_12_30_Pro

Malam tu gerak balik KL.
Singgah kat R n R Tapah. Saya beli buah buah ni ha.
Mempelam, jambu takde bijik dengan jambu epal.
Makan cicah dengan kuah rojak Mak Bee.
Bukan saya makan sorang la. Saya bawak semua ni pegi office.

WP_20150322_001

Masa kat R n R tu jugak saya nampak Farhan, ex husband Abby Abadi.
Betul lah orang kata dia kahwin dengan janda anak 2.Bila saya tengok balik muka wife dia tu sekarang, aah orang yang sama kat R n R tu.
Takpelah, dah tak berjodoh dengan Abby kan, nak buat macam mana.
Move on je la dengan life memasing. Kan?

One thought on “#Mamaturns60 : Jalan Jalan Taiping

  1. Kadang-kadang pekerja yang kerja kedai mcm ni mmg macam hampeh kan…macam kan duit dia plak beli benda-benda tu semua..kalau dah x leh nak guna banyak buat apa ko meniaga di situ…pergi la tempat lain…huh…panas plak hati…jambu tu buat along terliur la…

Comments are closed.