Blog Maya Dot Com

Cuti Cuti Tahun Depan

Tahun depan kan, saya ada 3 trip menunggu.
Trip yang memang dah dibeli tiket kapal terbangnya.
Bulan 1, bulan 3 dan bulan 5.
Ni pun rerasa macam nak selit trip bulan 2 sebab ada cuti panjang CNY.
Hmmm…

Hujung bulan Ogos hari tu saya berjumpaan dengan Dee, Lyn & Kak Tina sempena trip kami di bulan 5 tahun depan.
Patutnya Amy pun ada sekali tapi last minute Amy tak dapat datang.
Details tentang trip ni later later saya cerita lah bila masanya tiba ek.
Sebabnya, saya tak nampak pun salah sorang dari depa ni ada share atau pecah lubang kat memana media sosial.
So better saya pun diam dulu lah kan.

Berjanjian di Sunway Putra Mall.
29 Ogos hari Sabtu. Hari perhimpunan Bersih 4. Heh.
Makan kat Restoran Lorong 100 Tahun.
Sambil bincang gitu gini. Dan ambil tugas kau buat apa, aku buat apa.
Gitu.
Ada 8 bulan lagi masa untuk mensurvey itu ini.

IMG-20150829-WA0005

Matta Fair hari tu pun saya pegi jugak.
Saya pergi hari Jumaat, 4 September. Lepas office terus pegi.
OK la orang tak ramai sangat, mungkin sebab hujan lebat kot?

IMG-20150904-WA0018

Tujuan pergi sebab nak kumpul info tentang Macau.
OK ni pecah lubang takpe hehe.
Insya Allah pembukaan trip 2016 nanti saya akan ke Macau dengan Masy.
Dapatlah ambik a few brochures dan pamphlets.
Boleh la dibuat panduan susun itinerary nanti.
Tak sure lagi nak jalan sendiri atau ambik pakej.
Pakej macam susah sikit bab makan lah kan.
Macau tak banyak tempat makan halal huhu.

WP_20150904_19_18_46_Pro

IMG-20150904-WA0019 : : Kagum saya teknik bergambar ceni hehe : :

Korang dah ada plan cuti cuti ke tahun depan?

    4 thoughts on “Cuti Cuti Tahun Depan

    1. Ida Puanstoberi

      next year mmg tak boleh ke mana mana.
      Kena plan utk tahun 2017. Jom kita g tgk tulip.. Hihi 😛