Blog Maya Dot Com

B** Secretaries Conference

Saya sampai sekarang masih tak sure sama ada Secretary’s Day tu adakah memang khas satu hari.
Atau adakah ianya Secretary’s Week. Atau Secretary’s Month.
Para Setiausaha semua, mohon pencerahan plis.

Walaupun tak sure, tapi sebagai seorang Setiausaha, marilah meraikannya.
Takde orang raikan untuk kita, kita rai sendiri sendiri sudah. Hiks.
Sila ambil maklum cerita ni adalah cerita bulan April / Mei hari tu.
Yer sila pitam sekarang. Saya punya la kemalasan tahap tertinggi nak update. Haish.
Tapi sebab gambar semua dah upload, kita update je laaa.

Kak As tag saya kat Facebook ucapan dibawah.
Terasa dihargai. Dan terasa diriku begitu berharga gitu.

11147576_1035416509819569_9138957666743592410_n

28 & 29 Mei saya diarahkan menghadiri B** Secretaries Conference.
Diarahkan gitu. Kenot ingkar.
Conference kali ni dihandle sepenuhnya oleh MAPSA.
Stands for Persatuan Setiausaha Profesional dan Pentadbir Malaysia.
Lokasi kejadian adalah di Lanai Kijang sana.

WP_20150528_08_32_00_Pro : : Breakfast seorang diri di Lanai Kijang : :

WP_20150528_09_12_51_Pro : : Ayuhlah memulakan kursus : :

Takde pun dibahagi bahagi grup.
Ikut nasib nasib la seat mana kosong. So duduk je la situ.
Saya setable dengan Kak Wan Ru, Linda, Lin & M.
Depa semua best. Sebab semua macam sekufu je dengan saya.
Jenis tak gelak walaupun konon speaker buat lawak.
Dan table yang paling tak ambik pot. Like whatever lah.
Gitu.

Macam biasalah ada aktiviti, presentation gitu gini.
Gambar gambar semua saya ada mintak dari Encik Mazni, organizer HCDC.
Tapi sampai ke sudah tak dapat.
So update je la apa adanya ek.

Ada satu fasilitator tu namanya Puan Wawa Idris.
Image consultant.
Ada la satu topik tu cakap tentang selfie.
Kengkonon cam orang yang berani dan selalu selfie ni ada keyakinan diri yang gitu.
Pastu disuruh semua orang selfie.

WP_20150528_14_48_05_Pro : : Puan Wawa Idris yang achunnya : :

Edited in Lumia Selfie

IMG-20150529-WA0003

Taken with Lumia Selfie

WP_20150529_08_42_59_Pro : :  Hari kedua breakfast Mee Kolok di Lanai Kijang : :

WP_20150529_10_58_53_Pro : : Eh eh Captain Ariva pun ada. Dengan dia ni bergelak ketawa la sesaja. Walaupun saya kadang kadang senyum sini saja. Betul la kot urat ketawa saya ni dah banyak putus haa : :

WP_20150529_19_16_53_Pro : : Setiap sorang dari kami dapat hadiah : :

WP_20150529_19_18_06_Pro : : Berupa 2 buah buku. Tu rakus sangat bukak la tu sampai terkoyak haaa tsk tsk tsk : :

WP_20150529_19_19_01_Pro : : Pastu saya dapat lucky draw. Hadiah kain yang disponsor oleh Encik Mazni. Dah siap pun jadi baju ha. Boleh refer entry yang INI : :

Nak tau apa Kak As bagi saya sempena Hari Setiausaha ni?
Sebiji bola senaman.
Taktau apa nama betulnya.

WP_20150501_14_27_06_Pro

WP_20150501_14_29_46_Pro : : Encik suami tolong pam kan : :

WP_20150501_18_05_48_Pro : : Warna pink lagi haa. Memahami sangat tau Kak As ni : :

Tapi tapi tapi.
Adakah ada maksud tersirat disebalik pemberian bola senaman itu?
Adakah Kak As tengok pembantu nya ini semakin menggemuk lalu dihadiahkan bola senaman itu dengan harapan saya akan bersenam?

*huwaaaa… nangis tepi bola

    2 thoughts on “B** Secretaries Conference

    1. Lyn Yusoff

      Bestnya dpt attend conference mcm ni..
      kat office baru ni sedih betul lah. jarang ada aktiviti gini…
      yg best lagi dpt hadiah, hadiah dari bos jugak 🙂