Syawal ke 4 di B** & LEP

Syawal ke 4, kembali ke office.
Office masih sunyi sepi la kan semua orang cuti raya lagi.
Me sokayy. Takde rasa sedih sentap ke hapa.
Dah memang sendiri yang taknak cuti kan.
Encik Z pun sama berkerjaan juga di Syawal ke 4.
Angkut Yaya & Caca datang office.

WP_20150720_08_33_00_Pro : : Breakfast kat Kupang : :

Ajak depa bergambar kat deko RSA ni ha.
Membanting tulang petani dan berpercikan peluh tau Mommy dan kawan kawan Mommy nak hias segala.
Jadi haruslah bergambar buat kenang kenangan di hari muka.

: : Baju Caca pakai tu sebenarnya baju Yaya. Caca pinjam sebab ia dah takde baju. Kain baju tu saya beli kat Medan gak : :

IMG-20150721-WA0001 : : Lunch pegi makan kat Sogo : :

IMG-20150720-WA0002 : : Caca berkenan dengan kasut ni, tapi saya kata tunggulah. Tanya Ibu dengan Babah dulu. Terus mencuka muka haa. Ni kasut yang ada roda 1 tu. Yang macam Saiful Apek pakai dulu tu. Harga RM139.90. Sapa tau kat mana ada jual kasut beroda satu ni yang murah2? : :

Sebelum balik rumah bergambar lagi.
Banyak kali saya bagitau diorang, ni semua kenangan ni.
Esok esok bila korang dah besar, boleh tengok semua ni.
Tapi esok diorang tak besar lagi kan? #lawakahmadmaslan

: : Yaya dah kenapa tutup mata. Perut buncit pulak tuuu #lariiii : :

Terus pegi LEP, rumah Kaklong.
Nak hangkut semua balik Jasmine pulak.
Kaklong fly. Abang Long kerja. Nursery pulak tutup.
Macam macam.

Sebelum gerak balik, layan main bunga api dan mercun pop pop dulu seround.
Ayah je la yang rajin layan Ocah main mercun pop pop.
Habis dicampaknya kat saya. Grrrrr..

: : Kalau tak meletup selamba je dia pijak. Ocah Ocah.. : :

WP_20150720_18_50_01_Pro : : Tu saya kata, Ocah bakal merampas gelaran BFF antara Ayah dengan Qis : :

WP_20150720_18_53_40_Pro

WP_20150720_19_03_16_Pro : : Selamba je dia pegang mercun pop pop tu. Tak takut pun : :

WP_20150720_19_13_29_Pro : : Bila mercun pop pop dah habis, main basikal pulak. Basikal takde pengayuh. Hiks : :

WP_20150720_19_15_59_Pro : : 3 beradik : :

Lepas maghrib sempat pulak layan main bunga api.
Pukul berapa nak gerak balik daaa..

WP_20150720_20_03_00_Pro

WP_20150720_20_04_22_Pro

End of 4 Syawal.

4 thoughts on “Syawal ke 4 di B** & LEP

Comments are closed.