Blog Maya Dot Com

Open House Sana Sini

Cerita open house pulak.
Tahun ni macam tak ramai yang buat open house.
Ke ada buat tapi tak ajak saya? #takperlusentap

Sebelum cerita open house, cerita wedding dulu.
Syawal ke 9. Saya pegi wedding Miza kat TTDI Jaya.

IMG-20150725-WA0004 : : Sampai terbongkok Miza nak bergambar dengan saya ha : :

IMG-20150725-WA0006 : : Dedua laki bini tinggi melampai : :

TQ Miza sebab jemput akak.
Selamat Pengantin Baru ya!

Dari TTDI Jaya terus ke Kajang pulak.
Nak beraya dengan Di.
Di pembaca blog saya yang paling tegar.
Berapa tahun dah agak agak awak baca blog akak ek?

WP_20150725_17_05_44_Pro : : Encik Z kata, diorang semua family, kita je nyibuk nyibuk. Apa pulak nyibuk, orang jemput, kita datang la kan kan : :

IMG-20150725-WA0012 : : Shahni Diyana : :

WP_20150725_21_27_01_Pro : : Siap dapat hadiah tudung lagi. TQ Di! : :

Esoknya, Syawal ke 10
Pergi beraya kat rumah Umi pulak. Nun di Shah Alam sana.

IMG-20150726-WA0004 : : Abang Nuar, Kak As, Umi, Mya, Khairy, Delisha & Ema : :

WP_20150726_13_48_15_Pro : : Saya snap gambar ni, hantar kat whatsapp Adik Beradik. Tanya kat Qis, ni ke Robocar Poli yang Qis nak beli tu? Dia reply whatsapp voice. Betul betul betul. Olololo omey sangat : :

WP_20150726_14_58_09_Pro : : Syifa, anak Umi. Si budak baik : :

IMG-20150726-WA0010 : : Umi, Azmi, Syifa, Iman, Mya & Kak Wan : :

IMG-20150726-WA0012 : : Iman yang asyik la ha bergerak gerak. TQ Umi & Azmie sebab jemput akak dengan Abang Mi : :

Alang alang dah ada area Shah Alam, dan berdekatan pula dengan rumah Nida, saya terus roger Nida tanya boleh tak saya nak gi beraya.
Dia kata OK jer. So gerak lah pula ke rumah Nida.
Alang alang kan. Bukan senang nak sampai area sini.
Ni Shah Alam yang dah nak dekat ke Kuala Selangor tau huhu.

IMG-20150726-WA0005 : : Muaz muka tak puas hati usha abangnya yang tak reti duduk diam bergambar : :

IMG-20150726-WA0009 : : Dah dok diam tapi taknak pandang kamera pulak. Tapi kagum betul saya dengan Muaz tu, very the budak behave yang mendengar kata. Anak kedua memang camtu kot? #tetiba : :

TQ Nida jamu kerepeks, nasi himpit, kuah kacang dan rendang yang sedap gilerrr tu.
TQ jugak terima kunjungan kami yang mengejut ni hehe.

16 Syawal.
Pegi beraya rumah Kak Red kat Bandar Tun Razak.
Excited ni sebab ni rumah baru Kak Red.
Rumah lama tu dah selalu pegi dah #buatmukaberlagak
Janji janji nak pegi together gether dengan Lyn.
TQ Lyn siap ambik dan drop I kat LRT 🙂

WP_20150801_002 : : Rumah Redmummy : :

Lepas makan siap Kak Red bawak tour keliling rumah ia.
Nangis jap bila Kak Red bagitau harga rumah dan harga renovation rumah.
Memang tak mampu ah saya ni. Takkan.
Tapi tetap saya tumpang gembira untuk kawan kawan.

IMG-20150801-WA0006

IMG-20150801-WA0005 : : Amy, Kak Red, Mya & Lyn : :

TQ for the hospitality Kak!
Banyak saya makan ok. 4 kali kot repeat? Hiks.

Dari Bandar Tun Razak saya naik LRT pegi office.
Encik Z ada game volleyball dari pukul 12 tengah hari sampai pukul 4 petang.
Tu la sebabnya saya tumpang Lyn pegi rumah Kak Red tu.

WP_20150801_15_29_55_Pro : : Nampak hensem dan gagah suami ku di situ. Matiklah statement mintak ludah. Hiks : :

IMG-20150804-WA0010 : : Lepas Asar terus ke rumah Kak Gee & Abang Man di Jalan Ipoh : :

24 Syawal. Pi beraya rumah Kak Wan kat Taman Melawati.
Tu dekat sangat dengan rumah saya, kalau tak pergi memang derhaka sangat tu.
Makan nasi berlauk dengan pengat pisang. Dap dap.

IMG-20150809-WA0001

IMG-20150809-WA0005 : : Gembira ria bergambar berlatarbelakangkan rumah Dato’ Yusof Haslam nun di puncak sana : :

Actually ada jemputan lain jugak.
Ada satu jemputan tu sama hari dengan kawan kawan nak datang rumah saya.
2 jemputan lain tak pergi sebab Encik Z malas. Jauh. Tu kawan dia, so sokayy.
1 lagi jemputan hari yang sama Encik Z main volleyball. Tu pun kawan dia gak.
4 lagi jemputan waktu saya balik Taiping.
Abang Mohd Noor, Azman, Ita & Amy.

Eh kekira banyak gak la jemputan open housenya kan?
Yang saya kata tak banyak kat atas tu pasai apa *lempangdirisendiri

EDITED : OK entry ni dimulakan dengan wedding, so kita tutup dengan wedding jugak walaupun wedding ni dah lepas bulan Syawal pun.
Tapi alang alang, kita kasi sumbat je la kat entry ni.

Wedding anak mantan boss saya iaitu Encik JM.
Nun di Banquet Hall UPM sana pada 22 Ogos 2015.

WP_20150822_14_18_35_Pro : : Duduk setable dengan Intan sekeluarga. Best duduk dengan depa ni, berborak pasal travel je la ha. Respek cara depa plan. Tapi depa travel bukan ciput ciput macam saya ni. Nunnnnn jauh ke US sana haaa. Tak tergapai akalkuuu huhu : :

Taken with Lumia Selfie : : Lepas depa gerak, Kak As pulak sampai. Lepak borak kejap pastu memasing pun nak gerak sebab malam tu ada Annual Dinner B** : :

WP_20150822_14_22_05_Pro : : Dah macam EnciK JM dengan Kak As pulak tuan rumah, sedondon purple hehe. Itulah dia JM, dulu sebelum masuk RSA saya serve JM dalam 6 tahun gak la. Bos paling baik jugak. Tak penah marah pun. Untung saya ni selalu dapat bos yang baik baik hehe. Yang paling kanan tu Kak Zu. Lepas saya keluar dari MyClear beliau la ganti tempat saya. Tahniah JM & Puan Z dapat menantu. TQ sebab invite saya dan suami memeriahkan majlis 🙂 : :

TQ pada kawan kawan yang menjamu saya dan suami makan.
TQ jugak pada yang menjemput, maaf ada yang saya tak dapat hadir.
Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki buat korang semua. Amin.

    11 thoughts on “Open House Sana Sini

    1. Ida Puanstoberi

      Ada yang jemput, pastu tak datang – saya la tu.. hehehehee…
      Harap tak serik jemput lagi tau..mana tau utk housewarming ke nanti. Hiksss 😀

      1. Mya Post author

        belum pindah lagi. dokumen2 tak selesai lagi kak.
        rumah baru pun belum dapat. kes pun belum setel.
        sedih….