Open Department Sana Sini

Cerita pergi open house dah settle.
Ni cerita open department pulak.
Macam biasalah semua department pun buat jamuan raya kan.
Memandangkan RSA ni merupakan admin kepada 13 department yang lain, makanya adalah department yang jemput saya jugak menghadiri jamuan raya depa.
Mana yang jemput kita pergi, yang tak jemput nggak apa apa dong.

Jemputan pertama dari PFP.
Saya pergi dengan Umi, Kak Aida & Khairy.

WP_20150728_13_27_21_Pro

Kedua jemputan dari FSD.
Tapi sayyangg tak snap gambar.
Ingat lagi masa open department FSD tahun lepas, saya tengah pose pose feeling feeling princess, tetiba Gabenor keluar dari meeting room.
Kelam kabut berdiri hehe.

Jemputan ketiga dari CMC.
Ni lagi best, satu RSA dijemputnya.
Murah rezeki boss CMC dan kakitangan semua.
Amin.

WP_20150807_12_39_15_Pro : : Jue : :

11800514_10206445232023799_2282142490383842839_n : : Gambar kredit Facebook Jue : :

Jemputan keempat dari FIED.
Dalam banyak banyak department, FIED la paling meriah sekali.
Keluar keluar lif siap ada buskers nyanyi lagu raya ha.
Best best..

IMG-20150811-WA0002: : Kak Gee, saya & Kak Lin. Sapa ke snap gambar ni tak full. Saya mintak snap lagi sekali full top to toe : :

IMG-20150811-WA0003 : : Sudahnya prop saya tu pulak terbalik. Adoi laa.. : :

IMG-20150811-WA0007 : : Erin, si tuan rumah. Siap perform nyanyi lagu raya lagi ha. Kelass : :

Jemputan kelima dari FS.
Jiran sebelah ni je ha.
Kekwat sangat la kalau tak pergi kan.

fs : : Pergi dengan Kak Noni : :

fs1 : : Dan Sham : :

fs2 : : Dan Azman. Masa ni sudu saya jatuh terpelanting. Sabooo je laa. Tu yang adegan dedua pandang bawah cari mana pegi sudu tu hehe : :

Jemputan keenam dari JKK.
Department suamiku.
Yang ni macam saya tak berapa faham sangat kenapa dijemput.
Walhal RSA bukan admin JKK.
Tapi sebab dijemput, kita zasssss je la kan hehe.
Sib baik Kak As dengan Kak Noni pun ada gak.
Walaupun lepas tu saya duduk makan sendiri.
I OK je.

WP_20150812_13_29_11_Pro : : Ada mee kuah ni. Mengingatkan saya mee sedap yang dulu dulu Mama penah buat. Sedap gila kot. Tapi mee kuah yang kat JKK ni macam cair sikit. Tapi boleh la membangkitkan kerinduan pada mee sedap Mama itu : :

WP_20150812_13_56_54_Pro : : Husband & wife : :

WP_20150812_14_01_03_Pro : : Warga JKK : :

Jemputan ketujuh dari MSB.
Ni special betul ni. Kat Lanai sana.
Saya pergi berdua dengan Hakim.
Dengan selamba dan tak malunya kan hehe.

WP_20150812_17_18_50_Pro

WP_20150812_17_19_42_Pro : : Intan, Naza, Shida, Nadia, Mya, Lin & Kak Ani : :

Dan yang terakhir jamuan raya B**.
Ni bukan open department lah kan.
Open office? Hehe..
Saya turun dengan Kak Gee dan menumpang kasih kat table FIED.

DSC_7006

IMG-20150814-WA0005

WP_20150814_13_36_17_Pro : : Rusa bakar : :

WP_20150814_13_36_25_Pro : : Lemang pulut hitam. First time makan : :

Tak cukup melepak kat luar, sambung makan kat dalam cafe pulak.
Boleh Kak Lin buat scene terlepas pinggan.
Habis jatuh bertebaran buah mata kucing semua haa.

IMG-20150814-WA0006

IMG-20150814-WA0009

IMG-20150731-WA0003 : : Ni bukan open department mana mana. Tapi sebab semua pun berbiru, so marilah bergambar : :

OK habis cerita jamuan raya.
Esok cerita jamuan raya kat rumah saya pulak k.
Lepas tu baru bebetul habis cerita raya 😀