Medan : The Arrival

3 minggu lepas balik dari Manila, saya fly ke Medan pulak.
Tiket pegi Medan ni saya beli 1 Mac 2014.
Ha ambik kau setahun sebelum.
Memula rasa macam lamanya nak tunggu setahun tapi how time flies kan.
Pejam celik pejam celik dah setahun dah pun ha.

Saya ingat lagi plan nak pegi Medan ni Lina la yang cetuskan masa dalam flight balik trip ke Padang – Bukit Tinggi dulu.
Kalau ikutkan saya taknak pun pegi Medan ni sebab saya kan dah penah pegi dulu.
Tapi sebab fikirkan kawan-kawan, so ok lah, tambahan pulak tiket murah.

Tak sempat nak beli guna PC sebabnya website Air Asia asyik lah sangkut.
Masa tu biasalah ada promo free seats gitu lah.

Petang tu pulak saya nak gerak balik Taiping.
So takdapat la nak beli tengah malam ke apa.
Esoknya, 1 Mac 2014 tu masa kat Taiping, saya connect kan Ipad guna handphone.
Dapat lah jugak beli dalam keadaan nervous nervous ha.

RM76 per person return. Murah bukan kah?
Memula tu saya, Lina dengan Kak Wan je.
Masa sesembang saya saja la ajak ajak ayam si Syafiq & Emli.
Tup tup depa pun berminat nak join, makanya marilah beramai ramai.

Tapi tapi tapi, tiba hari kejadian.
Cuma saya, Encik Z & Syafiq je yang available nak pegi.
Saya ni tidaklah kisah sangat pun kalau orang tak jadi.
Faham je lah beli tiket pun setahun sebelum kan.
Kot ada masalah lain mendatang masa nak pegi tu.
Cumanya inform lah. Communicate.
Tak jadi pegi tapi diam membisu gitu, hmmm..

Saya takde la kecil hati pun.
Zaman kekecik hati ni dah lama berlalu.
Cuma terkilan sikit lah. Apa salahnya communicate elok elok inform kan.
Bukannya saya nak menaga pun.
Kesimpulannya, lepas ni no more lah nak plan plan trip dengan orang yang takde komunikasi ni.

Medan

Trip ke Medan ni cuma 3 hari 2 malam.
28 Februari – 2 Mac 2015.
Memang nak spend masa dalam kota Medan je.
Takde nak pegi Danau Toba.
Sebab memang plan Lina & Kak Wan nak shopping je.
Tapi dah diorang tak pegi, hmmm..  OK lupakan.

Flight pukul 8.45 pagi.
Saya gerak dari Jasmine pukul 6 pagi. Lambat sikit sebab takde nak check in beg. Semua pun bawak naik.
Park kereta kat TBS. Naik ERL terus ke KLIA2.
Tapi sampai kat KLIA boleh pulak ERL ni ada masalah teknikal.
So kena turun lah dan tunggu ERL lain dalam 15 minit gak la delay nya.

WP_20150228_06_47_04_Pro

Settle solat Subuh lu. Breakfast kat Mcdonalds.
Lepas tu ngam ngam terus je boarding.

WP_20150228_09_36_50_Pro

Atas udara tu 1/2 jam je pun sebenarnya, walaupun dalam itinerary tulis 1 jam perjalanan kan.
Memang tak sempat nak buat apa pun, tetiba dah sampai.
Tapi sebab saya dah penah pegi Medan kan, so takde la jakun ke hapa.

Cuma cuma cuma.
Kali ni mendarat di Kuala Namu International Airport.
Masa saya pegi dulu masih kat airport lama. Polonia Airport.
Airport lama tu dah jadi airport tentera dah.
Ada cerita tau disebalik kisah airport lama dan airport baru ni.
Nanti saya story kat entry lain, k?

WP_20150228_09_47_06_Pro : : Turun kapal terbang terus q nak naik bas masuk ke terminal : :

Taken with Lumia Selfie : : Kami 3 ketul : :

WP_20150228_09_51_58_Pro : : Dalam bas : :

Sekejapan clear imigresen dan kastam, terus je cross ke bangunan sebelah sebab nak naik Railink, Kereta Api Bandara menuju ke Kota Medan.

WP_20150228_10_09_43_Pro

WP_20150228_10_10_44_Pro : : Jadual perjalanan Kereta Api Bandara : :

Beli tiket untuk waktu perjalanan jam 9.52 pagi dengan bayaran RP100,000 seorang. Kurang lebih RM30 lah.

WP_20150228_10_15_09_Pro

WP_20150228_10_34_11_Pro : : Tempat beli tiket : :

WP_20150228_10_34_32_Pro : : Luas! : :

WP_20150228_10_43_48_Pro: : Kereta Api dah tiba. Masuk ikut pintu belah kiri. Jangan risau, nanti ada pekerja yang akan bantu korang tunjuk arah coach  dan seat : :

Taken with Lumia Selfie : : T______T : :

: : Dalam Kereta Api Bandara : :

Perjalanan dari Kuala Namu International Airport ke Kota Medan mengambil masa 30 minit.
Macam KL Sentral pegi KLIA2 jugak lah kan.
Dan ada wifi jugak.
Oh orang Indonesia tak sebut WAI-FAI.
Depa sebut WIE-FIE. Hiks :;)

3 thoughts on “Medan : The Arrival

Comments are closed.