Medan : Taman Buaya

Korang tau tak kat Medan ada Taman Buaya?
Tak tau lettew. Sebab saya pun baru tau kihkih.
Masa memula Pak AB bagitau tu saya dah macam ragu ragu.
Benar benaran ini. Mana mungkin ada Taman Buaya di Medan.
Gitu..

Yerlah selalu pun kan kalau orang pegi Medan mesti pegi Danau Toba.
Pastu shopping je la kan.
Rupanya ramai yang tak tau tempat ni especiallynya orang Malaysia lah.
Tu Pak AB la bagitau tu.
Lalu ayuhlah kita pergi.

: : Bayaran masuk cuma RP6000 seorang : :

: : Pintu masuk belah kanan sana tu. Tapi kena bayar entrance fee kat depan kedai ni ha : :

Masuk masuk memang terbeliak bijik mata kau.
Besar kot kawasan ni.
Tasik tempat buaya buaya ni tinggal pun besaunya la haih.
Tapi sebelum jumpa tasik, jumpa kandang kandang buaya dulu.
Seram sejuk lalu sebelah ha.

: : Acah acah jengah : :

: : Buaya kontot : :

: : Ni nak makan ke nak kemam ke cemana ni : :

Ada certain kandang tu siap tulis umur buaya.
Ada 5 tahun, ada 7 tahun, ada 10 tahun, ada yang belasan tahun.
Tapi paling win buaya yang umur 41 tahun. Besar sungguh.

: : Ni baru darjah 1 : :

: : Haaa 41 tahun. Life begins at 40 konsepnya : :

: : Haaa besau ke idok? Urut dada jap saya tengok nya ha : :

IMG-20150301-WA0025 : : Ni kalau telan saya ni mau sebulan kenyang ni : :

Bahagian seterusnya ialah tasik.
Tasik hijau berlumpur dan besar!
Di sinilah kita boleh gunakan konsep air yang tenang jangan disangka tiada buaya.

: : Memang saya terperanjat pun tengok jumlah buaya dalam tasik ni : :

FSCN9139 : : Kena panjat sikit kalau nak bergambar : :

: : Haaa tu yang timbul timbul semua tu buaya la tu. Bukan batang kayu ok : :

: : Main usha usha pulak buaya ni : :

Sedang mengusha usha buaya, tetiba ada show plak.
Memula saya ingatkan sesiapa je boleh bergambar dengan buaya ni, tapi rupanya kena ambik pakej bayar sekian sekian.
Tapi tidaklah saya cek berapa bayarannya.
Yang si Syafiq terus pi terjah je, apa lagi, kena sound la huhu.

: : Pekerjaan gosok gigi buaya : :

: : Untunglaaa dapat duduk atas buaya : :

: : Ginilah bila gambar dah siap : :

WP_20150228_16_59_02_Pro : : Tak dapat bergambar dekat, Shafiq selfie dengan buaya pun bolehhh : :

: : Tumpang bergambar kat signboard je lah : :

Menurut Pak AB, kawasan ni selalu jugak banjir.
Bila banjir, air naik, lalu buaya buaya ni pun terlepas lah kan.
Diorang pun buat la ops mencari buaya.
Ada je yang terlepas masuk rumah orang, sebabnya Taman Buaya ni kat kawasan perumahan.
Tapi diorang ni macam alah bisa tegal biasa.
Takde siapa komplen or marah pun. Dan so far takde lagi la kemalangan jiwa.
Berani betul depa kan?

Selain buaya, kat belah belakang macam ada Mini Zoo.
Ada anjing, ular sawa, monyet dengan ayam.

: : Dengan monyet pun awak nak selfie jugak yer Syafiq? : :

: : Anjing : :

: : Ular sawa : :

: : Babai buaya buaya semua. Kakak Ostajah balik dulu. Terpulanglah pada korang mahu jadi hantu atau mahu jadi buaiyyaaaa : :

One thought on “Medan : Taman Buaya

Comments are closed.