Medan : Shopping @ Pasar Ikan & Lunch @ Medan Mall

Seterusnya, apa lagi, shopping lah!
Kami menapak ke Pasar Ikan.
Saya dah bagitau ke belum ek dari Hotel Kesawan ke Pasar Ikan ni dekat bebenau.
Menapak je ke belah belakang, haa dah sampai.
Ni kali ke 2 lah saya sampai kat Pasar Ikan ni.
Dulu pegi Medan ada gak singgah, tapi masa tu tak minat nau kain kain pasang ni, so takde la shopping mana pun.

FSCN9269

Sejujurnya saya ni takde la set dalam kepala nak shopping apa sangat pun, tapi bila nampak ada kedai jual kain pasang yang saya nak, terus lah menggelitis.
Alaa jenis 2 meter 2 meter tu. Bahagian baju plain, bahagian kain ada corak.
Pastu datang sekali dengan selendang batik kain ala chiffon.
Saya tak sure la dipanggil batik apa ini.

Tapi memang saya suka lah.
Simple. Tahan lasak. Praktikal.
Iron pun senang.
Harga pun saya memang dah tau sebab penah beli kat Bandung dulu, so bargain la sampai dapat harga yang saya nak.
Tapi tak boleh la nak bagitau kat korang sebab lepas tu saya dah bisnes kain tu kat KL haha!

Ada la 2, 3 kedai kitorang singgah sebab warna kain tu macam limited.
Tapi harga awal awal amboii kemain tinggi hangpa letak no.
Walhal berapa je harga sebenar.

: : Kedai pertama. Auntie Cina dan anak anaknya : :

: : Kedai kedua. Lelaki. Cina gak. Tapi baik sangat. Tu kain kain belah atas kiri tu lah saya beli : :

: : Kain kain lain saya tak minat sangat pun : :

WP_20150301_12_38_16_Pro : : Tu pekerja ia tengah sembang dengan Encik Z pasal rokok letrik Encik Z tu. Berminat nau nampaknya : :

: : Tunggu kain kain dibungkus : :

: : Meneruskan perjalanan mencuci mata. Orang boleh tahan ramai : :

Singgah kedai ketiga. Ada satu lagi jenis kain yang saya aim.
Kain plain 2 meter 2 meter ada corak bunga kecik kecik.
Kain ala ala satin tapi bercorak tekan. Tak reti nak explain heh.
Tapi ada saya beli 2 pasang masa pegi Padang Bukit Tinggi dulu.

: : Memilih kain : :

: : Actually warna pasangan kain ni colour block. Tapi saya mintak tukar bagi sama warna. Dah tua kebana ni motip lah pulak nak colour block bagai pi office kan : :

: : Tu lah tokeynya. Nama Roy. Baik sangat. Korang kalau pegi Pasar Ikan, jangan lupa singgah kedai Roy ni tau : :

: : Yeyy jumpa orang jual stokin. Apa lagi, boronglah! : :

Settled shopping, balik hotel hantar barang.
Ingat nak pegi lunch kat Medan Mall.
Tengah tercangak cangak memikirkan cemana nak pegi, ada pembawa becak kat depan tu tegur.
Namanya Pak Regza. Dia ajak naik becak dia.
Memandangkan dia pun memang jenis port kat depan Hotel Kesawan ni, rasanya boleh kot dipercayai.

: : Saya dengan Encik Z duduk belah dalam. Sian Syafiq kena bonceng belakang Pak Regza. Kalau tak pegang kuat, mau terpelanting ha : :

: : Tu nampak tangan Syafiq tu : :

: : Dari Hotel Kesawan ke Medan Mall dalam 15 minit. Tengok betapa sempitnya haa kitorang duduk : :

WP_20150301_18_31_46_Pro : : Kelas Pak Regza bergayut handphone ceni. Sambil menunggang motosikal meredah lalulintas yang sesak : :

WP_20150301_15_45_44_Pro : : Lunch kat Es 77 Teller Indonesia : :

WP_20150301_15_45_08_Pro : : Silakan Antri katanya : :

WP_20150301_15_46_09_Pro : : Menu : :

: : Encik Z order set Ayam Kremes Rp24,545 : :

: : Ayam Kremes katanya : :

: : Saya order Set Baso Iga RP42,727 : :

: : Close up sikit Baksonya. Sodappp : :

: : Makan dengan Kicap Manis, Sos Tomato & Cuka : :

: : Atau boleh juga dengan Kecap Asin, Sambel Mie Baso & Sambel Otak Otak : :

: : Es Teler RP19,000 : :

: : Syafiq tak berkenan dengan food kat Es Teller 77 ni. Dia pi melepak mengopi kat kedai hujung sana tu. Katanya situ wifi laju : :

WP_20150301_16_43_46_Pro : : Habis makan pegi Central Market. Belakang Medan Mall ni je. Tapi kedai kedai di Central Market banyak yang tutup. Kat sini hari Ahad memang kedai banyak tutup. Hari bersama keluarga barangkali : :

Call Pak Regza nak suruh dia datang ambik tapi call call tak dapat.
Sudahnya kitorang tahan becak balik hotel.
Tunggu 10 minit camtu baru dia muncul.
Dia kata nak bawak kitorang pegi tempat shopping kain.
Katanya situ lagi murah. So ikut jelah.

WP_20150301_17_44_39_Pro : : Lawa ke idok? : :

WP_20150301_17_50_21_Pro : : Beria memilih, walaupun takde la murah mana pun. Saya beli 4 pasang kot kat sini tak silap : :

WP_20150301_17_59_03_Pro : : Banyak baju kemeja dan blouse batik : :

WP_20150301_17_57_44_Pro : : Tu tokeynya. Pak Arab : :

Masa saya bershopping ni Syafiq lepak kat luar.
Bila saya keluar tanjat jap sebab Syafiq duduk atas motor becak tu, pastu dalam 10 orang keliling dia, ada yang mencangkung cangkung bagai.
Datang dekat, rupanya depa semua ralit dengar Syafiq bercerita.
Kekdahnya si Syafiq sudah gebang kata dia askar. Masuk keluar hutan.
Parut kat muka tu sebab cedera kena pisau.
Senapang tu dah macam mainan harian katanya.

Sampai ke Medan kau membongak yer, Syafiq?
Hiks.

3 thoughts on “Medan : Shopping @ Pasar Ikan & Lunch @ Medan Mall

  1. hahaha dah Syafiq jadi penglipurlara kat situ
    punyalah hot jualan kain kak maya smpi kita nak beli pun sold out hikks

Comments are closed.