Medan : Masjid Raya Al-Mashun

Dari Istana Maimoen sepelaung je ke Masjid Raya Al-Mashun.
Masjid ni merupakan Masjid yang paling terkenal di Medan.

: : Gerbang masjid : :

: : Patuhi peraturan ya? : :

: : Nak bergambar kat sini tapi punya la lama bebudak ni melepak. Bila saya pegi terus pose pose baru la depa beralih tsk tsk : :

: : Tu pun beralih duduk kat tepi tu je. Sabo je la : :

IMG-20150301-WA0020

IMG-20150301-WA0022

: : Masjid Raya Medan ini merupakan saksi sejarah kehebatan Suku Melayu sang pemilik dari Kesultanan Deli : :

FSCN9106 : : Pada awal pembinaan Masjid ini merupakan sebahagian dari Istana : :

IMG-20150301-WA0021 : : Candid la konon : :

: : Depan pintu masuk ada 2, 3 orang peminta sedekah. Saya tak masuk ke dalam, takat pintu depan ni je : :

Sekejapan je pun kami kat dalam ni. Tak explore ke belakang belakang pun.
Sebabnya waktu ni punya la panas nyit nyit nyit. Kepala saya pun dah berdenyut denyut nak migraine dah.

: : Tetiba ada kebakaran. Tu nampak bomba tu huhu : :

IMG-20150301-WA0024 : : Kat tangga ni je ada 4 orang peminta sedekah. Tak tengok kat belah kiri kanan masjid lagi hu hu hu : :

Masa nak turun tangga tu saya bagi la sedekah pada sorang lelaki yang duduk tu.
Tup tup berlari sorang budak lelaki ke arah saya mintak sedekah jugak.
Saya pun hulur je lah.

Tak lama pastu dia jerit “Makcik.. tolong bagi pada Ibu ini”
Dia muncung kan pada sorang Nenek yang tengah duduk.
Alahai. Bukanlah saya taknak bagi.
Tapi kat Indonesia ginilah romannya, bila kita bagi pada sorang, nanti berbondong bondong yang lain mengekor.

Kalau kat Malaysia tu lain lah jugak kita boleh tukar duit RM singgit singgit.
Ni kat tempat orang, bukan tiap masa kita ada duit kecik kan.
Kena kentalkan hati sikit lah.
Semoga Nenek tadi dapat rezeki dan sedekah dari orang lain pulak di hari itu.
Amin….

One thought on “Medan : Masjid Raya Al-Mashun

  1. Haih dah kenapa budak2 tu x nak beranjak dari tempat Mya nak amik gambar…adat la tu kat mana-mana d Indonesia…memang ada je orang duk minta sedekah ni…kadang2 anak2 kecik pun diajar minta sedekah

Comments are closed.