Medan : Istana Maimoen

Destinasi kedua ialah Istana Maimoen.
Masa saya pegi Medan tahun 2005 dulu saya tak sempat masuk dalam Istana Maimoen ni sebab sampai lewat dari Danau Toba.
Bergambar kat depan je. So kali ni dapatlah masuk dalam.
Bayaran masuk RP10,000 seorang.

Istana Maimun adalah istana kebesaran Kesultanan Deli dengan warna kuningnya (kuning merupakan warna kerajaan Melayu) dan khas gaya seni bina Melayu di pesisir timur. Ia merupakan salah satu mercu tanda yang terkenal di Medan, ibu kota Sumatera Utara, Indonesia.

Istana ini sebenarnya dirancang oleh seorang arkitek Itali dan disiapkan pada tahun 1888 semasa pemerintahan Sultan Makmun Al Rasyid Perkasa Alamsyah. Ia mempunyai keluasan 2,772 meter persegi, dan mempunyai 30 bilik. Binaan Istana Maimun menarik minat ramai pelancong kerana ia mempunyai binaan yang dipengaruhi pelbagai kebudayaan, dari kebudayaan Melayu, Islam, Sepanyol, India, dan Itali.

: : Sapa nak pakai baju pengantin bergambar kat sini pun boleh. Koserr lah pulak saya kan. Dah penah pakai kat Padang dulu. Cukup cukup la : :

IMG-20150301-WA0015

: : Nak shopping souvenir pun boleh : :

: : Setiba tiba si Syafiq dan si pemakai baju pengantin berkawan sebab nak suruh snap gambar hehe : :

: : Ada persembahan lagu tradisional kat luar. Saya ada rakam video. Nanti saya share k : :

: : Sudut sebelah kanan istana : :

Pusing pusing, legar legar, baca informasi pastu gerak lah.
Apa sangat nak buat dalam ni pun kan.

: : Acah acah candid ke cemana husband ai tu : :

: : Nampak gemuk melampau pulak laki haku dalam gambar ni : :

IMG-20150301-WA0016

Kat belah kiri depan Istana Maimoen ni ada orang menjual jual.
So belek belek lah dan beli beberapa helai tshirt serta fridge magnet.

: : Saya beli baju tidur kuning tu. Budak jual tu kata baju ni dipanggil baju ayang ayang. Sebabnya kalau dipakai isteri, suami bertambah sayang. Awummm… I dah beli baju ni, kalau Encik Z tak sayang, awassss… : :

: : Tergelak gelak la kitorang bila budak penjual tu cakap camtu : :

: : Banyak jugak la kedai souvenir kat sini. Kereta putih tu la kereta sewa kitorang : :

IMG-20150301-WA0017 : : Nama nama Sultan yang pernah memerintah Medan ini : :

Kat depan tempat menjual ni ada satu kereta kuda.
Tapi kereta nya je la yang ada. Kuda nya takde.
Pak AB cerita kan, kereta kuda ni ala ala misteri gitu.
Dulu dulu pernah keterjadian yang asal malam je, kereta kuda ni hilang.
Asal kereta kuda ni hilang je, di waktu malam.

Saya tanya la, pihak Istana Maimoen tak cari ke?
Pernah cari tapi tak jumpa.
Tapi tapi tapi, esok paginya kereta kuda ni ada balik kat tempat asal.

Sejak dari tu kalau kata belah malam kereta kuda ni hilang, depa buat dono je.
Sebab esok paginya mesti kereta kuda ni akan balik.
Kalau saya kan, saya dah arahkan pasang CCTV dah.
Tapi gamaknya depa cam paham sesama sendiri la kot.
Nama pun Istana kan, so takyah pelik sangat la kot kalau benda benda mistik terjadi.

IMG-20150301-WA0018 : : Motiplah bebudak sekolah ni lepak dalam ni. Adeh : :

IMG-20150301-WA0019 : : Selfie sepam : :

3 thoughts on “Medan : Istana Maimoen

  1. org beli baju yg sama kat kedai area Istana Maimoen. colour grey. taktau plak dipanggil baju ayang ayang. tapi teori tu mcm relate je..hahaha

Comments are closed.