Medan : Hotel Kesawan & Makan Siang

: : sudah sampai di Stasiun Medan : :

: : Information Counter. nak bertanyakan arah ke hotel : :

IMG-20150301-WA0005

Dah tanya arah bagai, kami pun memulakan perjalanan.
Boleh je naik becak, tapi pun boleh je kalau nak menapak.
Walaupun sebenarnya kami pun masih keliru mencari arah mana nak tuju ni ehehe.
Map memang ada tapi biasalah kannn kat tempat orang, tetaplah tercangak cangak ah.

: : Nampak signboard ni, ingatkan dah sampai, rupanya signboard iklan je, bolehhh??? Pffttt.. : :

Tengah tengah menapak tu, tetiba saya rasa macam ada benda jatuh dari atas.
Pandang atas tengok, rupanya ada renovation kat kedai atas nun, pastu ada sisa sisa simen yang terjatuh ke bawah.
Habislah melekat kat tudung dengan baju haaa.
Sib baik la cepat perasannya, kalau tak, jadi patung cendana la saya kat Medan haaa huhuhu.
Cecepat bersihkan dan sambung menapak lagi.

: : Melalui deretan kedai : :

: : Adakah Payiet ada share di kedai ini? : :

: : Mungkinkah Izara Aishah juga ada kedai di sini? : :

Selepas menapak kira kira 20 minit dengan jarak 650 meter, dengan bebanan beg 4 kg, akhirnya sampailah di hotel yang saya dah booking dari KL.
Tapi boleh pulak bila cek cek nama saya takde dalam list reservation.
Saboooooo je lah haaa.
Saya nak bilik yang ada tingkap, tapi dah tak available.
Sentap la kan. Tapi pasrah je la, dari takde bilik? Haa..

Oh yer, saya book 2 malam di Hotel Kesawan.
Google punya google, katanya hotel ni yang paling strategik.
Harga pun mampu bayar. So zasss je la book.
Saya ambik Superior Room, RP 319,000 untuk 1 malam.
Jadi 2 malam RP 638,000.
OK la biliknya luas, cuma tu la, takde tingkap kan.

: : Currency ketika itu : :

: : Depan Hotel Kesawan ni ada restoran Tip Top. Halal. So korang boleh makan kat sini k : :

: : Laluan ke bilik : :

: : Katil : :

: : TV, meja kecil dan kerusi : :

: : Toilet. OK lantai kotor sikit : :

: : Sinki ada kat luar toilet : :

: : Mini bar katanya. Tapi kitorang tak ambik pun : :

Masa tengah check in tu kami ditegur oleh staff hotel kat situ.
Saya namakan sebagai Pak ND (sebab nama dia saya lupa sudah)
Dia tanya ada nak pakai kereta dan driver tak?
Saya cam hmmm ok jugak la kot.
So deal sesiap nak pegi sekian sekian tempat, pastu kawtim harga terus.
Driver @ supirnya abang ipar kepada Pak ND.
Nama supir pun saya dah lupa. Adoi laa..
Oleh sebab lupa kita namakan Pak AB sudahh.

: : Rehat kejap dan tunggu supir sampai, pastu terus keluar nak cari makan. Tapi pegi money changer dulu sebab Syafiq nak tukar duit : :

IMG-20150301-WA0007 : : Kami makan siang di Rumah Makan Aek Zam Zam : :

: : Besar restorannya dan ramai orang, tapi biasalah masakan Padang kan, sekejapan semua lauk dah depan mata : :

: : Ada surau jua di sini : :

IMG-20150301-WA0006 : : Lauk pauk terhidang. Pilih 4,5 jenis pastu terus ngap ngap. Total makan RP141,000 : :

One thought on “Medan : Hotel Kesawan & Makan Siang

Comments are closed.