Pantai Klebang & Mahkota Parade

: : Jom gerak. Ke mana? : :

: : Ke rumah baru Ayah Chu! : :

Alhamdulillah Adil & Yana dah beli rumah kat Melaka.
Ni kat area area Tengkera.
Adil & Yana jangan terkejut kalau tetiba Kak Ngah muncul sebab nak makan bihun sup Tengkera tu.
Hihi!

: : Bestfriend. Tapi Qis kena hati hati tau. Sebab Ocah dah hampir nak merampas takhta bff awak dengan Ayah ni : :

: : Tak boleh nak masuk dalam sebab takde kunci. Rasa dalam 2,3 bulan ni depa pindah kot : :

Tahniah Adil & Yana dah ada rumah sendiri.
Kakngah dengan Abang Mi je la tinggal masih terumbang ambing mencari haluan rumah hehe.

Seterusnya.. lepas bai bai dengan Adil sekeluarga, kami yang lain gerak ke Pantai Klebang.
Janji dengan anak anak nak main layang layang.

DSCN0326

: : Macam nak terjatuh gaya jalannya ha : :

: : TQ Opah belanja aiskrim : :

DSCN0333 : : Budak bertuah masukkan pasir dalam kasut kakaknya Caca : :

DSCN0334

DSCN0335 : : Mommy ni asyik bergambar je. Qis nak main layang layang lah. Begitu Qis bergumam di dalam hati : :

Lepas serahkan Yaya pada apaknya, kitorang pun gerak lah.
Yer, bagi la Yaya beraya kat Melaka pulak.
Saya ni tak kejam ok. So pls jangan nak tuduh saya ni kejam tak bagi anak jumpa bapak ke apa.
Pffttt!!!

Saya dan Encik Z terus pegi check in kat Klebang Besar Townlodge.
Check in je, tak masuk bilik pun.
Sebab nak ikut Abang Long sekeluarga pegi jalan jalan area Melaka Raya sana.
Parking kereta kat Pahlawan Mall, cross jalan pegi Mahkota Parade.

WP_20150718_18_26_13_Pro : : Opah dan Vivo : :

: : Dinner kat KFC. Dah taktau nak makan apa sebenarnya : :

Pergi Parkson sebab Qis nak beli toys yang bertajuk Robocar Poli.
First time saya dengar ni.
Sib baik adik salesgirl tu tau.
Robocar Poli belah sana kak.

: : Tengok harga terus Mommy nak terpengsan : :

Abang Long pujuk Qis ambik benda lain.
Sib baik dia ok, so dia ambik Cupcake Station ala ala Playdoh.
Nanti Mommy kaya Mommy belikan awak Robocar Poli tu yer, Qis.
Bila tahun nak kaya, cuma Allah yang tau.

Ocah memula tak pedulik pun toys ni semua.
Jalan macam YB melawat kawasan.
Tapi bila sampai kat kolam mandi ni terus jerit Nak!!!
Tunjuk kat Ayah lalu mintak simpati.
Ayah cuma mampu bersimpati je la, tak mampu nak beli haha.

: : Comel sangat buat muka kesian : :

: : Tapi akhirnya beli pinano. Eh piano : :

: : Jom gi bayar dulu. Masa nak bayar tu sibuk la si Ocah pusing pusing : :

: : Masa ni toys tu jatuh so dia jerit ‘Ayahhh!‘ nak suruh Ayah ambikkan lettew. Diva divo sangat nih : :

: : Dah dah jom balik : :

Dari situ kami berpisah.
Abang Long sekeluarga bawak Mama balik KL sebab esoknya tu Kaklong kerja dah.
Saya dan Encik Z terus ke Klebang Besar Townlodge.

Watamat Syawal ke 2.

2 thoughts on “Pantai Klebang & Mahkota Parade

Comments are closed.