Manila : The Bamboo Organ Church

Seterusnya, kami ke The Bamboo Organ Church.
Memula dengar perkataan organ tu kan, saya dok terbayang organ manusia. Boleh?
Gila punya Sopiah.
Rupanya organ tu ialah piano. Yer la, macam jaaaaarang je orang panggil organ.
Selalu pun orang sebut pinano kan? Eh piano. Betul tak?

The Bamboo Organ Church ni letaknya di Las Pinas City.
Juga dikenali sebagai St. Joseph Parish Church.
Gereja ini terkenal kerana kebanyakan bahagian dalaman organ dibuat menggunakan batang buluh.

WP_20150202_15_18_41_Pro

DSCN0073edited

DSCN0066

DSCN0046 : : Bayaran masuk PHP100,000. Tapi saya tak payah bayar dah sebab dah termasuk dalam harga pakej : :

DSCN0068 : : Tulis lah di dalam buku pelawat tanda sudah sampai di sini : :

DSCN0048 : : Budak ni namanya Kiko. Dia yang bagi penerangan tentang church ini. Saya dengar gitu gitu je lah : :

Masalahnya kan, masa si Kiko ni bagi penerangan, punya la ramai staff yang ikut sekali.
Dalam 6 orang ada kot. Saya dah macam Apa kes korang ramai ramai mengekor ni ha?
Rupanya depa semua tengah praktikal kat situ.
Yang bestnya sorang tu siap kata I’m Muslim too.
Dah kenapa kau muslim tapi kau nak kena praktikal kat gereja ni dik oi?
Jangan bikin Kakak Ostajah keliru boleh tak.

Dipendekkan cerita, masuklah terus ke belah dalam gereja ni ha.
Sini macam saya tak seram sangat la sebab takde segala patung patung macam kat Cathederal of Manila & San Agustin Church semalam tu.

DSC_0639

DSCN0059 : : Tak lama lepas tu datanglah seorang wanita lalu memainkan lagu menggunakan organ yang diperbuat dari buluh itu. Nanti kat last entry saya letak videonya ek : :

DSCN0061

DSCN0065

DSCN0074 : : Sebelah ni ialah sekolah : :

Dalam setengah jam gitu kitorang bergerak.
Patutnya kan ada satu lagi tempat kena pegi.
Ikutkan voucher itinerary yang saya dapat tu lah, patutnya pegi pineapple atau coffee plantation dan lihat bagaimana cara cara pemprosesan nanas dan kopi ni.

Memang la katanya kalau masa mengizinkan baru dia bawak pegi, tapi masa ni baru pukul 3.30 kot.
Sempat apa?
Memang pemalas kan kau Mr Pang.
Ikut hati saya macam nak komplen kat City Discovery tu.
Tapi fikir fikir balik, ah koserr lah pulak.

DSCN0077 : : Meneruskan perjalanan pulang dan nampak kejadian ini : :

DSCN0078 : : Bahayanya la kan depa lepak tepi jalan ceni. Kalau kat Malaysia ni mau dah kena culik huhu : :

DSC_0644 : : SALAM. Saya saspek owner jeepney ni ialah orang Islam : :