Manila : Tagaytay Ridge Tour

DSC_0587 : : Meneruskan perjalanan ke Tagaytay : :

DSC_0592 : : View : :

DSC_0593 : : Mendaki : :

DSC_0595 : : Jeepney. Pengangkutan utama di Manila dan kawasan sekitarnya : :

Sedikit info mengenai Tagaytay.
Tagaytay merupakan sebuah bandar di wilayah Cavite, Filipina. Ia adalah salah satu destinasi pelancongan yang paling popular di Filipina kerana pemandangan indah dan iklim sejuk disebabkan berada di tanah tinggi.
Macam Cameron Highlands & Bukit Fraser kat Malaysia ni lah.

DSC_0596 : : Mr Pang mengarahkan driver untuk berhenti di satu sudut jalan yang boleh tahan korner lipatnya : :

DSC_0601 : : Cuaca agak berkabus so tak berapa jelas sangat : :

DSC_0599 : : Mr Pang memberi penerangan pada saya tentang Taal Lake dan Taal Volcano : :

WP_20150202_11_19_51_Selfie : : Angin kuat, tengok tudung saya terbang terbang : :

WP_20150202_11_27_06_Pro : : Starbucks! Dapat pekena kopi sodapp ni : :

DSCN0028 : : Kami lunch di Max’s Restaurant : :

DSCN9992 : : Menu : :

Tapi tak payah pening pening nak fikir harga apa semua, sebab dah masuk dalam pakej.
Cumanya makan je la apa yang boleh dimakan, yang tak boleh tu tolak tepi.
Jadi traveler gini lah, tak boleh nak cerewet sangat tang makan minum ni.
Tapi tapi tapi, tak bermakna boleh membabi buta makan.
Yang penting berhati hati dan tawakal.
Insya Allah, semua akan dipermudahkan. 🙂

Mr Pang ambik order, tulis kat kertas.
Dah la ambik order garang nak meninggal. Eeieiie tampa kang.

DSCN0015 : : Dalam restoran : :

DSCN0016 : : Sarap kapiling. Bermaksud semangat bersebelahan. Mungkin tagline restoran ini barangkali : :

FSCN9996 : : Lepas order makan selfie dulu seround : :

Kedudukan restoran ni menarik sebab boleh nampak pemandangan Taal Lake dan Taal Volcano.
Sementara menunggu food sampai jom lepak kat luar dulu menikmati pemandangan di luar.

Taal Volcano adalah sebuah gunung berapi yang kompleks di Pulau Luzon di Filipina. Letusan tertumpu di Pulau Gunung Api, yang di tengahnya terdapat Taal Lake. Taal Lake mengisi sebahagian Kaldera, yang dibentuk oleh letusan demi letusan sejak dahulu. Dilihat dari Banjaran Tagaytay, Taal Volcano dan Taal Lake menyajikan pemandangan yang indah dan menarik di Filipina.

Gunung berapi ini diperhati dan dikaji dari semasa ke semasa untuk menghindahi bencana alam yang lebih dahsyat. Gunung berapi ini masih aktif di Filipina dan sebahagian daripada Lingkaran api Pasifik .

Nah tengok gambar ni untuk lebih memahami fakta di atas.
Pemahaman saya, dalam tasik ada gunung. Dan gunung itu ialah gunung berapi.
Dan dalam gunung berapi tu ada tasik lagi. Haaa..

url

Kalau sesiapa nak seberang Taal Lake dan melihat Taal Volcano dengan lebih dekat pun boleh.
Saya memula tu macam berkira kira jugak nak pegi.
Tapi renyah sikit la sebab nak kena naik bot menyeberang, pastu kena menapak selama beberapa jam, atau naik kuda untuk sampai ke puncak gunung tu.

Setelah membuat research dan penelitian, saya rasa tak nak lah kot.
Tapi kalau korang nak baca experience blogger yang naik ke atas puncak tu, boleh baca blog SUPERMENG dan JANGGELTREKKING.
Lawak baca cerita depa ni. Tergelak gelak saya dibuatnya ha.

DSC_0604

DSC_0606

DSC_0609

DSC_0615

DSCN0014

DSC_0610 : : Candid : :

DSC_0613 : : Mata berkerut menahan panas. Cuaca je panas tapi udara dingin : :

Takde orang pun kat sini, so kami bergambar je lah sampai lebam.
Mekasih pada monopod yang menyumbangkan jasa dan bakti.

FSCN0003

DSCN0006

Jenguk ke dalam tengok food semua pun dah sampai.
Ayuhlah kita.

DSCN0013 : : Drinks : :

FSCN0020 : : Muka asyik berkerut dah kenapa Normaya : :

DSCN0010 : : Macaroni salad : :

DSCN0011 : : Potato salad : :

DSCN0022 : : Sinigang na Ulo at Tiyan Ng Salmon. Bahasa Malaysia nya Kepala Salmon masak singgang! : :

DSCN0019 : : Gambas Con Aligue. Bahasa Malaysia nya Sambal Udang dengan roti! : :

DSCN0023 : : Pelbagai sos. Sos pisang pun ada! Tapi saya tak try pon semua ni : :

DSCN0024 : : Pencuci mulut yang diberi nama Halo Halo Special. Bersungguh sungguh Mr Pang suruh kitorang cuba. Basically ia adalah bertih jagung manis dimakan bersama aiskrim : :

Tetengah makan ada orang datang buat persembahan nyanyi nyanyi.
Mr Pang awal awal dah warning kalau depa datang dekat, just cakap “It’s OK. Tq”
Sebab nanti kena bayar tips pula.
Baiklahhh.
Lalu tumpang dengar dari meja sebelah.
Saya ada rakam video, macam biasa, sila tunggu naaa..

DSCN0026

Bye bye Tagaytay! Awak memang cantik dan indah!

One thought on “Manila : Tagaytay Ridge Tour

Comments are closed.