: : Ped Xing dah macam bahasa Cina pulak. Hiks. Maksudnya Pedestrian Crossing daaa : :
: : Simpang yang sibuk : :
Petang tu saya dah plan nak tengok sunset.
Hasil pembacaan dan google sana sini, boleh tengok dari rooftop City Garden GRAND Hotel yang letaknya berdekatan sangat dengan Tune Hotel, so mari lah kita.
: : Masa ni angin kuat : :
Tanya pada security yang jaga kat lif tu, boleh ke kalau saya nak naik rooftop tengok sunset.
Dia kata boleh, siap tolong tekankan lif dan tahankan lif, tunggu sampai saya masuk. Baik sungguh.
: : Swimming pool kat atas ni : :
: : View sebelah kanan : :
: : View sebelah kiri. St. Giles Hotel : :
: : Lawanya langit dan awan! : :
: : Merenung kehidupan : :
Apa lagi order drinks dan layan perasaan je lah.
Sambil borak borak laki bini. Tenang je rasa kat atas ni.
Angin kuat dan nyaman.
: : Menu : :
: : Saya order House Blend Tea. PHP75.89. Sedap gila!!! : :
: : Encik Z order Cafe Latte PHP98.21 : :
: : Tak jemu mata memandang : :
Masa kitorang lepak ni tak ramai sangat orang.
So okay lah takde la rasa rengsa ke hapa.
Dan staff sini pun takde la marah kita lepak lama walaupun tak order makan.
Tapi order drinks kan, so ok lah.
: : Hampir menginjak senja : :
: : Menjelang malam : :
: : Encik Z up air Mango Juice pulak. PHP133.93 : :
: : Lampu lampu menerangi bandaraya Makati : :
: : Kenderaan dengan tujuan menuju ke destinasi masing masing : :
Kalau korang ke Manila, sila lah lepak kat rooftop dan menikmati pemandangan sunset Makati ini.
Sungguh indah!
: : OK nak balik dah. Saya puas! (Abaikan gambar yang blur. Heh) : :
cantiknya view dia… huk huk huk