Manila : SM Mall & Greenbelt

Half Day City Tour usai dalam pukul 12.30 tengah hari.
Richard tanya pada kitorang semua kot kot kitorang ada nak ke mana mana ke, so dia boleh mintak driver dropkan terus.

Ada satu grup nak pegi SM Mall of Asia, Pasay.
SM Mall of Asia ni merupakan shopping mall yang ke 11 terbesar di dunia.
Besar lagi lah One Utama & Midvalley kita #buatmukaberlagak
Saya taknak pegi sini sebab nanti nak balik hotel jauh.
So pegi yang dekat dengan hotel sudah.

DSCN9874 : : Mall of Asia. Signboard tertutup dengan pokok pulak : :

DSCN9875 : : Ada globe besar di depan : :

: : Ada yang nak balik hotel terus : :

: : Resort World Manila. Genting punya la kan? : :

DSCN9882 : : Menghala ke Makati : :

Saya dan Encik Z diturunkan di SM Makati.
Dekat je dengan Intercontinental, office Discovery City tu.
Lepas babai babai dengan Richard, kitorang terus masuk dalam SM Makati ini.

Shopping mall kat sini macam agak tegas.
Everytime nak masuk dalam shopping mall depa akan scan dan cek beg korang.
Macam leceh sikit la kan.
Dan lagi satu shopping mall kat sini banyak bersambung sambung, tapi pintu lain lain.
Kalau tak bersambung pun memang sebelah menyebelah je semua.
Besar besar pulak tu.

Macam SM Makati ni bersambung dengan shopping mall Glorietta dan Greenbelt.
Makna kalau nak pegi shopping mall sebelah, kena keluar dari pintu dan kena lah scan over and over again. Gitu.

WP_20150201_14_43_59_Pro : : Saya memang dah aim nak pegi Kultura Filipino : :

Buat pengetahuan korang, kat Manila ni expecially kat Makati lah, memang takde macam bazar bazar ke, pasar malam atau tempat tempat untuk beli souvenir.
Tak macam kat Indonesia atau Thailand.
Senang nak cari ole ole murah murah betul tak?

Yer la, Makati bandar besar tempat orang kaya kaya dan tempat bisnesman, motiplah pulak nak ada pasar malam kan.
Ada tu ada la tapi kat bandar bandar lain which is bahaya lah kalau kita tourists ni nak pegi saja saja.

Makanya Kultura Filipino ni lah sebagai penyelamat.
Saya rasa macam kalau kat KL ni, Central Market lah.
Segala mala berkenaan Manila dan Filipina semua di jual kat sini.
Kualiti memang tip top dan harga pun mampu milik.

WP_20150201_14_16_53_Pro : : 1 gambar ni je saya snap curi curi. Standardlah kan tak boleh snap gambar dalam kedai kedai ceni : :

Tapi yang saya baca jugak, kat Manila ni katanya tak boleh snap gambar dalam shopping mall.
Ish ish ish. Kalau kat KL ada syarat gitu, mesti nangis semorang tak boleh nak selfie. Hiks.

Settled menyopping, mau cari makan. Lapau!
Ada restoran halal dekat Greenbelt. So menapak la kami.

WP_20150201_15_03_33_Pro : : Bertanya arah di Greenbelt 4 : :

WP_20150201_15_10_04_Pro : : Restoran itu letaknya di Greenbelt 3 : :

WP_20150201_15_12_47_Pro : : Gilak by Hossein. Encik Z tengah belek menu : :

WP_20150201_16_00_22_Pro : : Apala maksud Gilak tu ek : :

WP_20150201_16_00_40_Pro : : Nak duduk belah luar pun boleh, tapi kitorang duduk belah dalam : :

WP_20150201_15_13_11_Pro : : Assalammualaikum Pakcik Hossein, kami datang nak makan ni : :

WP_20150201_15_14_08_Pro : : Menu : :

DSCN9883 : : Dedua order Coke PHP240,000 : :

DSCN9887 : : Nasi beriani daging. Portion besar. So share je.  PHP419,000 : :

DSCN9888 : : Roti + Humus PHP150,000 : :

FSCN9891 : : Tak ramai orang pun : :

Makanan sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.
Tapi mahal la kan. Nak buat caner, dah travel negara yang komuniti Islam nya kecil, kena la berkorban sikit.

WP_20150201_16_17_04_Pro

: : Singgah Hard Rock Cafe sebab Amirul, budak office saya kirim fridge magnet. HRC ni kat Glorietta, tapi belah luar so takyah la sesusah nak masuk dalam mall lagi : :

Eh lupa nak cerita, masa dalam van tu kan, Richard tour guide tu ada cerita tentang bencinya ayah dia pada Jepun.
Masa dia sekolah dulu, bila balik sekolah nak tahan teksi kan, ayah dia gigih taknak naik kereta buatan Jepun.
Kira sanggup gigih tunggu sampai kereta buatan US ke, Jerman ke, Malaysia ke #eh? lalu, baru la dia tahan dan naik.
Kadang sampai berejam rejam menunggu.

Kisahnya masa dulu ayahnya pernah bekerja kat satu company Jepun.
Ada boss situ yang tak suka kat ayahnya, tu taktau la sebab apa.

Ada sehari tu, boss tu sudah tulis satu nota dalam bahasa Jepun, dan suruh ayah Richard ni pegi bagi pada tentera yang jaga pagar kat depan.
OTW nak pegi hantar nota tu, ada sorang staff Jepun tegur dan tanya la

“Pakcik nak pi mana tu?”
“Pakcik nak pi hantaq nota ni sat kat polis depan nun. Boss suruh”
“Nota apa tu, bak mai saya tengok”

Tengok tengok tanjat la staff tu sebabnya dalam nota tu, boss tu suruh tentera tu tembak mati ayah Richard.
Ayah Richard apa lagi, haruslah terkejut dan marah jua.
Staff tu terus suruh ayah Richard pegi balik dan hilangkan diri.
Sib baik depa tak cari cari dah.
Gitulah kekiranya, cemana kejamnya Jepun zaman dulu kala.
Jangan kata depa, atuk nenek mak ayah kita pun ada yang sempat melalui keperitan zaman penjajahan Jepun kan?

Makanya marilah kita bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang.
#MalaysiaMasihAman #yeke?

One thought on “Manila : SM Mall & Greenbelt

Comments are closed.