Manila : Marcos Twin Mansion

Hari ketiga di Manila.
Hari ni saya dah book trip Panoramic Tagaytay – Taal Lake and Volcano with Bamboo Organ Stop .
Pun saya ambik dengan City Discovery.
Bayaran USD207.94 untuk 2 orang.
Dari Manila ke Tagaytay ambik masa kira kira 1 jam setengah perjalanan, lebih kurang 55km jauhnya.

Driver ambik kat Tune Hotel, pukul 9 pagi dan kemudian ke Intercontinental Hotel untuk tukar kenderaan.
Kebetulan trip ni cuma saya 2 orang je dengan Encik Z, takde campur dengan orang lain.

Nama driver yang bawak kitorang ni saya tak ingat dah la.
Tapi takpe, saya namakan ia sebagai Mr Pang.
Sebab rupa paras ia seperti mintak pelempang hahahahha.
OK tak lawak.
Sebabnya tak friendly dan garang semacam.
Tak macam Richard semalam, lembut baik je.
Mungkin faktor usia barangkali.

 

: : Sementara menunggu… : :

: : Lobi hotel. Kalau hangpa banyak duit boleh la stay kat sini. Sebab memang betul kat bandar Makati : :

: : Dah penah sampai Chiang Mai, dah penah sampai Manila. Lepas ni mana lagi kakak ostajah nak bawak awak ya : :

: : Intercontinental Hotel berdepan dengan shopping mall Glorietta 5 : :

FSCN9967 : : Itulah dia Mr Pang : :

: : View : :

: : Toll gate girl : :

Sebelum sampai Tagaytay kami stop dulu di area Cabuyao Laguna.
Di sini lah tersergamnya banglo yang diberi nama Marcos Twin Mansion.
Apakah Marcos Twin Mansion ini?
Banglo ini pernah didiami oleh bekas Presiden Filipina Ferdinand Marcos, isterinya Imelda Marcos dan anak anaknya yang lain.
Tapi sekarang banglo ini telah diambil oleh kerajaan tetapi terbiar sepi begini saja lah.
Marcos Twin Mansion juga dikenali sebagai Canlubang Mansion a.k.a. the Cabuyao Mansion.
Menarik jugak bila baca kisah Ferdinand Marcos ni.
Pembunuhan, korupsi dan skandal. Macam dalam drama.

Nasib datang sini siang siang.
Kalau datang malam hari ni, mau meremang bulu roma.
banglo ni besar. Siap ada 2 wings.
Sunyi sepi, cuma kedengaran angin bertiup.
Agak spooky dan scary jugak lah huhu.

DSC_0578

DSC_0579

DSC_0580

: : Ni view menghadap belakang. Angin kuat! : :

: : Jenguk ke dalam. Luas sungguh : :

DSCN9977 : : Meja karom kan tu? Ke meja snooker? : :

DSC_0586 : : Imelda Marcus : :

DSCN9986 : : Laman pun punyalah luas ha. Boleh buat swimming pool : :

WP_20150202_10_47_28_Pro : : Ni kat entrance sebelah kanan : :

Kira singgah sini sebagai tambahan je la sebab kalau ikutkan tak masuk dalam pakej pun.
Dalam muka mintak pelempang tu, baik jugak yer kau, Mr Pang?
Hiks.

3 thoughts on “Manila : Marcos Twin Mansion

  1. hahaha sesuka ati je bagi nama akak ni
    lama dah x tgk akak dressing camtu…sempoi, suka!

Comments are closed.