Manila : Jeepney Factory @ Sarao

Selesai lunch dan menikmati pemandangan indah di Tagaytay, kami pun bergerak turun.
Dalam pakej ni ada termasuk dengan 3 buah tempat lagi.
Tapi tu pun kan Mr Pang ni tanya sama ada saya nak pegi ke tak 3 tempat ni.
Saya tanya la boleh ke tak pegi. Dia kata boleh je, so boleh terus balik town.

Eh wah eh wah. Pemalas sangat dia ni.
Kalau balik town terus rugi la saya.
Saya kata nak pegi. Dengan muka memalas dia tu, dia kata OK.
Kami ke Sarao Jeepney Factory bertempat di Las Pinas, Metro Manila.

Jeepney merupakan pengangkutan awam yang terkenal di Filipina. Dikenali dengan tempat duduknya yang sesak, dan hiasan yang pelbagai.

Jeepney asalnya merupakan jip tentera U.S yang ditinggalkan daripada Perang Dunia II.
Menurut kata Mr Pang, sebelum tentera U.S balik ke tanah air depa, depa jual jeepney ni pada rakyat Filipina dengan harga USD1. Apa??? USD1? Sama dengan RM3.50?
Murahnya!

Kekira dari situ lah nya rakyat Filipina mula modify jeepney ni dan akhirnya ada a few individu yang bukak kilang jeepney dan produce jeepney sendiri.
Setakat ni cuma tinggal 2 je kilang jeepney sebab ada yang tak dapat maintain.
Gitulah ceritanya.

DSC_0638

Sarao Jeepney Factory ditubuhkan sebagai sebuah kedai kecil automotif pada tahun 1953.
Nama Sarao Motors memang terkenal lah di Manila mengatasi syarikat lain yang juga mengeluarkan jeepney.
Pada 2 Oktober 2000 Sarao Motors terpaksa menghentikan pengeluaran Jeepney disebabkan oleh kenaikan kos dan kakitangan juga telah berkurangan dari 300 orang kepada hanya 50 orang.

DSC_0617 : : Mr Pang muka macam baru bangun tidur : :

DSC_0618 : : Acah acah sentuh : :

DSC_0619 : : Enjin : :

DSCN0031 : : Meriah hiasan ha : :

DSC_0620 : : Pekerja bertungkus lumus menyiapkan jeepney : :

DSC_0626 : : Luas kilang ni : :

DSCN0035 : : Jeepney yang masih togel belum diberi kan sentuhan lagi : :

Mr Pang suruh teka apa fungsi jeepney kat bawah ni?
Beria la saya cakap untuk hangkut ais. Sebab rupa paras macam trak ais je.
Rupanya bukan. Jeepney ni khas untuk angkut babi uolls.
*pengsan tepi jeepney

DSC_0629

DSCN0037 : : Jeepney mengangkut babi : :

DSC_0635 : : Gini lah rupa original jeepney : :

DSC_0633 : : Lalu diubahsuai menjadi begini : :

DSC_0636 : : Dah macam robot pun iyer : :

DSC_0637

DSCN0039 : : Luas jugak la, tapi kalau dah sumbat sepenuh penuhnya, sesak jugak derrr : :

DSCN0040 : : Boleh request dan custom made nak warna apa, nak design cemana. Harga berbeza ikut permintaan : :

DSCN0044 : : Jeepney di jalan raya : :

Saya takde kesempatan nak try test naik jeepney ni.
Tak reti dan takut dan segan dan malas he he he…

2 thoughts on “Manila : Jeepney Factory @ Sarao

Comments are closed.