Garden City Apartments, Melaka

Dari Segambut terus je menuju ke Melaka.
Jalan sesak jugak sikit kat highway PLUS kat Seremban nun.
Tapi takde la lama sangat pun.

Dalam perjalanan saya dok sembang dengan Encik Z pasal solat Jumaat.
Ada la gebang gitu gini.
Tup tup scroll Facebook nampak status di bawah.
So nak share lah dengan korang.
Betul lah tu kan, masing masing punya pilihan dan keselesaan sendiri.
Buatlah keputusan yang bijak tanpa menyakitkan hati orang lain.
Bukan saja hubungan dengan Allah SWT yang perlu dijaga, hubungan sesama manusia pun tak kurang pentingnya.
Tepuk dada, tanyalah iman 🙂

11217545_10153431675628080_5231348642044399989_n

WP_20150717_14_22_51_Selfie : : Pose terperanjat nama diberi : :

WP_20150717_16_33_29_Pro : : Kat KL amukan. Dah sampai Melaka pun amukan. Pffttt : :

: : Kami menginap di Garden City Apartments, Melaka : :

Nak cari hotel kat Melaka ni pun menjuling jugak bijik mata haku.
Yer la nak cari yang 3 bilik kan. Pastu nak yang ada swimming pool gak.
So hasil google tanpa jemu bersua lah dengan Garden City Apartments ini.
Apartment 3 bilik, RM382.00.

: : Crystal Tower. Unit 12.7 : :

: : Siap dapat 3 in 1 ni lagi : :

: : View dari dalam apartment : :

: : Ruang tamu : :

: : Ruang makan : :

: : Bilik 1. Ada attach toilet : :

: : Bilik 2 : :

: : Bilik 3 : :

: : Toilet luar : :

: : Dapur. Ada kettle, microwave, pinggan mangkuk cawan sudu bagai : :

: : Swimming pool : :

: : Bekalan makanan yang dibawa : :

: : Abang Long & Encik Z yang lapau kedaung : :

: : Untung Ocah ada kakak kakak yang prihatin. Tu Yaya tengah nak pakaikan swimming suit turun temurun pada Ocah : :

Terjun kolam lah, apa lagi!
Bedebushhhhh #effectterjunkolam
Ini namanya beraya alaf baru. Mandi kolam di Aidilfitri. Hiks.

DSCN0283

: : Yaya tunjuk skill. Caca cuma mampu memandang dari kejauhan : :

: : Macam macam skill haa si Yaya ni. Dia dah tak pegi kelas swimming dah. Asyik ngelat je, so berhenti je la terus. Dia pun dah boleh dah swim yang basic basic. Cukup la tu : :

: : Sepupu yang rapat. Terus rapat sampai dewasa k? : :

: : Encik Z dok gelakkan saya pakai baju kurung turun kolam. Dulikkk.. malas nak tetukau baju : :

: : Ocah, ratu berkepit : :

Malam tu lepak kat bilik je.
Makan je apa yang ada ha.
Abang Long keluar dengan Encik Z, tapi kedai semua pun tutup.
Last last depa beli maggie je ha kot kot sesapa nak makan maggie.
Layan gegolek dengan anak anak.

WP_20150717_21_00_49_Pro

WP_20150718_09_25_20_Pro : : Ostajah celup : :

Watamatlah Syawal pertama tahun ini 🙂

3 thoughts on “Garden City Apartments, Melaka

  1. akak..ok tak apartment ni? nak pergi sana beramai2 next month. tgh2 bandar ke camne? tak familiar sgt melaka ni sebenarnya…

    • ok sangat. 3 bilik. yg penting ada swimming pool.
      ni kat area melaka raya. dekat nau nau dengan town

  2. sesekali beraya macam ni pun ok gak kan..sama gak macam perantau2 di luar negara..agaknya macam ni jugak…x yah pening2 kepala nak fikir beraya kat mana

Comments are closed.