City Tour : Rizal Shrine

Dalam Fort Santiago ni ada satu kawasan dipanggil Rizal Shrine.
Di sini tersimpannya segala informasi berkenaan Jose Rizal.
Di sini lah jua Jose Rizal dikurung sementara menunggu hari hukuman matinya dijatuhkan.

DSC_0552 : : Pintu masuk ke Rizal Shrine : :

DSC_0553 : : Jose Rizal ditahan di sini dari 3 November hingga 29 November 1896 : :

: : Besar bangunan ni : :

DSC_0556 : : Segala sejarah tentang Jose Rizal boleh dibaca di sini : :

: : Kawasan dalam ni suram dengan pencahayaan yang minimum, gambar yang Encik Z snap banyak blur so takdelah saya letak semua kat sini : :

Ada satu sudut bilik kecil, kira sel penjara Jose Rizal lah.
Sebelum ni tempat tu tempat penyimpanan senjata tentera, tapi kemudian diubahsuai dan dijadikan sel penjara Jose Rizal.
Beliau dikurung di sini sehinggalah hukuman tembak mati dijatuhkan pada 29 December 1896.
Beliau melangkah keluar dari sel ini dan terus berjalan menuju ke Rizal Park.
Ingat kan entry Rizal Park yang saya publish sebelum ni?
Haaa kat situlah tempat beliau ditembak mati.

DSC_0558 : : Lukisan yang punya 1001 rahsia : :

DSC_0559 : : Arca Jose Rizal : :

: : Wajah wajah Jose Rizal : :

: : Josephine Bracken. Isteri Jose Rizal. Tapi ada orang yang pertikaikan perkahwinan mereka. Entahlah kenapa : :

DSC_0561 : : Encik Z nak posing kat sini. Baiklah, bang : :

: : Rizaliana Map of the Philippines : :

: : Nota nota yang ditulis oleh pengunjung tanda memperingati perjuangan dan jasa Jose Rizal : :

: : To my family, I ask for your forgiveness for the pain I cause you but someday I shall have to die and it is better that I die now in the plenitude of my conscience : :

: : … And when in dark night shrouded obscurely the graveyard lies and only, only the dead keep vigil the night through: keep holy the peace: keep holy the mystery… : :

Semoga jasa Jose Rizal akan dikenang oleh seluruh penduduk Filipina.
Dan menjadi pengajaran dan sejarah untuk dikenang oleh seluruh penduduk dunia.