City Tour – Rizal Park

OK sekarang kami berada di Rizal Park.
Rizal Park merupakan antara taman terbesar di Asia.
Ianya merupakan tempat lepak kegemaran warga Manila, terutamanya pada hari minggu.
Rizal Park juga merupakan antara tarikan utama pelancong di Manila.
Senang kata macam Dataran Merdeka kita lah.

Pada 30 Disember 1896 telah jatuhnya hukuman mati terhadap wira negara Filipina iaitu José Rizal di Rizal Park ini. Kawasan ini secara rasminya ditukar nama kepada Rizal Park untuk menghormatinya, dan tugu mengabadikan jenazahnya berfungsi sebagai simbolik tumpuan utama di taman ini.

Pengisytiharan Kemerdekaan Filipina dari Amerika Syarikat telah diadakan di sini pada 4 Julai 1946.

DSC_0506 : : Tugu Jose Rizal di belakang sana : :

DSC_0522

: : Bendera Filipina berkibar : :

José Protasio Rizal Mercado y Alonso Realonda merupakan seorang nasionalis, novelis, penyair, pakar mata, wartawan dan revolusioner. Beliau secara meluas dianggap sebagai salah satu wira yang paling hebat di Filipina.

Beliau bertutur dalam pelbagai bahasa termasuklah Bahasa Melayu, Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Sepanyol dan pelbagai dialek Filipina.

Jose Rizal terkenal dengan karangan dua buah novel iaitu Noli Me Tangere (1887) dan El Filibusterismo (1891), kedua-duanya merupakan kritikan mengenai penjajahan Sepanyol ke atas Filipina. Buku-buku tersebut bertanggungjawab membangkit semangat dan identiti kebangsaan di kalangan rakyat Filipina.

Namun penjajah Sepanyol tidak bersedia menerima pendapat Rizal. Beliau dituduh ingin menggulingkan kerajaan dan dibuang ke Dapitan, Mindanao.

Rizal sekali lagi dituduh bersubahat oleh kerajaan kolonial apabila sebuah gerakan kemerdekaan, Katipunan cuba untuk memberontak. Rizal ditangkap dan dihukum atas tuduhan hasutan.

Rizal menerima hukuman tembak sehingga mati dari skuad penembak yang akan berlangsung di Bagumbayan (kini Rizal Park) di Manila. Beliau diberi peluang untuk menghindari hukuman tersebut dengan berkhidmat sebagai doktor di Cuba, namun beliau menolak tawaran itu kerana percaya dengan prinsip yang dipegangnya untuk mendapatkan kemerdekaan terhadap Filipina.

DSC_0516 : : Boleh tonton diorama kat sini, tapi sebab saya ikut pakej kan, so tak boleh la nak berlama lama : :

DSC_0514 : : Lalu di sinilah beliau telah dijatuhkan hukuman mati : :

: : Dr. Jose P Rizal. Hero Filipina : :

DSC_0512 : : Rizal’s Execution Site : :

: : Tempat hukumannya di belakang sana, ingatkan nak masuk tapi… : :

: : Rupanya kena bayar. Tak kuasa lah pulak nak berbayar. Sebabnya dari luar pun boleh je nampak : :

DSC_0513

Sambung jalan jalan lagi.
Happening jugak la tempat ni kalau nak bawak family beriadah dan lepak lepak.

DSC_0517

DSC_0519 : : Luas sampai ke hujung sana : :

: : Lebih luas dari padang bola : :

: : Bangunan pencakar langit : :

DSC_0523

: : Kalau nak naik kuda pusing kawasan sekitar pun boleh jua : :

Petikan daripada surat terakhir Dr Jose P Rizal kepada Prof. Fernando Blumentritt –

Saudaraku, apabila anda menerima surat ini, saya telahpun mati. Besok pada pukul 7, saya akan ditembak, tetapi saya tidak bersalah dari jenayah pemberontakan……