City Tour – Mananzan Handicrafts

Sebelum masuk ke Fort Santiago singgah dulu kat Mananzan Handicrafts.
Tempat menjual produk Filipina dan jua pelbagai souvenir.
Kak As ada pesan mintak belikan dried mango 6D. Sib baik ada jual kat sini.
So beli terus lah, kang cari cari tak jumpa kang susah pulak.
Tapi tanjat dengan harganya. RM18 sepaket walhal tidaklah besar mana.
Oleh sebab Kak As dah pesan kan, so saya belikan je lah 2 paket.

WP_20150201_11_08_15_Selfie : : Masuk je dalam kedai semua orang disarungkan rantai ini : :

DSCN9791 : : Macam macam produk makanan ada ha, tapi masa pegi Manila ni, saya ada kekangan kewangan sikit, so berjimat cermat jugak la : :

WP_20150201_11_07_09_Pro : : Depan Mananzan Handicrafts : :

Dari Mananzan Handicrafts nak ke Fort Santiago sepelaung je.
Lepas gi toilet dan shopping terus je saya menapak ke Fort Santiago.

DSCN9793

: : Over tau siap taknak bukak rantai tu he he : :

DSCN9796 : : Kalau nak pusing sekitar Intramuros, boleh naik kereta kuda ni. Nanti kat entry lain saya explain tentang Intramuros k : :

Fort Santiago atau dalam Bahasa Sepanyol berbunyi Fuerte de Santiago, manakala dalam bahasa Tagalog dipanggil Moog ng Santiago adalah benteng pertama yang dibina oleh Conquistador Sepanyol, Miguel López de Legazpi. 
Fort Santiago ni letaknya di dalam Intramuros yang bermaksud ” dalam tembok “.
Ianya merupakan kubu kuat Sepanyol satu ketika dahulu ketika mereka menjajah Filipina.
Macam Fort Cornwallis yang kat Pulau Pinang tu lah.  Tapi Fort Santiago ni jauh lebih luas.

: : Bodyguard merangkap photographer saya : :

: : Beli air : :