City Tour : Fort Santiago

Apakah itu Intramuros?

Intramuros (dalam bahasa Spanish bermaksud “dalam tembok”) adalah daerah yang tertua dan asas sejarah Manila, ibu negara Filipina. Juga dikenali sebagai City Walled, ia adalah bandar asal Manila dan merupakan pusat pemerintahan kerajaan semasa Filipina di bawah Empayar Sepanyol. Daerah di luar dinding dirujuk sebagai extramuros Manila, yang bermaksud “di luar dinding”.

Pembinaan dinding pertahanan telah dimulakan oleh kerajaan penjajah Sepanyol pada abad ke-16 untuk melindungi bandar daripada serangan asing. Dinding berukuran 0.67 persegi kilometer pada asalnya terletak di sepanjang pantai Manila Bay. Walaubagaimanapun lama kelamaan hakisan mula berlaku dan seterusnya mengikis dinding dan benteng.

Intramuros telah banyak rosak semasa pertempuran untuk menawan semula bandar dari tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua. Pembinaan semula dinding telah bermula pada tahun 1951 apabila Intramuros diisytiharkan sebagai Monumen Bersejarah Nasional, yang berterusan hingga ke hari ini oleh Pentadbiran Intramuros.

Faham ke tak korang? Faham la kot kan?
Senang kata macam Intramuros ni ada dinding, dan dalam dinding tu ada pelbagai tempat bersejarah.
Antaranya ialah Fort Santiago ni lah.
Boleh pusing Intramuros ni naik beca, tapi macam saya cakap la, saya ni ikut pakej, so kenot aaa.
Sedih ok. Kalau ada peluang pegi Manila lagi, saya nak naik beca pusing sekitar Intramuros ni huhu.
Nah ni peta Intramuros untuk korang dapat gambaran lebih jelas.

url

: : Ni je dinding yang saya sempat snap waktu masuk dalam Intramuros : :

: : Lagi dinding Intramuros dari kejauhan : :

DSC_0524 : : Tunggu Richard beli tiket : :

DSCN9806 : : Richard dan rombongannya : :

Saya ni biasala sambil jalan sambil snap gambar.
Sekali Richard sound ‘Kita gi jalan lu. Nanti lepas saya habis explain, awak ambikla gambar sampai lebam’
Sentap!

DSC_0527

DSC_0528

DSC_0529 : : Gigih Richard memberi penerangan : :

DSC_0532 : : Over, rantai tak bukak bukak haha : :

DSC_0542 : : View dari arah bertentangan : :

Ingat kan entry saya tentang Rizal Park hari tu?
Haa.. kat Rizal Park tu tempat pelaksanaan hukuman untuk Jose Rizal.
Tapi sebelum dihukum tu, kat sinilah beliau dikurung dan dipenjarakan.
Tu tapak kaki tu simbolik lah kiranya, sebab dari belah belakang tu beliau berjalan kaki sampai lah ke Rizal Park, kira kira 3 km jauhnya.

WP_20150201_11_35_01_Pro

DSC_0541

DSC_0535

: : Teringat lagu Menghapus Jejakmu Peterpan : :

Sebelah Rizal Shrine ada satu kawasan lapang.
Rupanya tanah perkuburan, 600 orang mangsa korban semasa Jepun berada di Filipina.

Trivia : Tahukah anda siapakah Rajah Sulayman?

Haa saya dengan Encik Z cukup tertarik dengan kisah bagaimana Islam sampai ke Filipina.
Tertarik dan dalam masa yang sama ada rasa sedih jugak.
Hmm.. nanti saya share kat hujung hujung kisah Manila ni k?

Rajah Sulayman @ Raja Sulaeman adalah seorang ulama Minangkabau yang menyebarkan Islam ke Filipina dan mendirikan Kota Manila.

DSC_0540

DSC_0538 : : Amboihh : :

Boleh panjat tembok tinggi dan layan view sekitar Manila.
Elok tengah layan view hujan mula turun rintik rintik.
Lagipun masa pun dah time, so ayuhlah gerak.

DSC_0546

DSC_0549

DSC_0565 : : Sempat berhenti bergambau dalam hujan : :

: : Berpayung payung dah semua orang : :

Nampak macam tak hujan sangat kan, tapi sebenarnya hujan.
Tapi bukan la yang macam melebat laju tu.
Kalau jalan laju laju boleh la elak basah, tapi kalau dah siap berposing tengah hujan, memang la lelama lencun jugak kan.

DSC_0566

DSC_0570 : : Tak dapat naik kereta kuda sob sob sob : :

Intramuros dan Fort Santiago ni adalah destinasi wajib yang korang kena lawati kalau ke Manila, ok?
Tak sampai sini memang rugi dan sia sia je lah korang pegi Manila tu #tetiba

One thought on “City Tour : Fort Santiago

Comments are closed.