Berkumpul satu keluarga di Syawal ke 2

Syawal ke 2.
Bebudak semangat bangun pagi mandi kolam lagi seround.
Mama dengan Kaklong je pegi. Saya settle kan mengemas dan basuh pinggan segala.

: : Qis yang dah siap siap comel. Lapau katanya. Food lain semua dah habis. Nah makan maggie dulu ek : :

: : Caca kantoi tengah bersihkan telinga. Tu pun lepas Mommy bebel bebel kan : :

Mintak tolong Kaklong buatkan tocang lekat untuk Yaya.
Saya ni kalau buat tocang lekat kan, tak penah nya melekat, mesti jadi yang style timbul timbul tu.
Tapi Kaklong kata dia tak reti pulak buat yang timbul tu.

: : Caca kena pegang muka Kakak supaya kurang sikit effect sakitnya bila rambut tu ditarik : :

: : Mama sibuk mengemas : :

: : Nak cantik kena la bertabah yer Yasmin : :

: : Giliran Caca pula. Qis tu tak heran. Dia suka rambut pendek. Suka pegi saloon : :

: : Anak dara ku : :

: : Hasil. Tengah tu macam senget. Saya yang bahagikan tu. Nampak sangat la tak reti dandan mendandan ni : :

: : Nanti belah bawah tu kena bagi cantas sikit. Hujung tahun la kot : :

: : Kakak pulak tolong pegang muka Caca : :

: : Caca memang request nak yang menyenget gini. Dan Qis yang masih tak heran di belakang sana : :

: : Bersiap sedia untuk bergambar. Baju Mama tu pun saya beli dari Medan : :

: : Selamat Hari Raya dari kami keluarga Puan Normah! : :

WP_20150718_12_47_22_Pro : : Kain baju saya dan Yaya all the way from Medan. Tudung saya tempah kat kawan Ita : :

Meneruskan perjalanan ke Malim Jaya.
Nak ke rumah parents Yana. Sekalian boleh beraya dengan Adil, Yana & Maamar.

: : Ada asam pedas! Yum! : :

: : Dulu kekecik takut dia dengan kuda ni. Sekarang tidak lagi : :

: : Diajak Ocah join naik sekali. Tapi kuda tu kecik je pun, mana la muat Amar oii huhu. Tunggu Mommy kaya, Mommy beli yang besau punya k : :

: : TQ Nenek Sedah bagi duit raya : :

Terima kasih Allah kerana memanjangkan umur kami dan memberi kesempatan untuk kami semua berjumpa dan bermaaf maafan di Aidilfitri tahun ini.
Saya bersyukur 🙂

One thought on “Berkumpul satu keluarga di Syawal ke 2

Comments are closed.