1 Syawal

Dah habis Syawal pun kan?
Baru nak update cerita Aidilfitri haa.
Tapi ni semua saya dah draft lama dah.
Memang tinggal nak publish kan je.
Kan beri laluan pada cerita Manila dulu.
Kalau tidak, sampai ke sudah la tak publish jugak cerita Manila tu.

OK, lets baca cerita raya saya tahun ni.
Tahun ni macam tahun lepas juga, raya kat KL.
Tapi kali ni Mama pun turun raya kat KL jugak.
Kaklong sekeluarga pun turn beraya dengan Mama, so berkumpul lah kami di rumah saya.

WP_20150717_09_08_39_Pro : : Bancuh air oren dan air teh o : :

WP_20150717_09_08_32_Pro : : Nasi himpit rebut sendiri. Lemang beli tepi jalan. Serunding daging Encik Z bawak dari office : :

WP_20150717_08_53_48_Pro : : Rendang daging tempah dengan kakak Intan. Rendang daging tok tempah dengan Azfaizul : :

WP_20150717_09_11_55_Pro : : Rendang ayam tempah dari Kak Mai : :

Tahun ni takde kuah kacang dan lontong kuah lodeh.
Sendiri malas masak. Dan macam keji pulak nak mintak Mama masak kan.
Takpe, nanti banyak open house, kita balun la makan.

Dah makan apa semua, bersalam salaman dan bermaaf maafan.
Yaya macam biasa, hati tisu. Menangis salam mintak maaf segala.
Saya pun nak nangis jugak, tapi ku tahankan jebat.
Gambar tak proper, sebab rumah aiolls kan kecik. So merata rata la memasing duduk.

: : Ocah, yang awak asyik nak berkepit je ni kenapa haa : :

: : Ocah berkepit dengan Babah nya. Yaya tengah salam Encik Z. Opah tengah peluk Caca : :

: : Semua membelakangkan kamera ha : :

Kengkonon tema oren la tahun ni.
Asalnya taknak la bertema mana pun, tapi sebab kan saya pegi Medan hari tu kan.
Alang alang borong je la yang mana ada warna sama.
Baju saya, Kaklong, Mama, Caca & Qis sama lah kainnya.
Cuma tang saya tu bahagian kain ia corak lain. Macam batik lukis gitu.

Eh, mulai hari ni saya Cici tu saya tukar balik je la jadi Qis.
Aterrr dah saya sensorang je yang panggil dia Cici.
Dia ok je menyahut je kalau saya panggil Cici pun.
Kadang saya panggil Nur Cici pun dia ok je nyahut.
Tapi dah saya sorang je, macam boring pulak.
So panggil je la Nur Balqis @ Qis.
Kat blog ni pun saya tukar la jugak jadi Qis yer.
Saja la bagitau kot sat g hangpa confuse pulak Qis mana kannnn hehehehe.

Asalnya nak buat baju kurung untuk Caca & Qis je.
Ocah tu takpela sebab kecik lagi kan, boleh je la beli baju siap.
Tapi Kaklong bagi baju contoh yang setahun punya sudah.
Jadinya baju yang jahit untuk Caca jadi baju Qis.
Baju yang jahit untuk Qis jadi baju Ocah.
Adoi laa.

Sib baik la Caca tak mengamuk or merajuk.
Memula tu of coz la terasa jugak kot kan, dah semua pakai sedondon, dia tidak.
Saya kata nanti saya belikan baju lain, tapi Kaklong kata takyah.
Kaklong beli baju kurung moden kat AEON je. Caca pun ok.

Mengambil gambar keluarga dengan menggunakan self timer.
Kenangan tahun terakhir berhari raya di Jasmine Apartment.
Lepas ni no more dah. Tu nanti later later saya story k?

: : Opah dan cucu cucu. Ocah tu mengaruk haa takmo lepas botol. Pastu nangis merempan rempan. Heyy Ocah, ini hari raya tau nggak? Hang ngamuk ngamuk pasai apa?? Begitu Mommy yang merempan sudahnya. Hiks : :

: : !@#$%&**&%#$@#@! : :

WP_20150717_12_04_52_Pro : : Tudung saya tu dari Hijabs by Hanami : :

Dah jom jom.
Nak pegi berhari raya dengan Abah @ Tokki pulak : :

: : Whateverlah Mommy : :

: : Sempat aje kome yer : :

WP_20150717_13_14_16_Pro : : Dah sampai kat rumah Abah : :

WP_20150717_13_02_06_Pro : : Isteri yang setia menunggu untuk berjumpa kembali dengan suaminya di syurga : :

WP_20150717_13_09_57_Pro

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Abah…….

2 thoughts on “1 Syawal

Comments are closed.