#Zturns36 : Sangkaya & Superstar Karaoke

Dari KL Tower terus ke Ampang Point.
Dah janji dengan Yaya nak pegi try Sangkaya bersama sama.
Tau la Sangkaya ni pun cam trending jugak kat instagram sana.
Sesikit nak hashtag. Sesikit nak hashtag. So tak boleh la jadi kan.
Haruslah tidak mahu ketinggalan hikhokhikhok.

Kecik je Sangkaya kat Ampang Point ni.
Macam la tau kat tempat lain besar ke idok.
Takde tempat duduk pun, so pilih pilih aiskrim semua, terpaksala makan berdiri sob sob sob.

Korang tau kan Sangkaya ni apa?
Aiskrim kelapa ditabur pelbagai topping di atasnya.
Being me, saya memang suka segala mala yang berunsurkan kelapa ni. So saya yakin mesti sedap nih.
Tidak berasaskan telur atau krim. Lebih kepada sherbet.
Makanya vegetarian pun boleh makan juga.

WP_20150603_17_16_31_Pro : : Sangkaya Ampang Point letaknya di Ground Floor : :

: : Inilah kedainya : :

Saya ambik yang Signature, 4 scoop aiskrim.
Dan boleh letak 3 different toppings.
Saya letak sweet corn, cereal & corn flakes.
Harga RM10.50 termasuk GST.

: : Muka tak sabar nak makan : :

: : Close up sikit. Nyam nyam : :

: : Takde tempat duduk. Makan sambil berdiri je lah : :

Share 3 orang ngam ngam cukup.
Belah bawah tu ada isi kelapa, boleh korek korek makan.
Kami bertiga setuju ianya memang sedap dan boleh direpeat lagi di masa hadapan.

Tapi next time nak makan yang kat Damansara pulak lah.
Situ ada tempat duduk. Boleh la makan dengan bertenang tenang kan..

Dari Ampang Point terus menuju ke Wangsa Walk Mall.
Memula ingatkan Encik Z nak main bowling kat Ampang Point tu, tapi tetiba berubah arah nak berkaraoke pulak.
So ke Superstar Karaoke lah kami.
Ambik pakej yang sejam je. RM19.10.

Tapi yang saya geramnya sebab memula kena tukar bilik.
Pastu bilik yang kedua tu pun sama sistemnya asyik la down.
Nak pilih lagu kena hentak monitor tu kuat kuat. Buang masa kat situ je.
Geram geram…

: : Ayah yang gila nyanyi. Si anak yang tengah pilih lagu : :

: : Mommy pun teringin nak mensumbangkan suara. Nyanyi lagu Seluruh Cinta tapi muka ketat, apakah???? : :

: : Feel feel Dato Siti Nurhaliza : :

DSCN0142 : : Dah naik sheh terus dedua berdiri hahah : :

: : Diakhiri dengan Sakitnya Tu Di Sini : :

Nah tengok video Yaya nyanyi ni.
Saya nyanyi ada gak rakam video, tapi motiplah pulak nak letak kat sini kan.
Simpan jadi bahan lawak di hari tua nanti je laaa.
Eh sekarang pun dah tua apa? Hiks.

One thought on “#Zturns36 : Sangkaya & Superstar Karaoke

Comments are closed.