#Zturns36 : KL Tower

Seterusnya.. kami ke KL Tower atau Menara KL.
Saya dah pernah pegi KL Tower ni.
Sekali masa bercinta dengan FM dulu.
Sekali pegi dengan Retna & geng Msjbox.
So ini kunjungan saya yang ketiga lah.
Yaya dan Encik Z both pun pertama kali sampai.

: : Berlatarbelakang KL Tower : :

: : Selamat Datang! : :

: : Beli tiket dulu : :

: : Tiket Dewasa RM26. Kanak kanak RM17 : :

: : Dalam lif : :

Menara Kuala Lumpur ialah sebuah menara terletak 515 meter dari aras laut dengan ketinggian 421 meter.
Menara Kuala Lumpur terletak di kemuncak Bukit Nanas 94 m dari aras laut.
Menara Kuala Lumpur telah dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad pada 1 Oktober 1996.
Menara ini merupakan bangunan komunikasi ketujuh tertinggi di dunia.

Nama pun atas menara, apa lagi nak buat, layan view lah kan.
Dan bergambar sampai lebam.
Sebab of coz tak kan pegi lagi dalam masa terdekat ni kan.

: : Teropong kat sini tinggi, terpaksala Encik Z dukung Yaya. Cepatlah tinggi wahai anak : :

: : Menara menara komunikasi yang tertinggi di dunia : :

: : Selamba je Yaya sandar. Sib baik tak roboh menara itu : :

: : Menara Alor Star : :

: : Botol air mineral yang diinspired dari Menara Alor Star : :

: : View ke arah Setapak, rumah ku : :

: : Encik Z yang gigih meneropong dan Yaya yang sudah mula bosan : :

Kat atas ni takde limit masa, tapi dalam setengah jam camtu dah habis pusing dan layan view pun.
Patut dah nak turun dah, tapi jadi lama sebab Encik Z memerut.
Berjanggut saya dengan Yaya tunggu.

Laku ke ek meniaga kat atas ni? Laku la kot, sebab pelancong kan ramai. Sendiri tanya sendiri jawab. Heh.
Ernie Zuraida paham sangat perangai haku yang satu ni.
Sendiri mushkil, sendiri jawab, sendiri buat kesimpulan. Hehe.

Sebelum naik ada orang snap gambar, so beli lah jugak buat kenang kenangan.
Harga tak ingat sebab takde resit. Tapi rasanya dalam RM30. Dapat 2 benda.
Snowball dengan gambar kecik ni 2 keping.

WP_20150722_18_47_04_Pro

: : Turun bawah nampak gerai air tebu limau kasturi : :

: : Lalu beli. Dapnyaaa minum pepanas ni. Tapi kenapa tak sedap macam kat Yangon? Mahal pulak itu. Why.. why.. : :

: : Yaya dapat belon. Mesti staff yang bagi tu ingat Yaya budak kecik lagi. Walhal dah darjah 5 dah hehe : :

Siapa yang belum pernah pergi KL Tower ni, sila lah yer.
Bawak la anak anak korang pegi.
Sama macam Petronas Twin Towers, KL Tower ni pun kebanggaan kita rakyat Malaysia hapa.
So wajiib pegi sekurang kurangnya sekali 🙂

6 thoughts on “#Zturns36 : KL Tower

  1. ha..yg ni dah pergi.. gi makan kat restoran atas tu.. best sbb pusing smpai 2 jam. puas hati la.

  2. Along x pernah pi lagi..harga tiket tu macam murah plak…sebelum ni pernah pi tp luar Menara KL tu je la..masuk zoo bagai…tp mahal…nanti nak bawak Dania dtg sini la

  3. wah! tempat i membesar ni. dulu 12 thn 6 bulan lepak melepak bersantai membantai kat sana. dah dekat 5 tahun tinggalkan. memang byk perubahan pun. harga pun dah berubah. sebenarnya, mineral water tue inspired by KL Tower itu sendiri.lepas baca entry family maya gi petrosains, jiwa ni berkobar nak bawa my wife pi sana. TQ. Selamat hari raya .

Comments are closed.