Shopping Raya

Bulan Julai gaji awal.
Risau memikirkan nak survive sampai gaji 25 Ogos nanti huhu.
Dalam merisau tu kemain gak hah soping moping. Isk.

Hari Sabtu lepas baru saya keluar shoppingnya.
Memula pepagi alam keluar pegi Poslaju Batu Caves.
Nak collect parcel.
Tapi haihhh service kat Poslaju Batu Caves ni dari dulu la macam takde penambahbaikan.

Saya dah penah komplen dulu kat staff nya tapi diorang kata sistem down.
Masalah bukan pasal sistem ke apa, tapi tempat tu kecik benau.
Lepas letak Sorry Note tu kau taktau nak berdiri tunggu kat mana dah.
Manusia punya lah ramainya.

Situ macam centre gak, patutnya pihak pengurusan kena la buat something.
Dah la saya sampai sekarang tak faham kenapa alamat rumah saya Setapak Jaya, tapi kena collect parcel kat Batu Caves.
Walhal ada je Poslaju kat Gombak tu.
Kat Melawati pun ada je.
Kenapa la nak disumbat semua kat Batu Caves. Haishh..

Parcel yang dikutip adalah The Soho Bag dari Sometimes.
Beli online kat Poplook.
Ceritanya saya ada store credit kat Poplook tu dalam RM80.
Sebab hari tu ada beli dress tapi tak berkenan, so saya return balik.
Ni tengok ada Soho bag ni, terus cam aaaaa nak nak nak.
Top up dalam RM50 gitu.
Alaaa saya pun dah lama tak beli beg. Kasik can aaaa..

WP_20150712_18_05_01_Pro

Settle kat Poslaju terus zass ke PWTC.
Nak pegi Mood Republik KL Fest Raya tu la.
Masa tu dalam pukul 11 pagi.
Fuuuu dia punya sesak derrr..
Cakap dengan Encik Z tak jadiklah.
So Encik Z drop saya kat komuter Bank Negara, saya terus naik komuter pegi Shah Alam sana.

Dari stesen komuter Shah Alam menapak pegi rumah Masy.
Tunggu ia Zohor pastu terus pegi Seksyen 7.
Masy nak cari tudung untuk emaknya kat butik UmmieTinie.
Settle kat UmmieTinie, kitorang pegi Bata sebabnya pencarian kasut raya Masy masih menemui jalan buntu.
Sempat masuk butik Cala Qisya. Kemain dinding cat warna pink.
Dalam butik memang comel comel jer deko nya.

Kemudian terus zass ke Alam Avenue.
Saya nak pegi Butik Ruccimodisch dan Hijabs by Hanami.
Ni memang dah aim dan taknak hilang fokus.

WP_20150711_16_16_12_Pro
: : Dalam butik Hijabs by Hanami : :

Saya tau pasal Hijabs by Hanami ni kat Facebook.
Biasalah orang dok share like dan sponsor post bagai, klik klik tengok eh eh macam berkenan je loop instant shawl ni.
Dah la guna kain yang tak payah gosok.
Tapi nak beli online takut indah berita dari rupa, tu yang gigih jugak gi Shah Alam ni.

Memang naik sheh kau tengok shawl ni.
Warna lawa lawa. Dan paling best boleh pakai 2 belah.
Dan lagi best sebab namanya ialah Maya Dual Color Instant Shawl.
Haruslah menyapot tudung yang menggunakan nama iolls hehe.
Harga biasa untuk saiz XL ialah RM59 sehelai.
Ni sempena raya ni jadi RM130 untuk 3 helai.
Lalu saya rembat lah 3 helai, tapi frust warna hitam takde tsk tsk tsk..

Settled kat Hijabs by Hanami, cross jalan pegi Butik Ruccimodisch pulak.
Ni kali ke 2 saya datang sini, first time masa bulan 12 tahun lepas.
Memang dah aim nak beli Burberry Dress.
Matiklah dah tetua pun nak fefeeling princess awumm.
Terhilang fokus kat sini sebab terrrrrr rembat Kurung Bella yang harganya RM169 huhuhu.
Eh tapi tapi tapi tapi.. untungnya beli Kurung Bella ni sebab ia pun dual tone.
Boleh pakai 2 belah. Pandai tak saya berjimat? Hiks.

Settled kat dua butik ni terus balik rumah Masy.
Lepas Masy solat Asar terus naik komuter menuju ke KL Sentral.
Pegi Nu Sentral, reronda cari kasut tapi takde yang berkenan pula.

Ingat nak berbuka kat The Manhattan Fish Market tapi full house.
Sementara Masy gi solat Maghrib saya pusing lah cari tempat makan yang available.
Terlalu depan satu butik ni, nampak jubah warna hitam lace merah, jubah budak budak.
Comel nya. Tengok harga, eh RM55 je. Murah.
So rembat la selai tu.

Jalan sampai ke luar, Burger King pun full house.
Swiss Oven sebelahnya kosong, so settle kat situ je lah.
Lagipun saya bukannya puasa pun kan.
Dak Masy pun ok jer makan memana.

WP_20150711_19_51_58_Pro
: : Ambik Set Ramadhan. Ada sirap selasih : :

WP_20150711_19_50_52_Pro
: : Dan makan nasi kerabu yang warna birunya kemain pucat : :

???????????????????????
: : Macehhh Baby teman Kakak Ostajah pi shopping : :

WP_20150711_20_39_49_Pro
: : Mengopi jap kat Starbucks : :

???????????????????????
: : Belakang saya tu Marsya Milan Londoh : :

Pukul 9 malam kami pun berpisah.
Saya naik Putra LRT terus ke Sri Rampai.
Encik Z tunggu kat situ.
Kitorang nak try lagi sekali pegi PWTC.
Pukul 11 malam kereta masih berduyunnnnn.
So divert arah ke Jalan TAR.
Jalan TAR pun berduyunnnn jugak manusia.

Masa awal awal puasa dah set dalam kepala takmo bersesak kat Jalan TAR tapi tetaplah bersesak jua. Tsk.
Dapat sepasang baju Melayu Encik Z, legging Yaya dan brooch saya.

Dan sekali lagi mencuba nasib ke PWTC.
Pukul 1 pagi. Masih banyak kereta, tapi dapat jugaklah parking kat Hentian Putra.

WP_20150712_01_56_28_Pro
: : Kena register dan cop tangan sebelum masuk dalam : :

Memang dah aim nak pegi booth Hijabs by Hanami.
So terus tuju situ je lah.
Alhamdulillah ada Maya Dual Tone Instant Shawl warna hitam kelabu. Yey!
Terus up 3 campur warna lain.
So total tudung saya beli 6 pasang kesemuanya.
Pengsan. Lepas ni pencen beli tudung setahun huhu.

2015-12-7--02-39-11
: : Pukul 2 pagi. Macam pukul 2 petang. Punya la ramai orang : :

WP_20150712_13_17_38_Pro
: : Hasil : :

Esoknya Ahad keluar lagi, tapi keluar dah lewat jugaklah.
Pagi tu kemas rumah sikit, vakum, mop segala.
Kemas dapur, susun pinggan mangkuk, tukar cadar etc etc.
Pukul 6 petang terus tuju ke AEON Wangsa Maju.
Nak cari kasut!
Sib baik macam sekejapan je jumpa.
Memang saya nak cari flat warna hitam.
Dapat la Hush Puppies, lepas diskaun tinggal RM126.50 je.
Suka suka suka..

WP_20150712_18_48_43_Pro

Pastu gi Tesco Ampang, nak cari barang Yaya sikit.
Legging, stokin dan short.
Gi Restoran My Asam Pedas Linda Onn.
Tapi apa yang saya nak makan semua takde.
Sotong bakar takde, kangkung goreng takde, botok botok takde.
Sentap!
Sudahnya saya tak makan apa pun.
Sib baik tak lapar sangat.
Encik Z je la makan ayam masak cili api.

OK selesai shopping!
Eh ye ke selesai? Rasa macam hmm hmmm ada 2,3 benda lagi nak cari ni.
Matiklaa tak habis habis!

3 thoughts on “Shopping Raya

  1. Rajinnya Mya ke sana sini..kalau kite dah flat melepek dah. Tambah lagi tak puasa kan. Tak buleh makan lak tu. Huhu.
    Oh..awak mmg folo la Hanami tu yer. sy tak tahu pun. Masuk hall 4, trus nampak booth dia, terus ambik instant shawl maya tu. Tp sy ambik saiz L lah sbb kalau L pun dah cukup labuh dah..

    Kita ada kat PWTC tu lebih kurang time nya. Cuma saya ter awal sket la. Tapi, nak kata terjumpa tu mmg tak la kan..penuh umat..saya tak napak orang dah. Asben ada la ternampak budak ofis..sy mmg tak perasan langsung.

Comments are closed.