Blog Maya Dot Com

Random Ramadhan

OK sambung part 2 cerita ceriti di Ramadhan ini.

WP_20150703_19_19_19_Pro
: : Tengah lepak lepak tiba tiba dengar bunyi kuat kat bawah. Rupanya budak deliver Dominos Pizza accident. Alahai. Harap dia tak cedera parah la huhu : :

WP_20150703_19_29_57_Pro
: : Ada sekali berbuka makan cucur bawang je. Encik Z buat. Cicah dengan sambal ikan bilis beli kat office : :

WP_20150706_19_38_33_Pro
: : Oleh sebab sedap, mintak Encik Z repeat buat lagi, tapi kali ni upgrade letak ikan bilis, taugeh dan daun sup/bawang. Cicah sos cili pulak kali ni. Kenyang berbuka makan ni je ha : :

WP_20150704_10_37_32_Pro
: : : Minggu ke 3 Ramadhan kena paksarela datang office buat dekorasi. Cantik ok. Nanti saya ciwi dengan hangpa na : :

WP_20150704_19_37_52_Pro
: : Weekend masak selar goreng, taugeh tumis air dan sambal ikan bilis : :

WP_20150705_19_35_37_Pro
: : Pun weekend yang sama. Masak tempe goreng, sup daging & cili kicap : :

WP_20150709_15_04_43_Pro
: : Ada sehari tu Kak Bib sedekah buah anggur 1 department. Bulat bulat besar besar dan gebu gebu buah anggurnya. Memang sedap di ngap ngap. Rangup! : :

WP_20150702_13_08_32_Pro
: : Daun daun kadok yang menyumbangkan bakti dalam projek Mieng Kham raya K’RISMA : :

Taken with Lumia Selfie
: : Orang kuat di belakang tabir projek Mieng Kham : :

???????????????????????
: : Kadang kadang Abang Mohd Noor pun kena paksa lap daun haha : :

WP_20150714_13_42_41_Pro
: : Dah ujung ujung ni, packaging pun dah ke laut dah ha.. : :

Tahun ni beli beberapa biskut raya dan beberapa kudap kudapan.
Alhamdulillah bab biskut raya ni saya masih mampu berjimat cermat.

WP_20150702_15_58_40_Pro
: : Yang ni kena Kak Wan paksarela beli. Saya pun taktau biskut apa. Takpela, support kawan kawan kan : :

WP_20150713_15_59_07_Pro
: : Cheezy Crisps yang sedap pun sebagai kudap kudapan jua : :

WP_20150707_13_21_47_Pro
: : Rempeyek yang sedap tiada tandingan beli dari Kak Ejan : :

Actually ada 2 lagi biskut raya yang saya beli.
Sarang semut beli dari Atie.
Dan kuih tart beli dari Syikin.
Tapi dedua belum dapat lagi ni.
Tengah menanti dengan penuh debaran huhu.

Selain dari biskut raya, terrrbeli jugak tupperware yang ada cookies di dalamnya.
Tapi sampai la ni tak bukak bukak jugak tengok apa ke rupa paras cookies itu.

WP_20150713_15_58_40_Pro

Dan paling mengada ngada beli set tupperware lagi ha.
Konon nak melengkapkan la set set yang saya beli tahun lepas nun.
Kali ni set yang boleh sangkut cawan tepi tepi tu.
Dengan set yang ada 4 biji mangkuk dan 4 biji pinggan.
Mengada much kan?
Tapi saya pedulik hapaa. Janji haku dah ada set tupperware warna hijau yang lawa ekekeke..

WP_20150703_16_32_19_Pro

WP_20150713_15_55_08_Pro

WP_20150713_15_56_02_Pro
: : Ni tempat letak bawang. Bukan jenama tupperware, tapi jenama Avon. Setiba tiba sangat beli kannn hahah lantokk : :

???????????????????????
: : Ustazah Asni Mansor. Salah sorang ustazah favourite saya jugak ni. Ia datang bagi tazkirah kat surau office saya ni ha. Elok nak selfie, ada pulak umat mencelah kat belakang. Pasrahhhh : :

WP_20150714_15_03_59_Pro
: : Last but not least, awal Ramadhan hari tu 68.9kg. Pertengahan Ramadhan 67.1 kg. Semalam timbang 66.2 kg. Turun 2.7kg je? Cissss. Rasa macam dah kurangkan makan nasi dah ha. Sob sob sob… : :

    3 thoughts on “Random Ramadhan

    1. Ida Puanstoberi

      Mya,
      Ustazah Azni tu mmg best… baru cadang nak suh office ni jemput dia gak bagi ceramah nanti.

      Mya collect tupperware kaler hijau. Kite collect kaler purple. Now mmg dah stop beli tupperware sbb kabinet dah penuh amat, pastu macam semua pun dah ada (bukan la semua, tp setiap siri keluaran dia mesti dah ada). Tpi, kalau purple, kena beli walau dah ada kaler lain. Huhu