Blog Maya Dot Com

Random Cuti Sekolah

Sehari sebelum #Zturns36, saya bawak anak anak keluar beriadah kejap belah petang.
Tengok Caca macam tak sihat, saya speku sebab terperuk kat rumah 2 hari la kot.
Dia diam, takde mood dan melepek je.
Kami pegi Taman Tasik Dato Keramat.

First time saya sampai sini. Ada peralatan untuk bersenam bagai.
Baguslah. Kira siapa yang tak de kesempatan nak pegi gym, boleh je datang workout kat sini.
Luas tempatnya.

WP_20150602_18_19_26_Pro

WP_20150602_18_22_21_Pro

WP_20150602_18_25_27_Pro

WP_20150602_18_23_12_Pro

WP_20150602_18_23_27_Pro

WP_20150602_18_26_07_Pro

WP_20150602_18_26_19_Pro : : Ada playground jua : :

WP_20150602_18_26_41_Pro : : Ada air terjun? Betul ke? Saya tak sempat pegi belah belakang sebab makin lama makin monyok si Caca hah : :

Rupanya dia lapar nasi. Ler.. awat tak habaq kat Mommy.
Tapi elok sampai kat kedai makan bawah Jasmine tu, dia muntah belahak.
Gamak masuk angin ke cemana ni.
So Encik Z tapau je makanan semua.
Tapi malam tu badan Caca panas. Merisau pulak saya.
So call Abang Long. Abang Long datang ambik dia. Rindu mak apak dia la kot gamaknya.
Lalu Caca tak ikutlah kitorang 3 beranak keluar 3 Jun keesokan harinya tu.

3 kali saya bawak depa datang office.
Teringat nak snap yang last ni je. Hari Jumaat last cuti sekolah tu.
Port kan diorang kat library kat office saya ni. Duduk la situ diam diam baca buku ke hapa.

WP_20150612_16_00_02_Pro : : Masa ni dah sihat walafiat dah dia. Saspens la kan anak orang demam. Kalau anak sendiri tu pandai la kita nak handle : :

Gara gara nonton Pelamin Fantasia, cakap siang pandang pandang, cari bahan masak pindang.
Terus saya masak pindang atas permintaan Yaya.
Walaupun awalnya macam pelik je nama pindang tu. Telur pindang?
Ada yang sebut singgang, ada yang sebut asam rebus. Kan?
Ada orang kata tu panggilan ikut negeri.
Ada kata cara masak. Ni saya jumpa definisi tiga tiga nya.

Pindang.
Warna kuning.
Bawang merah, bawang putih dan halia ditumis dahulu hingga garing.
Letak serai, asam jawa dan kunyit.

Singgang.
Warna jernih.
Direbus sahaja semuanya (tidak ada menumis). Orang jawa cakap masak bening.
Letak hirisan lengkuas, bawang putih, bawang besar dan asam keping. Halia? Halia tidak dinyatakan tapi kalau saya masak, saya bubuh.

Asam Rebus.
Warna merah.
Rebus bersama cili hidup/cili kering, bawang kecil, bawang putih, halia dan asam keping.

Style saya tumbuk bawang putih, bawang merah, cili padi dengan cili merah.
Pastu lebur dengan air dalam periuk.
Campak hirisan halia, lengkuas, serai, bawang besar, cili padi, asam keping dan bendi.
Letak serbuk kunyit sikit.
Siap!

Tapi hari tu macam kuat pulak rasa lengkuas.
Saya tercampak banyak agaknya he he he.
But still can eat lah.

WP_20150606_15_49_50_Pro : : Dikawankan dengan sambal belacan : :

Hari tu ada sapa ke tanya saya resepi sambal belacan.
Errr.. sambal belacan saya main ikut suka tekak je.
Tumbuk cili merah, cili padi & belacan.
Saya tak letak garam sebab belacan kan dah masin.
Perah air asam jawa sikit. Siap!
Boleh juga dijadikan tumisan untuk buat nasi goreng.

Masa kejadian masak singgang tu saya terluka kan jari olls huhu.
Tengah potong bawang besar. Malas nak ambik papan pemotong.
Potong je atas sinki, tergelincir sikit je tapi nya zappp zippp zuppp.
Macam ala ala terhiris juga la jari telunjuk ni. Jari manis pun kena gak.
Pedihnya. Darah tik tik tik.

IMG_3415 : : Dah lepas balut : :

IMG_3416 : : Lepas mandi bukak balutan nak tukar yang lain : :

IMG_3417 : : Tak boleh tersentuh sikit, terus berdarah semula : :

Ambik masa seminggu jugak la luka ni nak bebetul kering.
Moral of the story, jangan malas ambik papan pemotong tu huhu..

    7 thoughts on “Random Cuti Sekolah

    1. purpledi

      sedapnya la kak masak pindang tu..skali skala nak jugak lauk yg sempoi kan
      kalau ada kangkung rebus ke lagi layan

    2. Ida Puanstoberi

      Saya tak tahu plak ada masak tu namanya pindang. Setahu saya telur pindang ja. Hihi.
      Singgang tahu, tp tak pernah masak sbb tak suka.
      Asam rebus tahu. Sedap. Suka gak sbb ala ala laksa. hihi.

      Normaya, saya pernah terhiris jari sbb malas nak amik papan tu.
      Masa tu kelar badan ikan nak goreng. Hiwhiw.

      1. Mya Post author

        tu la tu, saya pun dok bayang telur pindang yang tak sedap tu jer.
        kekira cara masakan tu lebih kurang sama je la kot no?

        moral, kita ni memang pemalas hahaha

    3. s2m3r

      alaaaaaaaaaa air terjun tu dari dulu ada kat situ Mya
      tapi tak tinggi mana pun…tasik ni azalinya adalah sebuah lombong tapi skrang ni dah dikecikkan sikit..dulu besar lagi lombong ni…….

      air terjun tu pun di cantikkan..dan taman di cantikkan..dia upgrade lah semua sekali…dulu ramai lah orang suka memancing situ..tapi dah jadi taman….tidak dibenarkan memancing hehehhe

      kat belakang tu kalau buat outdoor lawooOooo lah

      1. Mya Post author

        haa ye ker.. memang tak tauuu.. nampaknya kena repeat pegi berjogging kat sini nantilah,
        tq for the info ila 🙂