Obsesi Terbaru di Cloverush

Dulu tudung syria, pastu Inspirasi Hana, pastu Adana Gallery, tak lama tudung Akel.
La ni saya dah ada obsesi terbaru.
Ni la perempuan kan. Eh ke perempuan lain tak macam ni?
Saya je? Heee..

Obsesi terbaru saya ialah dengan tudung Cloverush.
Dah tau pasal tudung ni lama dah, tengok kat blog blogger cantik manis Fatin Liyana.
Tapi yer la dia tu kecik molek, comel je la pakai saiz S pun.

Tup tup ternampak ada orang re post instagram Cloverush.
Eh eh dah ada saiz besar lah. Terus follow dan belek gambar tudung nya satu persatu.
Dan ada sehari tu katanya ada design baru keluar, Hannah 2.0 siap ada lapik dagu.
Tengok alamat, eh eh dekat je butik Cloverush ni dengan rumah saya.
Petang tu balik kerja terus zassss.
Dan sambarlah 2 helai tudung Hannah 2.0 warna kelabu dengan hitam.

Tak lama pastu baru saya tau laaa butik ni belum ada majlis pelancaran lagi.
Tengok kat instagram pelancarannya pada 25 April 2015.
Apa lagi, semangat jugaklah nak pegi.
Ingatkan takde la ramai orang, rupanya ramai kau.
Saya ni pun ntah apa buang tebiat gigih jugak beratur.
Macam ke nak beli 8 ratus helai haaa..

WP_20150425_12_37_39_Pro

WP_20150425_12_45_20_Pro : : Sampai ke tangga haaa beratur. beratur nak masuk kedai 2 jam. beratur nak bayar 1 jam. ish ish : :

IMG-20150425-WA0009 : : Sib baik ada makan makan haa.. terubat jua lah letih di hati : :

Masa pelancaran ni saya beli 1 tudung Lily Chin warna merah saiz L, Tudung Hannah 2.0 warna mint blue, Lily Chin twist warna biru saiz XL.
Dan paling saya suka Alayna saiz L. Kainnya selesa dan paling penting tak payah iron. Saya beli 2 helai.
Sesuai dengan saya yang pemalas lipas ni.
Dapat voucher RM10. Expired 24 Mei hari tu.
Eh mana boleh lepaskan begitu saja.

24 Mei tu jugak saya terjah lagi sekali butik Cloverush ni.
Sambar lagi 2 helai Alayna saiz L. Dengan Lily Chin warna hitam saiz L.
Lily chin tu best sebab ada lapik dagu, kain takyah iron dan soft awning.
Soft awning tu paling best la.
Senang nak terus solat dalam keadaan sesak takde telekung.

Ingat nak snap gambar tudung tu semua menciwi dengan korang, tapi asyik asyik tangguh pastu malas dah nak korek cari.
Tapi yang Alayna tu ada saya pakai masa first day kat Tanah Aina.
Dan masa #Zturns36 tu. Dan masa melepak dengan Ernie kat Coffeebox.
Selesa dan labuh. Suka suka suka.
Yang tu confirm nanti nak tambah koleksi.

Tapi dalam masa obsesi baru nak berkembang dengan Cloverush, tetiba saya dah obses dengan Instant Loop Shawl Hijabs by Hanami pulak.
Apakah???

One thought on “Obsesi Terbaru di Cloverush

Comments are closed.