Manila – Mabuhay!

Balik dari Chiang Mai masuk kerja 2 hari.
Pastu fly pulak ke Manila. Fuh…
Ramai yang komen ‘Amboiii 2 minggu berturut turut cuti cuti oversea’
Ni bukan sebab duit berkepuk atau annual leave ada 30 hari, tapi sebab perasaan tak sabar yang menguasai diri. Hiks.
Tak sabar nak khatamkan 10 negara ASEAN ni lah! Hee..

Eh lupa pulak nak bagi salam.
Assalammualaikum semua. Dah ready nak baca cerita 4 hari 3 malam saya ke Manila, Filipina?
Ayuh!

Apa kisahnya setiba tiba saya pegi Manila ni?
Walhal dalam diri dah berikrar untuk tahun 2015 cuma Chiang Mai dan Medan saja.
Sebabnya kena berjimat cermat, hujung tahun nak melawat Ernie Zuraida kat Mesir sana.

Tapi itulah dia, peel suka bukak website Air Asia ni tak boleh nak dikawal.
Bukak bukak tengok, eh eh.. pegi Manila 31 Januari – 3 Februari macam murah jerrr..
Sebelum sebelum ni saya tengok return sorang je dah RM600++.
Memandangkan date tu pun cuti panjang, Thaipusam + Hari Wilayah Persekutuan, tak fikir panjang, zapp zipp zuppp terus purchase.
Dah purchase baru la buat muka tak bersalah bagitau Encik Z. Hiks.
Saya beli tiket ni pada 6 November 2014, lebih kurang 3 bulan sebelum fly.
Total tiket + luggage + makan untuk 2 orang RM819.00

WP_20150130_001

Flight pukul 11.45 pagi, makanya pukul 8 pagi kitorang dah gerak keluar dari rumah.
Park kereta kat TBS. Tapi kali ni bukan yang dalam TBS tu tapi yang kat belah luar yang dekat sikit dengan stesen komuter untuk naik ERL Transit ke KLIA2.
Parking untuk 4 hari RM12 saja. Rasanya macam sama kot kalau park dalam TBS tu.
Tambang ERL macam biasa, kalau dari TBS, RM26.50 one way.

Check in, drop luggage apa semua, moh la cari breakfast.
Macam nak tukar selera so try makan kat Nyonya Colors.
Ingat nak try nasi lemak atau bihun, malangnya dah habis sobb sobb sobb.
So apa lagi, makan roti lorrr.. Dengan telur separuh masak.
Mestilah tak kenyang ye dok, tapi takpe sebab dah pre book food, so nanti makan kekenyang atas flight je lah.

WP_20150131_09_24_29_Pro

WP_20150131_09_24_37_Pro

Kali ni masa scan kastam tu berbunyi lagi ‘teet teet teet’
Lalu saya diarahkan ke tepi, pegawai perempuan tu pun raba la badan saya atas ke bawah.
Saya memang dah ready dah nak bukak boot tu, tapi dia kata OK.
Habis kenapa masa pegi Chiang Mai tu saya dengan dak Masy kena bukak boot itu?
Why why why? #sekaairmata

Taken with Lumia Selfie

Patut fly 11.45 pagi kan? Tapi pukul 11.55 pagi baru kitorang dibenarkan masuk dalam plane.
Delayed lah ni, apa lagi. Takpelah, asal semua selamat huhu.

WP_20150131_11_57_12_Pro : : Captain, bawak elok elok yer. Jangan potong q, jangan pecut, bagi signal, jangan langgar lampu merah #lawakhambar : :

Oh yer, saya naik nik Air Asia Zest Philippines.
Macam QZ tu lah, tu Indonesia punya kan?
Sama la yang ni. Captain, crew semua pun orang Philippines.

WP_20150131_12_04_51_Pro : : Encik Z kata tempat buang habuk rokok? Yang benar??? : :

Taken with Lumia Selfie : : Seat warna hijau : :

Jam 12.15 tengah hari berangkatlah Z2949 meredah angkasa raya meninggalkan KLIA2 menuju ke Ninoy Aquino International Airport (NAIA)
Oh dulu dulu takde tau flight dari KL ke Manila. Sesiapa nak ke Manila perlu ke Clark dulu, tapi sekarang tidak lagi.
Terima kasih Air Asia! Saya mesti pilih! Hiks.

: : Arrival card jangan lupa diisi. Mintak kalau crew tak bagi. Kot la muka korang macam Filipino, sebab tu depa tak bagi. Sila berkeras mengatakan yang anda adalah warganegara Malaysia yang tulen : :

: : Tak lama, makanan pun dihidangkan. Air masak tu berbeza dengan Air Asia Malaysia. Punya la gemuk gedempol : :

: : Masa nak pre book online tu saya dengan Encik Z teringin nak makan Chicken Adobo a la Mariles. Tapi ragu ragu pulak akan kehalalan thoiyibannya. Tapi tengok kat menu atas ni ha, halal ok. So korang kalau pegi Manila jangan lupa cuba Chicken Adobo a la Mariles ni k. Sebab ianya halal : :

: : Oh paling best tempat sandar ni boleh dikepak kepak kan. Makanya takdela kau terlentok kat bahu orang tatkala tertidur : :

Alhamdulillah, selepas lebih kurang 3 jam 55 minit berada di angkasa raya (mampu korang guna perkataan angkasa raya), kami semua selamat mendarat di NAIA.
Taktau kenapa singkatan airport ni saya rasa macam airport kat Jepun, walhal tak penah sampai Jepun pun.
Macam airport kat Pekanbaru dulu, sini pun ada bas menanti yang akan bawak korang masuk ke bangunan Terminal, walaupun jarak nya cuma sepelaung je.
Barangkali konsep mereka, keselamatan diutamakan, sepelaung usah dihiraukan.

: : Air Asia Zest. TQ awak! : :

: : Dalam bas. Abang yang kiri tu tahan mengantuk ke tahan boring ke cemana tu? : :

Mabuhay!!! Begitu ucapan pada diri sendiri apabila kaki melangkah masuk ke dalam Terminal.
Oh yer, airport kat Manila ni terbahagi kepada sekian sekian Terminal.
Untuk flight Air Asia dari Kuala Lumpur ni, stop kat Terminal 4.
Kecik cenonit je ha Terminal 4 ni. Kedai apa semua pun saya tak nampak bayang.

Dah settle segala mala urusan kastam dan imigresen mereka, melangkah la kami keluar nak cari transport untuk ke Makati.
Keluar je dari pintu atas yang tulis EXIT tu, pusing kiri, nanti nampak lah Booth Coupon Taxi ni.
Bagitau je nak ke mana, nanti depa bagi satu resit kupon, bagi kat driver teksi dan ayuh bergerak.
Tambang teksi dari Terminal 4, NAIA ke Makati PHP440.

: : Philippine Air Force Aerospace Museum : :

Perjalanan dari Terminal 4, NAIA ke Makati mengambil masa lebih kurang 30 minit.  Dekat je.
Dan untuk trip kali ni saya memilih untuk menginap di Tune Hotel, Makati, Manila.
Check in semua berjalan lancar. Sekejapan dah dapat kunci.

: : Lobi yang luas. Komputer disediakan di hujung sana : :

: : Entrance dari belah belakang : :

DSCN0147 : : Bangunan merah putih : :

: : Entrance dari hadapan : :

: : Nak booking transport kat booth ni pun boleh. Nak driver atau drive sendiri? Suka hati : :

: : Check in : :

: : Bilik 303 : :

Masa nak book Tune Hotel ni kan, terjuling jugak la bijik mata sebabnya kat Philippines ni ada 9 cawangan Tune Hotels!
Mr Tony Fernandez ada bff kat Philippines ke cemana ni?
Jenuh la saya google satu satu nak buat pilihan yang tepat.
Hasil dari google sana sini, memang tepatlah pilihan saya ini.
Tune Hotel, Makati. Sebabnya Makati tempat yang paling selamat di Metro Manila ini, insya Allah.

Bilik macam biasalah, standard macam Tune Hotel kat Johor Bahru & Pekanbaru yang penah saya pegi dulu.
Bilik ni saya book untuk 3 hari, PHP 7,320.00.
Hari pertama je saya ambik pakej Entertainment yang ada Wi fi, TV, Aircond & Toiletries.
Hari lain nanti saya fikirkanlah cemana.

: : View dari bilik. Tak menarik? Memang pun. Hiks : :

Dah jamak solat apa semua, layan tv. Dah bayar kan, rugi la kalau terbiar begitu saja.
Macam malas nak keluar cari makan, so bawak keluar stok maggie dan jajan.
Makan maggie lah kita malam ni. Air panas tu bukan free ok. Kena caj 2 cup PHP20. Sama dengan RM1.60.

Encik Z pukul 9 malam camtu dah kroh kroh dah.
Sebabnya malam tadi nya dia tidur dekat pukul 3 pagi kot.
Packing kain baju dan apa lagi dibuat taktau la.
Oh yer time zone Kuala Lumpur dengan Manila sama yer.
So takyah nak runsing runsing adjust jam.
Tapi tapi tapi, waktu solat depa dengan kita tak sama.
Beza satu jam. Waktu solat depa cepat kurang lebih 1 jam, macam Thailand jugak.

End of Day 1.