4 in 1 Celebration

2 hari sebelum puasa K’RISMA buat majlis yang diberi nama 4 in 1 Celebration.
Gitu..
Sambut birthday siapa yang lahir bulan 3 sampai bulan 6, welcome back Imad, Azman & Emli sebab depa MC lama hari tu sampai masuk hospital.
Menyambut Ramadhan dan announce kan workstation terbersih terkemas dan tercantik.

Saya kan AJK K’RISMA, tu yang pepagi pegi ambik kek kat MammaMia Gelato Italiano tu.
Balik office tengok Apau tengah bagi Health Talk. Aiseyy tak sempat join.
Pastu dah sibuk potong kek la, bancuh air la, potong puding bagai la.

: : Strawberry cheese cake & Ice Cream Cake Oreo. Sedapp : :

: : Puding ni Umi bawak. Memula saya potong hancurrr. Terus suruh Kak Gee potongkan he he : :

?????????? : : Mieng Kham macam biasa Kak Noni sponsor. Ni paling mendapat sambutan hangat nih : :

: : Teh tarik, nescafe tarik & sirap ais. Umi dengan Kak Gee buat. Sebelum ni Azman yang buat, tapi sejak dia sakit ni dia dah surrender huhu. Azman buat air sedapp ooo : :

Makanan pulak order dari auntie Tuty. Tuty belanja pulak tu.
Pandai dia bajet food dengan pax. Memang ngam ngam.
Saya kadang tu tak boleh bla bila buat makan makan pastu food tak habis.
Memang la boleh tapau tapi ntah lah.. Saya lagi suka bila buat makan makan, biar ngam ngam.
Kalau kata lebih pun takde la melampau sangat.
Tapi setengah orang takut tak cukup, tul tak?

: : Ikan masin masak lemak campur nanas, sayur campur, ayam goreng berempah : :

: : Ulam, sambal belacan, buah tembikai : :

: : Tema pink di hari kejadian : :

: : Macam gergasi saya ha bila diri sebelah Kak As : :

: : Auntie Tuty siap tolong serve kan ha. Dah macam kat kedai nasi campur he he : :

IMG-20150616-WA0004 : : Umi tengah tunjukkan pemenang workstation terbersih. Pemenangnya adalah Faizal & Kak Shikin. Memang cantik kemas je tempat depa. So no komplen ah : :

Next makan makan Open House Raya nantilah.
Pening lagi la kepala nak cari katerer, pilih food, tema, jemputan bla bla bla.
Tapi ok jer. Kan itu sebahagian dari kerja awak Normaya? ^__^

3 thoughts on “4 in 1 Celebration

  1. Macam best pula office awak ni Normaya.
    Ada kerja kosong?
    Muehehehe.. 😀

    • macam best tapi takde la best sangat haha.
      takyah laa..awak dah molek kat kraf sana tu haa.. takyah cari penyakit datang sini pulok.
      kang ku harap panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari pula

Comments are closed.