Whatsapp dari Yaya

Seminggu lepas pertandingan nasyid tu, Yaya pegi KL, ada Pertandingan Syarahan Bahasa Arab peringkat Kebangsaan.

Seminggu lepas tu dia pegi Kuantan pulak, ada Pertandingan Puisi peringkat Kebangsaan.

Dan seminggu lepas tu pulak dia ada Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Tokoh Nilam.

Fuhh.. busy benar anak dara saya ni ha.
Saya ni tak kisah pun Yaya nak aktif program sekolah ni semua, asalkan pelajaran tak terabai sudah.
Buat la pilihan yang tepat yer, nak.
Mommy sentiasa mendoakan awak.

Ni Yaya whatsapp kat saya gambar gambar masa dia kat Kuantan.
Alahai, nampak dewasa sangat dah hah anak saya ni.
Alhamdulillah, Allah pinjamkan saya seorang anak yang baik.
Semoga terus jadi anak yang baik sampai bila bila.
Amin.

IMG-20150425-WA0004

IMG-20150425-WA0002

IMG-20150425-WA0003

IMG-20150425-WA0005

IMG-20150425-WA0006

IMG-20150425-WA0007

Yang ni katanya cikgu sekolah dia yang snapkan.
Gegar dan blur pulak. Tapi ok lah. Terima kasih Cikgu.
Yaya jadi johan Pertandingan Pertandingan Syarahan Bahasa Melayu Tokoh Nilam.
Tahniah sayang….

V__3266(2)

3 thoughts on “Whatsapp dari Yaya

  1. Alhamdulillah…Dania pun aktif macam2 aktiviti sekolah,along risau takut pelajaran dia terabai…apapun memang cepat nampak dewasa kan….

Comments are closed.