Teratak Angah Kemensah

Merujuk pada ENTRY NI. Tapi yang #Zturns36 tu kita hold dulu ek.
Ni plan yang selepas tu. Patutnya hari Sabtu lah, tapi sebab Kaklong kerja pulak Sabtu tu, so plan dibawa ke hari Ahad.
Ramai yang tanya saya apa nasib Kaklong kat MAS?
Alhamdulillah dia dapat kontrak setahun lagi. Better la kot dari ada kawan kawan dia yang kena 3 months notice dan lepas tu diterminate.
Nasib dan rezeki masing masing la kan.
Harap lepas setahun Kaklong dapat la permanent. Amin.

Macam biasa, apa apa program bersama keluarga memang saya lah ketua rombongannya.
Dah lama plan nak pegi mandi sungai kat Kemensah ni.
Dulu dulu penah gak call nak booking chaletnya tapi manjang penuh.
Dan ada yang janji nak call balik, haram takdo.

So dari sebulan lepas lagi saya terjah terus ke Chalet X dan tanya dan booking terus.
Tapi tu la saya bookingnya hari Sabtu 6 Jun, pastu nak tukar jadi hari Ahad 5 Jun, tapi owner Chalet X tu tak boleh confirm.
Saya pun tak faham apa yang tak boleh confirmnya.
So saya beralih arah ke Chalet Y. Iaitu Teratak Angah.

Dari Jasmine ke Kemensah ni dari rumah saya dekat je.
Belakang Zoo Negara. Ikut je laluan tepi Zoo Negara tu, sampailah kat Kampung Kemensah.
Chalet chalet ni semua belah belakang belakang.
Kitorang sampai dalam pukul 10 pagi.

: : Kena bayar parking kat sini. Satu kereta RM10 : :

: : Inilah chaletnya yang saya book untuk 1 hari. Ada tempat BBQ tu in case sapa nak ber bbq bagai : :

: : Bekalan makanan yang dibawa : :

Beria saya siap bancuh air teh o bagai, tapi sudahnya cawan lupa nak bawak.
Satu pun takde. Eh satu je ada. Cawan air si Ocah. Adoi la.

Orang depan chalet kitorang tu meriah saya tengok ber bbq bagai.
Dan saya nampak diorang ada bawak satu plastik panjang cawan polisterin tu.
Saya cakap la dengan Kaklong, cer try tanya boleh tak kalau kita nak beli barang secawan 2 cawan polisterin tu.
Kaklong pun dengan ramah mesranya mencuba nasib lah. Siap dah bawak RM5 dah nak bayar.
Tapi jawapan yang Kaklong terima ‘KITORANG PUN TAK CUKUP’

Sentap. Dan sedih. Tak caya rasa ada orang yang macam ni ek.
Hmmm.. takpelah, hati manusia tak sama. Kita pun tak boleh nak anggap apa yang kita fikir sama macam orang lain fikir.
Semoga Allah SWT bersihkan titik titik hitam di hati kita semua. Amin.

Kaklong jalan ke depan. Ada orang jual air. Kaklong mintak beli cawan dari diorang.
Kaklong bagi RM5 untuk 5 cawan.
Diorang macam serba salah, katanya banyak sangat ni, Kak.
Tapi Kaklong kata Takpe, akak sedekah.

: : Kanan tu tandas. Kiri tu tempat mandi. Sorry to say, tandasnya kotor. Dan masa saya masuk bilik mandi tu sebab nak basuh tangan, ada najis di kat lubang lantai keluar air tu. Saya lah jirusnya. Bila terbayang terus kembang tekak. Haishh : :

: : Ni dari arah tandas dan bilik mandi tadi, menghala ke arah sungai : :

: : Ayah Chu Adil, Maamar dan Mama Yana baru sampai : :

DSCN0172 : : Ocah minum susu dulu sebelum terjun ke dalam sungai : :

DSCN0176 : : Gigih Abang Long snap gambar deruan air sungai. Ocah yang memula sombong pastu tetiba nak pulak berkepit dengan saya hah : :

: : Cici macam biasa, berkepit dengan Ayah : :

: : Deras dan jernih airnya : :

: : Orang tak ramai sangat : :

: : Chalet chalet lain : :

: : Yang ni betul betul depan chalet : :

: : Opah, Ibu Zura & Mama Yana memerhati dari atas : :

: : Eh eh budak gebu ni nak tergelincir depan Ayah Chu : :

: : Mahathir & Maamar : :

: : Tengah tengah tu dalam : :

: : Sampai Caca terpeleot kaki, pastu macam terlemas sikit. Terus kena marah dengan Opah. Sian Caca huhu. Sib baik ada Mommy pembela bangsa dan negara : :

Pukul 1 tengah hari hujan turun mencurah curah.
Anak anak saudara semua dikerah naik, tapi saya dengan Yaya layan je mandi hujan.
Tak dapat snap gambar sebab kamera dah simpan dalam chalet.
Best lah sesekali main hujan, teringat zaman kecik kecik dulu.

: : Tapi yang tak bestnya, ambik kau air keruh sekeruh keruhnya lepas hujan : :

OK ni ada satu lagi cerita saya nak habaq pi kat hangpa tentang kelakuan manusia.
Saya dengan Yaya masuklah dalam bilik mandi tu untuk mandi.
Masuk bilik mandi nak mandi la kan, takkan nak tidur pulak dalam tu.

Elok masa kami nak masuk tu memang ada sorang perempuan sampai nak masuk gak, tapi saya dengan Yaya masuk dulu lah sebab memang kami yang tengah menunggu.
Walaupun bilik mandinya scary gelap gelita tapi kami gagahkan lah jugak diri mandi, shampoo, sabun bagai segala.
Tapi percayalah, semua pun dilakukan dengan pantas.
Takde nya kitorang mandi sambil nyanyi berlengah lengah ke hapa.

Tetiba dengar lah suara dari luar jerit “Lamanya!!!”
Kali pertama tu saya buat donno lagi, tak lama pastu jerit lagi “Lamanya!!!!”
Aishh… Kau sabar boleh tak.
Dan dan dan dan tak lama pastu terdengar lagi jeritannya “LAMANYA!!!”

Kali ke tiga tu saya kenot tahan anymore lah kan.
Saya sound la balik “Sabar boleh tak?! Datang tempat macam ni kau xpac apa? Kena la tunggu. Dah toiletnya pun satu! Kau ingat aku teringin nau ke nak duduk lama lama dalam toilet ni. Gelap, busuk, sempit. Tolonglah!”

Terus diam.

Keluar toilet tu, saya usha la dia.
Dia pun tak nak kalah usha saya balik.
Whatever la kan. Why bother why bother why bother?

: : Dah clear barang, jom balik! #sakitpulakhatikitaneh : :

: : Keruh! : :

: : Bawah jambatan tu ada buaian : :

: : Parking : :

: : Nah siapa yang berminat nak try lepak kat sini. Saya halang tidak, suruh pun tidak, k? Saya sewa chalet tu RM70 untuk 1 hari (bukan bermalam) : :

Semua pakat balik Jasmine pastuh. Melepak.
Saya layan tidur seround. Ngantuk!

Lepas maghrib pegi dinner kat Top Steak House Sri Rampai, depan rumah saya ni je ha.
Kali ke tiga dah saya makan kat sini, tapi tak buat entry pun. Heh.
Dinner sempena birthday Encik Z, birthday Abang Long, birthday Maamar dan anniversary Kaklong dan Abang Long yang ke 15 tahun.
Selamat semuanya ya. Semoga dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat, dan sentiasa di dalam rahmat dan redha Allah SWT sentiasa. Amin.

IMG-20150607-WA0003

WP_20150607_20_12_04_Pro : : Ocah layan lagu Gee Gee Gee baby baby oh Gee Gee Gee. Kelas Ocah : :

Total makan untuk kami 12 orang RM201.20. Not bad la.
Consider murah sebab segala macam steak depa order ha.
Sekianlah aktiviti keluarga saya untuk cuti persekolahan pertengahan tahun kali ini.

3 thoughts on “Teratak Angah Kemensah

  1. eeewww kita pun geli la kalau ada jenis manusia yang x gheti nak flush toilet pastu najis bersepah..ko dh guna jirus la apa kan..xkan nak harapkan org..ni semua kesedaran sivik kot..perangai sangat

Comments are closed.