Sunway Putra Mall

Korang tau tak Sunway Putra Mall dah mula beroperasi?
Soft launching 28 Mei hari tu.
Saya tau la sebab saya hari hari lalu depan tu nak pegi office.

Tak tau Sunway Putra Mall? Ala The Mall lama tu.
Ada yang panggil Yaohan. Tempat lepak saya masa form 2, form 3 dulu.
Atas sekali tu ada tempat main game, ada kapal dengan benda alah boleh naik pusing pusing.
Zaman menggatal menggedik. Koserr bila ingat haha.

Ni dah kerja kat B** ni, selalu gak la pegi The Mall tu untuk lunch, walaupun tak berapa nak ada pilihan kedai makan pun kat sana.
2 tahun kot tutup The Mall ni untuk renovation, revamp dan rebranding gitu.

IMG-20150529-WA0005 : : Gambar ni cilok dari Facebook Dee. Dee yang dah berjanggut lamanya tak update blog. Wajah baru The Mall yang diberi nama Sunway Putra Mall. Meletop kau : :

Taken with Lumia Selfie : : Terus paksarela Abang Mohd Noor untuk drive pegi sana. Semestinya Kak Gee diheret sekali : :

Pusing pusing jap taktau nak makan kat mana, last last stop kat Papparich.
Saya pun berzaman tak makan kat sini.

Taken with Lumia Selfie : : Masa budak tu ambik order la, masa tu gak nak selfie haaa : :

Taken with Lumia Selfie : : OK lagi sekali. Tu belakang tu staff B** gak tu. Pastu ada 2 orang lagi staff B** kitorang jumpa tengah makan dalam Papparich tu gak : :

WP_20150602_13_18_00_Pro : : Saya minum Iced Cappucino tu. Dapp : :

WP_20150602_13_22_14_Pro : : Taktau nak makan apa. Sudahnya ambik nasi ayam : :

WP_20150602_13_26_58_Pro : : Kak Gee makan kueyteow : :

WP_20150602_13_27_05_Pro : : Abang Mohd Noor makan mee rebus : :

Resit Kak Gee simpan tak bagi bagi. So tak dapat nak share harga.
Turun bawah terserempak dengan officemate kitorang, Sham.
Pastu boleh plak ternampak Manager kitorang yang paling garang, pun ada kat situ.
Terpaksa pura pura tak nampak haha.

Dan tak lama pastu terserempak pulak dengan Kaktin, Ghaz & Ramzul.
Pengsan kiri kanan depan belakang semua staff B**. Hiks.
Eh tapi sini best lah, banyak tempat makan. So selain Quill Mall & Sogo, dah ada pilihan lain lah untuk diterjah.

Kaktin & Payiet, jom kita?

3 thoughts on “Sunway Putra Mall

Comments are closed.