Kebab Turki & San Andreas

Ni cerita Sabtu 2 minggu lepas.
Memang dah plan nak keluar sebab ada nak buat 3 benda.
Pertama, pegi Celcom kat Jalan Ampang nun, tukar pakej dan pelan semua nombor telefon bawah saya.
Nombor saya, nombor Encik Z, nombor Mama, nombor Yaya.. semua pun dah tukar ke Basic 38.
Ada sesiapa yang tukar jugak tak? Meh gimme 5.

Rasa macam berbaloi la sebabnya saya ni bukannya buat call sangat pun.
Segala media sosial pun lite lite je saya guna. Dah tua tua gini cam tak nafsu sangat dah nak beria.
Basic 38 ni boleh buat free call 50 minit, 50 free sms dan 3GB data + 3GB Wifi.
OK sangat dah la ni kan.

Settle tukar apa semua, terus ke Wangsa Walk Mall.
Beli tiket nak nonton filem San Andreas kat TGV.
Sementara nunggu, makan kat Kebab Turki. Malas nak jalan ke bawah, so makan je la kat kedai dekat dekat situ.

Simple je pun menunya. Boleh pilih nak tortilla apa. Plain, Garlic atau Wholemeal.
Pastu pilih sos. Chilli, Ketchup, BBQ, Mayonaise, Garlic atau Black Pepper.Nak tambah cheese, egg, meat atau patty pun boleh.

WP_20150530_10_28_30_Pro

WP_20150530_10_32_26_Pro : : Mamat arab ni usha je saya snap gambar. Saya macam ketakutan tapi bebuat berani. Hee : :

WP_20150530_10_45_13_Pro : : Encik Z makan ni. Shawarma beef RM6.90. Sedap jugak la. La tu macam tak berapa je kan hehe : :

WP_20150530_10_45_34_Pro : : Pull up your kebab with style. Cewahh : :

WP_20150530_10_46_24_Pro : : Saya ambik ni. Beef kebab. Roti wholemeal, sos chilli, mayonaise & blackpepper. RM7.90. Sedap I tell you!! Nyum nyum : :

Kenyang perut ayuhlah menonton filem San Andreas.
Cerita ni macam ala ala cerita 2012 dulu la. Bencana alam disebabkan gempa bumi.
Plus tsunami jua. Penuh saspen dan sedih pun ada jugak.
Kalau saya la berdepan benda ceni, mesti la dah give up.
Dah anggap kiamat je la kan. Pasrah je la tunggu mati huhu.

Suka perempuan yang berlakon jadi anak The Rock tu. Lawa.
Tapi nama watak dia dalam cerita ni macam pelik je. Blake. Macam nama lelaki.
Ah tak kisah lah, janji dia lawa. Hiks.
Tapi kan, kalau watak The Rock tu Liam Neeson yang bawak mesti lagi best.
Teringat cerita The Taken tu. Aaaaa sukanyaaa..
Sapa boleh nonton San Andreas ini, sila lah ya. Memang best.

Lepas tu terus zass ke AEON AU2. Beli toiletries dan barang dapur.
Kan dah cuti sekolah kan, Yaya & Mama datang KL, so stock up lah apa apa yang patut.
Beli toiletries je dah RM166. Beli barang dapur dah RM224.
Walhal baru 30 haribulan, tapi duit dah mengalir macam air terjun haaaa. Huhu..

WP_20150530_15_20_25_Pro : : Lepas shopping pegi makan kat Restoran Bawang Kecik. Lapau so licin pinggan haaa. Daging halia, sayur campur & telur dadar : :

P/S: : Mood nak update blog semakin merundum rundum. Haishh..

One thought on “Kebab Turki & San Andreas

  1. sekarang semua barang mahal la Mya…sebab tu along suka beli banyak utk stok sebulan….yg x bestnya along kena beli untuk 2 buah rumah…nangesssss

Comments are closed.