Jurassic World, Shopping Raya & Mammamia

WP_20150610_12_53_06_Pro : : Ambik kau punyalah panjang tiket wayang. Mau tak, 34 tiket ok! : :

Ceritanya 10 Jun hari tu, saya lari kejap dari office pegi Suria KLCC.
Bukan la lari sorang, lari dengan Abang Mohd Noor & Kak Gee.
Jangan korang ingat kitorang ni berlari pulak pegi KLCC tu.
Tau la baru Run For Your Life kan! Hiks.
Tumpang kasih kereta Abang Mohd Noor lah.

Selepas Riadah K’RISMA kat Taman Tasik Perdana, aktiviti kedua untuk Social ialah Movie Day Outing, mahu nonton filem Jurassic World.
Tiket dah beli awal awal via Groupon. Kira nak redeem je lah ni.

WP_20150610_12_47_26_Selfie : : Start merepek dah la ni : :

Lepas redeem tiket wayang tu, singgah Secret Recipe untuk lunch.
Lama gak saya tak makan kat sini.

WP_20150610_12_51_48_Pro : : Ice Blended Cappucino RM11.50, Ice Blended Green Tea RM10.50 & Ice Lemon Tea RM8 : :

WP_20150610_12_52_03_Pro : : Fish & Chips RM22 : :

WP_20150610_12_54_30_Pro : : Caesar’s Salad RM13 : :

WP_20150610_12_54_34_Pro : : Fried Rice Satay RM20 : :

Hari kejadiannya adalah pada 13 Jun.
Pepagi alam berkumpullah semua kat TGV Suria KLCC.
Show pukul 11 pagi.
Untuk groupon ni dapat 2 tiket wayang, 2 small drinks & 1 large popcorn RM32.

WP_20150613_11_03_55_Pro

WP_20150613_11_06_18_Pro : : Total yang join ialah 10 orang. Plus ahli keluarga semua tu yang jadi 34 orang : :

Sebelum nonton Jurassic World ni saya siap subscribe kat Astro First yang 3 filem Jurassic terdahulu.
Jurassic Park (1993)
The Lost World: Jurassic Park (1997)
Jurassic Park III (2001)
Tengok la 3 beranak sebab nak dapatkan feel dan nak throwback balik jalan ceritanya.
So bila nak nonton Jurassic World ni barulah senang nak faham kan.

Walaupun dah namanya pun cerita dinasour, kau xpac apa kan.
Takkan nak keluar gajah dengan badak pulak.
Tentulah keluar dinasour. Raptor la, T Rex lah.
Dan sah sah memang kau boleh agak jalan ceritanya cemana kan.
Amukan seekor dinasour. Dinasour yang bijak bistari seperti dolphin katanya.
Bagi saya ok lah. Kalau bebetul ada theme park camtu nak jugak saya pegi. Hiks.

Twenty-two years after the events of Jurassic Park, Isla Nublar now features a fully functioning dinosaur theme park, Jurassic World, as originally envisioned by John Hammond. After 10 years of operation and visitor rates declining, in order to fulfill a corporate mandate, a new attraction is created to re-spark visitors’ interest, which backfires horribly.

Dari Suria KLCC pegi lunch kat nasi campur Titiwangsa.
Pegi butik kat Jalan Gombak, ingat nak cari baju raya Caca, tapi takde warna yang saya nak.
Terus ke Quill Mall. Shopping baju raya Yaya sikit kat H & M dan AEON.

Pastu pegi Mammamia Gelato nak book kek untuk event K’RISMA hari Selasa depannya.
Dah alang alang kat situ, dan tengok anak anak macam teruja je belek aiskrim yang ada, moh la kita lepak kejap pekena barang sesuap dua.

WP_20150613_17_11_46_Pro : : Mammamia Signature caca punya : :

WP_20150613_17_11_52_Pro : : Yaya lambat sangat buat pilihan, so pegi la bayar sendiri : :

WP_20150613_17_12_16_Pro : : Yaya punya flavour Lemon : :

WP_20150613_17_12_25_Pro : : Both harga RM8.35. Pengsan, punya la mahal yer : :

WP_20150613_17_12_59_Selfie : : Tapi sedap la kan. Ater memahal gitu tak sedap, harus kena maki oleh pelanggan : :

Dari Quill Mall zass ke Sogo pulak.
Ada voucher RM80 kat tangan, so kasi habislah.
Pun shopping baju raya Yaya. Dapat la kasut, baju segala.
Baju kurung dia pun dah ada 2 pasang.
Tinggal nak cari tudung dia je nanti.
Senang settle sesiap. Tak payah pepening nak fikir nanti.
Tapi tu la nama pun perempuan aka mak mak, selagi tak raya, kalau jumpa, semua pun pakat nak beli he he.

Kat Sogo kepala dah berdenyut denyut migraine.
Sampai rumah maghrib jugak lah. Dari pagi keluar kan.
Yaya pulak elok sampai rumah terus muntah. Angin pus pus satu badan gamaknya huhu.

Di hari kejadian event K’RISMA yang diberi nama 4 in 1 celebration.
Details saya story kat entry lain k.
Tapi ni cerita sebelah paginya. Saya kena keluar collect kek yang ditempah tadi tu la.
Heret Abang Mohd Noor sekali. Emli pulak sibuk nak ikut sebab dia pun ada kena beli barang untuk event ni.

Sampai pukul 10.30 pagi, kek tak siap lagi.
So kitorang lepak lah dulu kejap. Dedua teringin nak rasa aiskrim ni.

WP_20150616_10_39_04_Pro

WP_20150616_10_38_44_Pro

WP_20150616_10_39_14_Pro

WP_20150616_10_39_24_Pro : : Add on : :

WP_20150616_10_40_08_Pro : : Mammamia Signature & Oreo. Base nya sama je, flavour je yang lain : :

WP_20150616_10_41_20_Selfie : : Dedua ni kawan mengadu domba dan bergaduh saya kat office : :

WP_20150616_10_48_56_Pro : : Ini adalah tong sampah. Comey bebeno : :

WP_20150616_11_14_22_Pro : : Masa memula datang dulu tak perasan pulak aiskrim Puffo ni. Kemain biru nya : :

WP_20150616_11_14_28_Pro : : Ini pulak Hello Kitty kemain pink nya. Flavour strawberry lah kot no? : :

4 thoughts on “Jurassic World, Shopping Raya & Mammamia

  1. See, mmg best la ofis uols ni.
    Siap ada movie day out.
    Weols kat sini… hermm..jgn kata movie, nak ajak makan pun buleh jadi krisis macam nak bergaduh.. tahpehapapejabatgomennih. Hahahahah.

    • heyy apa ni kutuk company sendiri hahaha.
      alaa kat sini pun bukan nya takde gaduh tarik muka kutuk depan belakang. biasa lettew.
      nak buat movie day out ni pun punya laa penuh drama mata air mata sentap bagai hiks

Comments are closed.