Baru baru ni saya ada urusan di Mahkamah Syariah Jalan Duta.
Lepas habis urusan terus ajak Encik Z pegi makan kat Boat Noodle.
Selama ni dok tengok kawan kawan je pegi dan post gambar kat instagram, so kali ni dah alang alang ada kat area berdekatan, ayuh lah pegi.
Saya pegi yang kat Publika sana.
: : Depan kedai : :
: : Menu : :
: : Order guide for newbie katanya : :
: : Tulislah korang nak order apa : :
Sapa yang biasa pegi tu memang tau la kan, menu nya tak banyak pun.
Yang famous tu mee ayam dan mee daging. Dengan dua kuah berlainan. So saya order tu je lah.
Kira 4 pinggan untuk saya, 4 pinggan untuk Encik Z.
: : Side order Grill Beef Meat ball RM5.90. Dengan Grill Chicken Meat Ball RM4.90 : :
: : Side order Ka-Num-Tuay RM1.00 each. Rasa dia macam tepung pelita : :
: : Drinks Encik Z punya Thai Iced Coffee RM6.90. Saya pulak order Thai Iced Tea RM6.90. Sedapppp : :
: : Sapa nak minum Coconut Blend pun ada ni ha : :
: : Penambah perisa dan perasa : :
: : 8 mangkuk kepunyaan kami : :
: : Pada yang tertanya tanya tentang status halal Boat Noodle, boleh baca statement di atas. Apa apa pun, keputusan di tangan anda : :
So? Sedap ke tak mee kat Boat Noodle ni.
OK la.. nak kata sedap gila tu tak lah.. Tapi kalau ada peluang nak lah lagi repeat makan.
Yasmin, nanti mommy bawak awak pegi makan kat sini k?
percaya atau tidak..
iLa nampak macam ‘buat noodle’
masalah besar nieH…..boat noodle dengan ‘buat noodle’ pun dah tak boleh bezakan…
excited ok tgk tajuk ‘buat noodle’ dalam hati dok kata waaaaaaaaaaaaaaaaa Maya pandai buat mee…..boleh? gulp
kena pakai spek la ila ni hahah..
thai iced tea tu mmg sedap kan…
boy kata ni mkn main2 hahaha sbb mangkuk kecik kan
sedap sangattt thai iced tea tu. suka suka suka..
aku suka! kalau dia dok kat bilding yg mesra parking hari-hari pon boleh ripit.
teh ais dia marvellous
tu la masalahnya tempat tu tak mesra parking kan. isk..
Xpernah cuba lagi…sbb cik abe i tuh jakun…susah nak ajak explore…
sila pujuk
bagi orang tak suka makan cam saya, belum ada rasa nak pi makan sini. tapi air dia nampak cam menyelerakan. Nak gi order air je lah. Hihi.
makan kenyang2 kat tempat lain, pastu order air je hehe