Singgah Sebentar di Myanmar

: : Tukar duit Myanmar di sini : :

Nak masuk Myanmar ni kami dikenakan bayaran RM145 sorang.
Tu saya dah convert dah la tu sebabnya banyak tu yang Amy mintak lalu pegi tukar di money changer.
Mahal kan? Tapi dah alang alang sampai Chiang Rai tu, zasss je lahh..

: : Border Thailand – Myanmar. Alah macam Padang Besar, Bukit Kayu Hitam kita jugaklah : :

: : Mae Sai Town : :

: : Busy town : :

: : Orang boleh tahan ramai q nak masuk ke Myanmar : :

10924792_10153635490154498_2884098810581975439_n

Tapi kitorang tak payah q pun. Amy masuk dalam settle dengan imigresen, pastu dia gamit panggil.
Terus je kitorang lalu kat laluan kosong dan taraaaaa….

: : Jambatan di antara Thailand dan Myanmar : :

: : Sungai ini yang memisahkan 2 negara : :

: : Sekejap di Thailand, sekejap di Myanmar! : :

10013127_10153635490484498_1290919582173391582_n

: : Tulisan Myanmar sudah. Beza kan dengan tulisan Thailand? : :

: : Masuk masuk je terus nampak tempat shopping di sebelah kanan : :

: : Roundabout Golden Triangle : :

: : Melawat masjid : :

Pastu Amy deal dengan driver tuk tuk nak bawak jalan sekian sekian tempat.
Kami kami ni follow saja lah. Terus melompat masuk dalam tuk tuk.
Oh ya, tempat ni namanya Tachileik.

10346518_10153635490714498_47484695374095865_n

10947282_10153635491179498_3311787339646644904_n : : Sibukk la dengan kayu monopod tu kan Normaya : :

: : Amy, Masy, Maya : :

Siapa pembaca tegar blog saya ni mesti ingat lagi saya dah penah sampai Myanmar ni.
Dulu saya pegi Yangon. Dari Yangon ke Tachileik ni kalau lalu jalan darat ambik masa 16 jam.
Kalau naik flight 6 jam.
Kekira Yangon belah paling selatan. Tachileik ni belah timur. Gitu.

Tuk tuk ni bawak punya lah laju berdesup zass ziss zusss.
Urut dada saya ha masa tuk tuk ni mendaki nak naik bukit.
Sampai kat satu tempat yang boleh shopping shopping.

: : Aksesori : :

: : Air tebuuuuu idaman kalbuuuu : :

Masa pegi Yangon dulu saya ada minum air tebu campur limau nipis yang dap dap.
So marilah kita kasi cuba kat sini pula.

: : Masy taknak air tebu. Dia minum air kelapa muda kecik comel : :

: : Kita minum duluu : :

: : Amy buat demo cecara nak dapatkan bedak thanakha dari kayu thanakha. Tak kagum sangatlah sebab dah penah tengok kat Yangon kannn : :

: : Macam biasa, Kak Na tetaplah membeli belah : :

: : Cantik kalerful, tapi saya duduk diam membisu tak beli pun hehe : :

: : Acik ni buat demo bedak thanakha kat tangan Masy : :

: : Kat hujung tempat ni ada kawasan tinggi, boleh tengok kawasan Tachileik ini : :

Kemudian jalan kaki menuju kat satu tempat ni.
Tempat buat makanan merangkap teman makan jua.
Ni local food Myanmar. Tapi lupa pulak nak tanya kat Amy namanya.
Tapi lebih kurang macam laksam. Takde la sign halal tapi Amy kata ia diperbuat dari beras.
Dan lelain cuma sayur sayuran je.
Amy kata ramai je orang Malaysia datang sini try makanan ni.
Ikutkan saya dengan Masy pun nak try jugak, tapi masak elah nya perut kenyang lagi sebab baru lepas lunch kan. Huhu..

: : Digelek gelek dalam tudung periuk tu, so memang macam laksam ah : :

: : Tu digunting gunting macam laksam jugak la kan? : :

: : Sayur dan sambal. Aaaa menyesal pulak tak jamah rasa tskkkk : :

Settle kat situ terus je ke tempat shopping seperti dibawah.
Tapi saya tak dapat nak baca tulisan atas tu. Macam S’pore kan?
S’pore Square kah namanya?

WP_20150126_16_31_22_Pro

: : Berlambak orang jual bedak Thanakha Nora Danish. Harga masih sama. Yang hijau tu USD1 saja : :

: : Orang boleh tahan meramai. Eh eh brader baju oren ni sempat pulak kau senyum eh? : :

: : Geram tengok beg ni. Comel comel semua. Teringin nak beli tapi ongkos tak mencukupi huhuhu. Tak silap saya dalam RM90 satu : :

: : Sudahnya beli beg kecik ni je untuk Yaya : :

Kami habis tawaf tempat ni laju jugak la. Janji nak jumpa dengan Amy pukul 3.30 petang.
Tapi by pukul 3 petang camtu kitorang dah habis tawaf dah. Lalu menunggulah dengan penuh kesabaran.
Tapi yang bestnya cuaca sejuk! Nyaman dingin je. Saya rasa dalam 17 darjah celcius gitu lah.
Walaupun tempat sesak ramai orang tapi takde pun rasa berpeluh ketiak ke hapa.

: : Muka bosan menunggu. Gambar ni diambil sejurus sebelum Masy diekori oleh seekor anjing. Hiks : :

Ceritanya gini. Tak betah kami menunggu, saya ni kejap ke depan, kejap ke belakang snap gambar.
Setiba tiba nampak anjing dari seberang. Hati dah rasa sat g anjing ni mesti cross jalan ni.
Memang betul pun. Lalu saya dah bersedia lah bersembunyi. Masy perasan gak anjing tu tapi ia tak sempat nak lari.
Boleh anjing tu terus mendekati Masy, apa lagi menjerit lah kami dua.
Orang keliling pandang pun pelik. Anjing pun nak takut ke?
Bukan takut ah. Cuma tak biasa #walhalmemangtakut

Masy lari turun tangga. OK bukan la lari, tapi jalan.
Anjing tu ikut belakang, sempat lagi cium cium skirt Masy.
Saya kata jangan gerak la. Berhenti berhenti.
Anjing tu pun berhenti. Tapi sib baik tak lama dia terus potong jalan depan Masy.

: : Bangunan imigresen yang memisahkan 2 buah negara : :

WP_20150126_16_44_07_Pro : : Ramai budak kecik ceni mintak sedekah. Ada yang tak pakai seluar telanjang bulat je huhu : :

WP_20150126_16_43_21_Pro : : Selamat tinggal Tachileik! Selamat tinggal Myanmar! : :

Amy pulangkan passport lalu saya dan Masy pun belek beleklah nak tengok cop.
Rupanya nan hadoo cop. Cisssss…
Agaknya sebab skip q kot? Ataupun sebab memang dah guna dokumen tourists?
So nak salahkan sapa ni? Salah Thailand atau salah Myanmar? Ke salah Malaysia? #tetiba

3 thoughts on “Singgah Sebentar di Myanmar

  1. masa along masuk Myanmar dulu x banyak la kena sebab dah deal awal2 dalam bas…x sampi seratus kalau x salah…tp dah alang2 kan…pas tu siap pi Laos lagi…

Comments are closed.