Chiang Rai : White Temple

Seterusnya.. Kami menuju ke White Temple.
Nama sebenar White Temple ni ialah Wat Rong Khun.
Tapi orang ramai panggil White Temple je sebabnya temple ni warna putih!!
Lain la dari kebanyakan temple yang saya pernah tengok.
Selalu pun kan warna gold.

Eh tetiba ada gambar toilet. Sebabnya sampai sampai terus cari toilet.
Nak masuk toilet ni kena tukar selipar dulu. Lupa lah pulak nak snap gambar dalam toilet ni.
Tapi walaupun toilet cangkung, tapi bersih je. Air kat sini sejuk!

: : Toilet ada banyak. So takpayah risau nak tunggu lama ke hapa. Patutnya ukiran tu pun buat warna putih kan? Barulah Qu Puteh! #tetiba : :

White Temple ni hak milik persendirian seorang warga Thailand bernama Chalermchai Kositpipat.
Dia sendiri yang reka dan bina temple ni.  Mula dibuka kepada pelawat pada tahun 1997.
Ia dibuka sepanjang tahun dan masuk adalah percuma.

: : Gedik benar kamu pose ceni Normaya : :

: : Samar bayangan. Ni view White temple dari belah kiri : :

: : View White Temple dari depan : :

: : Kaki cacat. Tudung senget benget. Apalah nak jadi : :

WP_20150126_11_41_47_Selfie : : Mata kerut sebab cahaya mentari. Tapi sebenarnya cuaca sejuk nyaman je : :

Amy bagi masa 30 minit je kat sini. Adoi laa.
Terpaksalah saya dengan Masy bergerak pantas snap gambar sana sini.
Pastu sibuk pulak nak jenguk kat belah dalam temple ni ada apa.
Nak ke belah dalam temple ni kena lalu kat bahagian seperti dibawah.
Ngeri tak?

Saya panggil lubang neraka. Macam simbolik kot.
Tangan tangan dari dalam tanah yang meronta ronta minta untuk keluar.
Ada tengkorak dan tulang jugak. Macam scary dan insaf lah huhu.

: : Korang kalau nak pegi sini pakai la warna terang terang macam saya. Cantik dalam gambar : :

: : Laluan masuk : :

: : Tapi nak masuk dalam kena bukak kasut lah pulak. Malas ahh.. : :

10955346_10153635489579498_8232280591624237342_n : : Ni bahagian tepi pintu masuk tadi : :

: : Keluar keluar! : :

: : Sapa yang pakai seluar atau skirt pendek kena pakai kain sarung. Lepas pakai sila pulangkan di sini yer : :

: :  Dari jauh nampak Pakcik ni macam Dr Fadzillah Kamsah ::

: : Yang paling kiri tu ngeri lah! Huhu : :

: : Belah depan White Temple ni ada kedai. Boleh la nak beli apa apa jajan. Tapi saya tetap la tak beli he he : :

2 thoughts on “Chiang Rai : White Temple

Comments are closed.