Blog Maya Dot Com

Chiang Rai : Solat & Lunch

Dari White Temple terus pegi lunch.
Kami lunch kat Restoran Fengming Food.
Kat sini bukan saja ada restoran halal, tapi pun jugak ada hotel tau.
Namanya Green View Place.
So sesapa nak bermalam kat sini pun boleh.

: : Dalamnya luas : :

: : Kaunter pembayaran : :

: : Kau ghase mewah ke idok makanan kat sini? : :

Yang penting toilet dia bersih dan wangi.
Memula si Zaira la pegi, dah semua berlumba nak pegi melawat toilet.
Aah memang betul bersih wangi, takde bau langsung.
Orang kata kalau nak tengok keadaan kedai tu, tengok toilet dulu.
So memang thumbs up ah restoran ni.
Pening Kak Na melayan saya dengan Masy dalam toilet pun nak bergambar haha.

Kak Na kena faham Kak Na, setahun kitorang kumpul duit ok nak pegi Chiang Mai Chiang Rai ni.
Maka nya, kena la bergambar je di mana mana tak kira tempat.
Bukan senang nak datang ni tau.

Ada jual roti jugak. Yang lelain beli, saya je tak beli sebab macam kenyang.
Abang Nal bayarkan untuk Masy. Huntonglaaa..
Mekasih Abang Nal. Gamak Abang Nal pun pening tengok kitorang ni dok hiruk pikuk hehe.

: : Lepak kat luar layan sejuk sambil makan roti : :

: : Dalamnya inti kacang : :

: : Lepas makan singgah masjid untuk solat : :

: : Saya tak solat, so mengintai je la dari tirai kamar : :

WP_20150126_14_05_21_Selfie : : Feeling feeling duduk atas buai pakai spek Masy : :

Masa lelepak ni saya tanya la pada Zurin apa sejarahnya nama dak Apple tu.
Katanya masa Apple lahir muka dia bulat bentuk buah Apple.
Ada sorang Auntie diorang la tegur, Eh eh macam buah Apple.
Start dari situ la dok panggil Apple, Apple..
Lekat la sampai budak tu besar. Gitulah ceritanya.

Kalau ikut itinerary, lepas solat ni terus pegi Golden Triangle je, tapi Amy tanya Nak tak masuk Myanmar?
Kak Na sekeluarga nak masuk, lalu saya dan Masy pun berpandangan sesama sendiri.
Nak tu memang la nak tapi ongkosnya dong.

Saya pun bukak wallet kirai duit, Masy pun sama.
Lepas buat kira kira secara rambang, rasa cam OK lah kot.
Tu pun kena pegi money changer dulu untuk tukar duit sebab Thai Baht saya dah ciput, tinggal duit RM je.
Boleh je la kalau taknak masuk Myanmar tu, tapi hazab la pulak nak menunggu dalam van tu kan.

10917417_10153635489739498_2633303336099924677_n : : Kami bertuah dapat tengok upacara ni sebab ianya cuma setahun sekali. Upacara penghormatan kepada Raja katanya : :

    One thought on “Chiang Rai : Solat & Lunch

    1. Suriaamanda

      rugi kalau x masuk Myanmar…along masuk je masa tu…wlaau x bawak banyak duit dan x beli apa pun…hehehe…eh…beli la…beli t-shirt…siap bertekak ngan yang jual baju tu sbb dia x nak bagi kurang…mula2 buat trick letak balik dan blah…pas tu dia panggil…huhu…dapat la beli harga yg along nak…